TUAN GURU NIK AZIZ TERIMA UGUTAN BUNUH DARI PEMUDA UMNO

Assalamualaikum w.b.t

Apa nak jadi dengan pemuda zaman sekarang. Gejala sosial seperti kes bunuh, ragut, buang anak kian bertambah. Timbul pula kes ugutan bunuh. Betapa terkejutnya saya apabila menerima 1 msj dari seorang sahabat saya mengenai berita ugutan seorang pemuda umno terhadap Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz. Ya Allah kenapa perkara sebegini boleh berlaku. Pemuda bernama Mohd Safuan Hilmi yang mengaku Graduan UITM yang kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Berita ini saya perolehi di dalam laman sebuah facebook. Bagi saya, kes seperti ini tidak boleh dibiarkan. Adakah kita sanggup melihat seorang ulama' diperlakukan sebegini. Semestinya tidak.


Sedikit Maklumat Tentang Pemuda Ini...


Ya Allah, pelihakanlah Tuan Guru Nik Aziz. Selamatkanlah TGNA dari sebarang apa-apa bencana. Kami sayang TGNA. Semoga Pemuda ini diberika hidayah dan rahmat Allah s.w.t. Bertaubatlah kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari semua ini. Wallahu a'lam.

Sumber : http://syukran.wordpress.com/2010/04/30/nik-aziz-terima-ugutan-bunuh-dari-pemuda-umno/

HASRAT UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN TIDAK KESAMPAIAN


Asssalamualaikum w.b.t semua...

Berita yang saya terima ini adalah benar dan bukan rekaan semata-mata. Berita khusus dari adik2 Mahasiswi Qiraat tahun 1 . Mereka seramai 39 orang tidak dibenarkan mengambil peperiksaan syafawi.

Sejarah mansurah hari ini tercatit lagi, semestinya adik-adik ini dalam dibelenggu dan kesedihan. Sabarlah. Ini adalah ujian dari Allah s.w.t. Sedih, duka, suka, gembira semua itu adalah sunnatullah dalam hidup ini. Saya yakin adik-adik qiraat di sana mempunyai semangat yang tinggi dan tidak pernah putus asa. Yakinlah pada kekuasaan Allah s.w.t. Saya yakin juga kekuatan yang ada pada mahasiswi qiraat tahun 1 terhadap penjagaan Al-Quran akan menyelamatkan dan memberikan syafaat kepada kalian semua. Sesungguhnya kalian semua adalah insan yang dipilih oleh Allah s.w.t yang akan diberikan ganjaran olehNYA kelak. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Buat JPMK di sana, di manakah visi dan misi kalian???Kenapa tidak bersama mahasiswa/wi yang kini dalam masalah???@ sedang berseronok bertepuk tangan di atas sofa yang empuk???Di manakah fungsi kalian bagi menguruskan pengajian-pengajian pelajar di sini???Saya betul-betul terkilan dengan sikap pegawai JPMK yang tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Panggilan yang dibuat tidak jawab. Kalau sibuk sekalipun x kan lah tidak boleh miscall kembali...musykil2..Ini adalah hak saya selaku mahasiswa islam dan saya berhak menyuakan perkara ini walau di dalam blog saya. Sama-sama kita semua tatapi isu ini bersama. Mahasiswa/wi tidak boleh ditindas. Semua kena bangun tegakkan kebenaran. Jangan biarkan golongan berkenaan menindas kita semua.

Fungsi JPMK

Marilah sama-sama kita semua berdoa kepada Allah s.w.t agar Allah s.w.t memberi ketenangan, bantuan, kemenangan kepada kita semua. Amin Ya Rabbal A'lamin. Salam Perjuangan dari saya buat semuanya...

PERKEMBANGAN DI MANSURAH

Assalamualaikum w.b.t.

Inilah msj yang saya turut terima secara berantai-rantai pada 28/4/2010. Msj yang melibatkan mahasiswi kuliah/qiraat/perubatan.

Salam.. insyaAllah pkul 1.30 tghr ni (28 /4/10)akan ada perjumpaan dan SOLAT HAJAT di DPJA khusus berkaitan masalah muqayyad nama dan halangn msuk imtihan bg adik2 Qiraat thn 1 dan isu perpindhn wafidin ke kaherah.Semua akhawat DPMM(kuliah /perubatan/qiraat) dijemput hadir.Moga amalan ini dikira sbg amal ibadah d cc Allah SWT. "SATU FIKRAH SATU AMAL" :; kEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH" sebarkan...

Alhamdulillah selesai sudah Solat Hajat dan taklimat mengenai seputar permasalahan mahasiswi Qiraat tahun 1 dan Isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah. Sekitar 65 orang mahasiswi memenuhi DPJA.

Perjumpaan bermula sekitar jam 2.00 petang. Ustaz Zahimie selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan(UPEP) memulakan ucapan dengan kalam taujihat buat mahasiswi Qiraat yang akan menduduki peperiksaan. Berkenaan dengan isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya mengikuti perkembangan semasa di blog Rasmi DPMM dan PMRAM. Pihak pimpinan akan berusaha supaya isu ini diselesaikan secepat mungkin. Apa yang penting, doa perlu dipanjatkan buat Sang Pencipta agar dipermudahkan segala urusan.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustazah Solehah bt Harun selaku Naib Pengerusi I HEWI DPMM. Suntikan semangat dan perangsang diberikan buat adik-adik Qiraat yang akan menempuh imtihan dan semua mahasiswi yang hadir. Segala permasalahan yang berlaku merupakan tarbiyah Allah SWT kepada hambaNya. Jangan menganggap isu ini sebagai bebanan, sebaliknya ini merupakan rahmat ujian buat hambaNya yang terpilih.

Berkenaan isu perpindahan Wafidin ke Kaherah, semua wakil wafidin tetap bersepakat untuk mempertahankan keputusan agar tidak mahu berpindah ke Kaherah. Bantahan akan tetap dibuat kepada pihak berwajib agar perpindahan ini tidak berlaku. Hak selaku mahasiswa tetap akan dipertahankan.Semua yang hadir diminta melakukan solat hajat dan banyakkan doa agar dipelihara Allah SWT.

Ustazah Norlatifah Othman turut memberikan ucapan selaku Unit Pengetahuan HEWI. Beliau mengingatkan semua yang hadir agar mendapatkan berita tekini melalui Pengerusi DPMM untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi Qiraat tahun 1 agar menghubungi pihak berwajib (JPMK) supaya isu ini diambil berat dan tidak dibakulsampahkan oleh mereka. Selain itu, nasihat dan kalam taujihat diberikan buat adik-adik Qiraat agar teruskan usaha dan berjuang untuk menghadapi imtihan. Segala yang berlaku terselit hikmah yang perlu difikirkan bersama.

Solat hajat diimamkan oleh Us Malyanah Solehah(Unit Penerangan & Penerbitan HEWI) dan bacaan doa oleh Us Habibah (Unit Perumahan HEWI)..

Suasana sayu menyelubungi DPJA .. Rintihan doa dipanjatkan buat Yang Maha Mendengar agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati dalam menghadapi sebarang ujian.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami.Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Kami hamba yang hina datang menghadap diri kepadaMu

yang Maha Perkasa.Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah...

"Ya Rahman Ya Rahim permudahkanlah urusan-urusan kami dengan keberkatanMu..Ya Fathu Ya Alim, seandainya penetapan kami mahasiswa/wi wafidin di Bumi Mansurah dan seluruh muhafazah untuk menuntut ilmuMu adalah baik buat kami, maka kekalkanlah kami di sini.Seandainya kami tergolong dalam orang-orang yang dizalimi, maka dengarkanlah rintihan kami..

Ya Allah Ya Rahman..perkenankanlah hajat kami.Engkaulah pelindung kami.

Ya Allah Ya Tuhanku,Tenangkanlah hati-hati sahabat2 kami mahasisiwi tahun 1 Qiraat dalam menghadapi ujianMu.Permudahkanlah urusan mereka untuk menduduki imtihan

Ya Allah..

Ya Allah..tunjukanlah kepada semua kebenaran agar kebatilan tunduk menyerah diri kepadaMu.Bubarkanlah perancangan-perancangan jahat yang mahu memecahbelahkan kesatuan kami. Berkatilah kami dan satukanlah hati-hati kami dalam menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan buat mahasiswa/wi Al-Azhar samaada di dunia dan diakhirat".

Amin ya Rabbal A'lamin.....

Perjumpaan dan solat hajat berakhir sekitar jam 3.00 pm.

Sidang Pembaca sekalian,

Betapa sayu dan sedih hati ini bila mengenangkan nasib-nasib kami yang menuntut ilmu agama Mu Ya Allah. Sebagai seorang pejuang agama Allah s.w.t tidak boleh cepat mengalah dan menyerah kepada mereka. Bangkitlah memperjuangkan dan mengambalikan kembali hak kita. Jangan biarkan mereka membesarkan perut mereka dengan makanan yang enak-enak. Jangan biarkan mereka memecah belahkan kesatuan kita. Selaku mahasiswa/wi islam di bumi mesir ini, jangan kita menganggap perkara ini hanya perkara kecil atau remeh temeh. Bangkitlah wahai pejuang2 agama Allah s.w.t. Bangunlah mereka dari buaian mimpi tidur. Kita sekarang bukan lagi berhadapan dengan api yang kecil. Kita sekarang sedang berhadapan dengan api yang besar. Marilah kita padam dengan air yang di penuhi dengan semangat doa, bersatu padu dan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t perkenankan segalan hajat kita. Amin Ya Rabbal A'lamin.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

11.17 A.M. Mansurah, Mesir.

Sumber : http://dpm-mansoura.blogspot.com/2010/04/hewi-laporan-perjumpaan-dan-solat-hajat.html

MOHON BERDOA DAN TERUS BERJUANG


Assalamualaikum w.b.t

Kepada seluruh Mahasiswa/wi Al-Azhar terutama di Mansurah serta pembaca blog saya ini, marilah sama-sama kita semua terus berdoa kepada Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t perkenankan doa kita semua. Tegakkan kebenaran, tumbangkan kezaliman. Imtihan kita semua bakal menjelang tidak lama lagi. Mungkin juga Allah S.W.T hendak menguji kita semua adakah selama ini kita menuntut ilmu kerana Allah S.W.T atau kerana imtihan semata-mata, dan jika benarlah kita menuntut ilmu kerana Allah S.W.T kita akan tetap bersemangat untuk membaca kitab, mengulang kaji pelajaran dan membuat nota walaupun tiada imtihan. Jangan cepat kita berputus asa kerana putus asa itu bukanlah ciri-ciri pejuang agama Allah s.w.t. Salam perjuangan buat saya kepada semua...Amin Ya Rabbal A'lamin...

NAMA MAHASISWI QIRAAT TAHUN I MANSURAH BELUM NAIK NAMA..BAGAIMANA PEPERIKSAAN MEREKA?

Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah s.w.t bermaksud : Dan ingatlah (wahai muhammad s.a.w), ketika orang-orang kafir musyrik mekah menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Surah Al-Anfaal :30).


Berita yang saya terima mengenai status nama Mahasiswi Qiraat Mansurah tahun 1 yang akan menduduki peperiksaan mereka adalah benar. Nama mereka belum naik diperingkat Mahaad. Mereka tidak dibenarkan mengambil peperiksaan selagi mana pihak kedutaan tidak menghantar fail nama-nama mereka. Kenapa ini terjadi??? pihak kedutaan tidak menjalankan kerja ke? atau sengaja buat-buat lupa?...aduhai pihak yang berwajib..jalankanlah tanggungjawab amanah kalian sebaik mungkin. Kenapa menjadikan pelajar-pelajar agama mangsa kalian. Ingtlah, sesungguhnya mereka yang mempelajari agama inilah yang akan mendidik anak bangsa kalian.

Tahniah buat seluruh Pimpinan PMRAM pusat serta pimpinan PMRAM Cawangan Mansurah yang sehingga kini sedang berusaha mendapatkan nama-nama mahasiswi qiraat. Peliknya, saya diberitahu oleh Pengerusi PMRAM Cawangan Mansurah Us. Amirul merangkat ahli bait saya serta ramai lagi sahabat saya cuba menghubungi beliau pihak kedutaan KJ. Dukacita panggilan terhadap beliau tidak dijawab. Persoalannya, kenapa KJ tidak mahu mengangkat telefon? atau takut dengan suara mahasiswa/wi al-azhar?

Kes ini bukan bermula tahun ini walhal sudah tahun lepas juga terjadi. Jika dikatakan mereka menjaga kebajikan kami. Di mana kebajikan tersebut?...Jangan menzalimi mereka yang tidak bersalah. Sesungguhnya doa-doa orang yang dizalimi diangkat oleh Allah s.w.t. Perasaan belenggu, geram, marah mesti ada pada mereka. sabarlah..Semoga Allah s.w.t menunjukkan kebenaran kepada kita semua. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.

Sesungguhnya ini adalah ujian dari mu Ya Allah. Tunjukilah kebenaran. Hancurkanlah kezaliman. Marilah sama-sama kita melakukan solat hajat di mana jua sekalipun agar kita semua diberi hidayah dan rahmat Allah s.w.t. Jangan lupa membaca doa qunut nazilah. Semoga Allah s.w.t menempatkan kita semua dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal A'lamin.

MUKTAMAR AL-AZHAR WAFIDIN AL-AZHAR HANGAT


Universiti Al-Azhar Lil Banat, 24 April 2010 : Seluruh Mahasiswa Wafidin ( Asing ) yang berada di bumi Mansurah Mesir telah menghadiri satu muktamar anjuran The World Assocation For Al-Azhar Graduattes kemarin.

Dif Kehormat yang turut hadir pada majlis Muktamar tersebut antaranya, Amid Kuliyyah Usuluddin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah, Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah, Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi), Semua Wakil Kuliyyah, Rais Syuun Wafidin, Mudir Tahrir, Doktor dan Doktorah serta Ettihad Tolabah Al-Azhar Mansurah.

Majlis dibuka dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Mahasiswi Al-Azhar kalangan Ettihad Tolabah. Seterusnya dimulakan dengan ucapan dari kesemua Dif kehormat yang hadir. Pada ucapan kesemuanya menasihatkan agar Mahasiswa sentiasa iltizam dengan universiti Al-Azhar demi melahirkan Ulama' yang boleh menyampaikan dakwah Islamiah di Negara masing-masing.

Seterusnya pada persidangan tersebut dibuka persoalan dan perkongsian untuk mengenal pasti permasalahan dan penyelesaian kalangan Mahasiswa sepanjang keberadaan di Universiti Al-Azhar.

Antara isu terhangat dibincangkan adalah, perubahan Qoror di masa mendatang seluruh Mahasiswa Al-Azhar di cawangan akan dipindahkan ke Kaherah. Perubahan ini boleh dikatakan seluruh Mahasiswa dari seluruh negara termasuk Indonesia, Thailand dan Senegal berasa penik dan sangat tidak bersutuju.

Antara Mahasiswa yang bangkit menyatakan bantahan tidak bersetuju adalah, Malaysia dan Senegal. Serta ramai lagi rakan-rakan dari negara lain yang ingin menyatakan bantahan. Namun, Majlis ditangguh secara tiba-tiba.

amid-amid dan wakil-wakil kuliyyah

Semua wafidin sedang mendengar taklimat tentang isu ini

Wakil dari negara senegal (Saudara Ibrahim) seorang sahabat ana dalam kuliah aqidah falsafah sedang berucap atas bantahan tidak bersetuju pindah ke cairo

Sumber : http://dpm-mansoura.blogspot.com/2010/04/muktamar-al-azhar-wafidin-hagat.html

Bersyukurlah kepada Allah s.w.t


Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki.

Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.

Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

Firman Allah s.w.t : "Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah
menjadikan siang kepada kamu selama-lamanya hingga ke hari kiamat. Tuhan yang manakah lagi selain Allah yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"
(Surah Al-Qasas : 72)


Cuba pula kita bayangkan bagaimana sekiranya sistem badan kita tidak lagi mempunyai antibodi yang berfungsi menentang serangan kuman dan penyakit. Sudah tentu badan kita tidak akan kekal lama dan kita tidak akan mampu hidup dengan selesa.

Firman Allah s.w.t : "Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?. Dan di langit pula terdapat rezeki-rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya itu tetap benar sebagaimana benarnya kamu dapat berkata-kata".
(Surah Adz-Dzaariyaat : 20-23)


Ini semua adalah nikmat yang berkaitan dengan hidup dan mati kita.

Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu?

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya kepada kita.

Firman Allah s.w.t : "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".
(Surah Ibrahim : 7)


Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.

Ramai orang yang semakin jauh daripada Allah setelah menikmati kesenangan bahkan menafikan sama sekali kenikmatan yang diterimanya adalah kurniaan daripada Allah.

Manusia yang lupa untuk bersyukur ini seharusnya mengingati bencana yang telah menimpa ke atas Qarun, seorang yang hidup pada zaman nabi Allah Musa iaitu orang yang terkaya di dunia tetapi tidak bersyukur kepada Allah. Maka kerana itu, Allah membinasakan beliau bersama-sama dengan segala harta kekayaannya supaya ianya menjadi peringatan kepada manusia yang akan datang.

Namun bagaimanakah cara kita bersyukur kepada Allah? Rasulullah pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah apabila melihat baginda berterusan
bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak.

Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

Rasulullah adalah contoh yang terbaik bagi kita. Baginda mengajar kita bagaimana cara untuk bersyukur kepada Allah. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Sebagai tanda kesyukuran juga, kita hendaklah melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Semoga dengan segala bentuk kesyukuran seperti ini akan menghampirkan kita lagi kepada Allah dan Allah akan menambahkan lagi nikmat yang
dikurniakan-Nya kepada kita.


Wassalam.

Menangislah Kerana Allah s.w.t


Bumi kata pergi kubur kata mari. Itulah satu ungkapan yang selalu kita dengar. Sedar tidak sedar usia kita hari ini makin bertambah. Bahkan kehidupan kita ini semakin dekat dengan Allah s.w.t. Hari pembalasan (yau mul hisab) semakin menghampiri kita. Mari kita muhasabah bersama, sudah banyakkah amalan kita untuk dibawa kesana? apakah semua amalan di dunia ini akan diterima oleh Allah s.w.t? Ya Allah...

Firman Allah s.w.t "Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri" (Surah Al-Baqarah:222)

Firman Allah s.w.t "Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." (Surah Asy-Syuuraa:25)

Pada zaman Nabi Musa A.S, datanglah kepada beliau seorang wanita untuk bertaubat kepada Allah s.w.t atas semua kesalahan yang telah dia lakukan selama ini. Wanita tersebut berkata:" Wahai Nabiullah, saya jauh-jauh datang ke sini hanya untuk bertaubat kepada Allah, mohonkan taubatku diterima oleh-Nya". Nabi Musa AS, berkata:" Gerangan dosa apakah yang telah engkau perbuat, hingga engkau ingin bertaubat kepada Allah SWT?". Wanita tersebut berkata kembali:" Aku telah berzina dengan seseorang dan telah melahirkan seorang bayi, kerana rasa malu dan takut diketahui oleh orang lain, maka aku bunuh bayi tersebut".

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa sangatlah marah, lalu Beliau berkata:" Pergilah engkau, jangan kau bakar aku dengan api neraka yang diakibatkan oleh perbuatanmu itu!!". Wanita tersebut menangis lalu berkata:" Wahai Nabi Allah, tidakkah aku dapat bertaubat kepada Allah, dan aku berjanji tidak akan mengulangi semuanya itu". Nabi Musa A.S masih dalam keadaan marah lalu mengusir wanita tersebut sambil berkata:" Dosamu terlalu besar dan tidak bisa dimaafkan".

Lalu pulanglah wanita tersebut sambil menangis. Tidak lama dari kejadian tersebut, datanglah Malaikat jibril kepada Nabi Musa A.S. Jibril berkata:" Wahai Musa, Allah telah menegurmu, mengapa engkau tolak taubat wanita tersebut, padahal wanita tersebut telah benar-benar mengakui kesalahan dan menyesal atas semua kesalahannya itu, dia ingin kembali ke jalan yang benar, harusnya Engkau membimbingnya bukannya mengusirnya!!!".

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa berkata:" Dosa wanita tersebut terlalu besar wahai Jibril, dan Aku tidak yakin Allah akan mengampuni dosa tersebut". Jibril berkata:" Allah maha pengampun lagi maha mendengar taubat dari Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat, Bahkan dosa yang lebih besar dari itupun Allah pasti akan mengampuninya".

Berkata Nabi Musa AS:" Dosa apakah yang lebih besar daripada dosa wanita yang telah berzina dan membunuh anak dari hasil perzinaan tersebut, Ya Jibril???". Jibril menjawab:" Seseorang yang meninggalkan Sholat dengan sengaja". Mendengar itu semua Nabi Musa menangis dan dia menyesal atas kekeliruan yang telah beliau lakukan kepada wanita yang benar-benar ingin bertaubat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.(Hadis riwayat Ahmad).

RENUNGAN

Allah SWT Maha pengampun kepada Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat.
Tidak ada manusia yang tidak punya dosa, kerana manusia selalu dihinggapi dosa. Dan manusia yang baik bukanlah manusia yang tanpa dosa, tetapi manusia yang apabila dia melakukan dosa, dia menyedari kesalahan dan bertaubat kepada Allah.

Oleh kerana itu sebelum terlambat, marilah kita memohon ampun kepada Allah s.w.t, sering-seringlah ber"istighfar". Mudah-mudahan semua dosa kita bisa diampuni oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal A'lamin
Semoga tulisan sederhana ini membawa banyak manfaat bagi yang membacanya. Segala kesalahan adalah dari saya peribadi. Oleh yang demikian saya mengucapkan mohon maaf yang sebesar-besarnya. Dan kebenaran itu mutlak milik Allah SWT.

Ya Allah...
Terimalah Taubat kami...
Jadikan Air Mata ini sebagai saksi penebus dosa-dosa kami di akhirat kelak...
Ya Allah...
Kasihanilah kami semua...
Terimalah kami sebagai hamba Mu yang beriman dan beramal soleh...
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Jangan Putus Berdoa

Gambar : Usamah Hamdan (Anggota Biro Politik Hamas) memberi amaran terhadap zionis

Hari ini dalam sejarah berita angkara kematian di Bumi Palestin semakin meningkat. Serangan demi serangan terus dilancarkan buat penduduk bumi palestin. Kanak-kanak kecil yang tidak berdosa dipenjarakan. Tindakan zalim zionis hari ini mengusir ribuan penduduk rakyat di Tebing Barat. Berkata jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, kenyataan menteri kewangan Zionis, Yuval Steinitz, mencerminkan niat pemerintah penjajah Zionis dalam tindakan keganasan negara untuk bangsa Palestin. Lagi menyedihkan apabila serangan terhadap Masjid Al-Aqsa terus diserbu.

Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel. Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.

Oleh yang demikian, kita selaku saudara umat islam wajib untuk membantu saudara seislam kita di sana. Hulurkan sumbangan buat mereka. Terus berdoa agar Allah s.w.t memberikan kejayaan dan kemenangan buat pejuang-pejuang islam di sana. Andai ditakdirkan mereka mati di sana. Semoga mereka mati dalam keadaan "Syahid Fi Sabilillah". Amin Ya Rabbal A'lamin.

Warga Al-Quds menentang polis zionis haram di pintu masuk Asbat

Lagi kes rumah rakyat Palestin dirobohkan di Tebing Barat

Kanak-kanak Palestin di penjarakan

Israil menahan seorang tahanan penduduk Palestin

Wallahu a'lam.

Bait Murur
3.45 p.m

Warkah Buat Abang ku

Saya bersama abg sulong ( Muhammad Amir Shahreza )
di Airport KLIA 2009 menuju ke mesir

Syukur pada Mu Ya Allah.. Hari ini dalam sejarah, betapa bahagianya diri ku ini terima berita dari malaysia. Lahir insan suci bak kain putih yang penuh kesucian. Tanggal tarikh 23 Rabiu'l Akhir 1431 H bersamaan 8 hb 4 2010 tepat jam 4 a.m. Bayi lelaki seberat 3.5 kg selamat dilahirkan di Hospital Taiping. Tahniah alif ucapkan buat abg amir & kak long kerana dianugerahkan cahaya mata pertama. Ermm..nampaknya diriku dah berubah status "pak ngah"..Buat abah dan mak kini dah jadi Tok Wan dan Tok. Semoga kehadiran insan baru ini sentiasa dalam peliharaan, rahmat, hidayah, dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. Buat keluarga ku di Malaysia doakan diri ini semoga sentiasa diberi kekuatan & kejayaan di mana jua sekalipun. Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan usia sehingga berjumpa lagi...

Anak buah pertama..comey nya..alhamdulillah..

Sekian sahaja...

TAHNIAH PMRAM!!!

Barisan Badan Pengurus PMRAM 2009

Tahniah buat PMRAM 2009 kerana berjaya menjayakan Muktamar Sanawi PMRAM ke-77. PMRAM sudah mencapai usia ke-80 tahun. Muktamar bermula pada jam 8.20 a.m. Kini pimpinan Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM 2010 silih berganti. Mabruk juga buat perwakilan Mansurah Ikhwah & Akhawat kerana menjadi perwakilan pertama tiba di dalam dewan muktamar. Tahniah buat perwakilan dari BKAN PERAK & PMRAM Cawangan Zaqaziq kerana dipilih perwakilan terbaik. Tahniah buat semua ahli PMRAM yang telah banyak membantu PMRAM secara langsung @ tidak langsung. Sesungguhnya PMRAM akan terus kukuh sekiranya semua ahli di mesir ini bersatu padu dan menyertai PMRAM. Muktamar berakhir pada jam 12.06 a.m. Ayuh semua...Kita PMRAM!!!

Perwakilan Mansurah dalam coaster menuju ke Muktamar Sanawi PMRAM

Ketua Perwakilan Mansurah (Us. Fadzli Sa'doon) sedang memberi taklimat ringkas. Betapa pentingnya kad PMRAM..Perhatikan di tangan beliau..hehe..

Hah..inilah Ketua Perwakilan Mansurah..mcm mana..hencem x??hehe..

Perwakilan Mansurah sedang yang khusyu' perhatikan buku muktamar....muktamar sedang berlangsung...

Perwakilan sedang menyanyikan lagu PMRAM

Us. Aliffudin sedang menanti ruang untuk bersuara tentang Dana Syaqah PMRAM...

Barisan badan pengurus PMRAM sedang membentangkan laporan gerak kerja yang dipengerusikan oleh Presiden PMRAM Us. Abdul Mu'izz Muhammad

Barisan HEWI PMRAM 2009

Penasihat PMRAM 2009. Ustaz Khairul Anuar (kanan) Mantan Presiden PMRAM 2008. Ustaz Hairul Nizam Mat Husin (kiri) Mantan Presiden PMRAM 2007.

KREW PMC @ PMRAM Multimedia Centre sentiasa memastikan Muktamar berjalan dengan lancar.

Kek PMRAM sempena usia ke-80 tahun..sedap betul kek ne..

Saya di Tapak Pameran Palestin.

Us. Asri & Us. Hafiz Mat Tuah sedang memerhatikan gambar kekejaman Israil.

Gambar Tangisan Palestin.

Perwakilan Mansurah menuju pulang ke Mansurah..

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Sekian dahulu dari Penulis. Wallahua'lam. Wassalam.
Bait Tok Guru (Pejabat DPMM)
1.50 pagi.


MUKTAMAR SANAWI PMRAM KALI KE-77

Sekadar gambar hiasan : Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah menyambut ulang tahun ke-80. Keutuhan PMRAM sehingga kini dapat kita saksikan dengan pelbagai agenda-agenda yang menarik kemantapan PMRAM itu sendiri. Hari ini dalam sejarah sekali lagi, kita akan menyaksikan PMRAM akan melalui proses pertukaran kepimpinan iaitu pada MUKTAMAR SANAWI PMRAM kali-77 pada 13/4/2010. Semoga muktamar kali ini berjalan dengan lancar. Buat kepimpinan PMRAM 2009, turunnya kalian bukanlah bererti amanah kalian semua akan berakhir walhal kalian semua masih diberi amanah sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Buat bakal kepimpinan PMRAM 2010, penulis mengucapkan Tahniah dan Takziah. Jalankan tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin & ikhlas kerana Allah. Semoga kalian semua diberi kekuatan dan pertolongan dalam menjalankan kerja-kerja islam ini. Penulis selaku ahli PMRAM Cawangan Mansurah akan terus menyokong dan membantu PMRAM. Insya-Allah.

Pandangan Tempat Perwakilan Ikhwah

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

"SATU FIKRAH SATU AMAL"

KITA PMRAM!!!