Selamat Datang Siswi Baru

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taa'la & lafaz salam serta selawat ditujukan buat Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang sentiasa berada di jalan yang lurus...

MANSURAH 16 September 2010. - Kedatangan pelajar baru ke Perlembahan Nil bagi trip pertama ini seramai 18 orang. 12 orang dari Smutem, 2 orang dari Ihsaniah, seorang dari Amal Aimi dan 3 orang dari Kolej Hafiz Klang selangor. Kedatangan pelajar siswi baru qiraat telah diurus oleh USMB mansurah dengan kerjasama PMRAM, MAQAZ Shoubra, USMB pusat & BKAN diperingkat kaherah.

Pada jam 9.30 pagi, kami bertolak dari mansurah dengan diwakili beberapa pimpinan DPMM, ad-hoc serta ajk. Perjalanan kami menaiki bas kecil (coaster).

sebelum bertolak dari kiri : Pengerusi, Tuan azman wakil mutazawwijin, uwais dan saya...

Sekitar jam 12.30 tghri kami tiba di airport cairo (mator adim). Kami menanti dan berehat di Mator sehingga jam 3.15.

Seketika di airport....(Ketua Unit Perhubungan&Penempatan USMB 2010)..kawan2 cakap mcm jurukamera pun ada..hihi..

kami berehat seketika..penat jgak time ne..

saya bersama 2 org ajk perhubungan&penempatan
(kanan:ustaz izzat helmi & baju biru :ustaz ismail)

Turut kelihatan ustazah2 mansurah sedang menanti kehadiran adik2 baru...

Sekitar jam 3.30 petang kami semua mula melihat kehadiran & wajah2 siswa/siswi qiraat baru mula keluar dari pintu keluar. Sedikit demi sedikit siswa/siswi qiraat baru mula muncul sehinggalah semuanya keluar. Alhamdulillah...

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Siswa/siswi baru mula berkumpul di luar airport untuk diambil oleh pengurusan masing-masing. Maqaz Shoubra mengambil siswa2 qiraat baru & DPMM mengambil siswi2 qiraat baru.

Gambar 1

Gambar 2

Sementara siswi2 qiraat baru ini berkumpul kami semua didatangani oleh beberapa siswi. Mereka ini adalah dari ISMA. Hah...rupa2nya mereka datang bukan dengan tangan kosong, bahkan ingin mengambil seorang siswi qiraat baru kita. Disebabkan kekuatan yang kami semua ada waktu itu, alhamdulillah siswi2 ISMA tersebut tidak berhasil untuk menarik seorang siswi qiraat baru itu. Buat pengetahuan semua, siswi qiraat baru ini adalah dibawah pengurusan DPMM. Ingin saya timbulkan persoalan di sini, kenapa pihak ISMA masih lagi meneruskan dengan sikap lama?Kenapa masih lagi menyusahkan pihak yang lain? Cukup2 lah dengan sikap yang lalu...sedikit muhasabah buat pihak ISMA...

Alhamdulillah, setelah semuanya selesai & kami semua menaiki coaster dan terus bertolak ke Hayyu A'syir untuk mengambil saki baki siswi2 baru seramai 6 orang yang telah berada di sana. Alhamdulillah, sekitam jam 5 petang kami bertolak balik ke mansurah. Sepanjang perjalanan balik, Unit Taklimat&Pengisian (Ustazah Fatimahtuzzahrah) mengisikan kekosongan masa yang ada.
Ucapan pertama : Pengarah USMB 2010 Ustaz Zuhdi Bin Yahaya (nasib x ceramah)hihi...

Ucapan kedua :Pengerusi DPMM sesi 2010/2011

Ucapan seterusnya adalah wakil daripada HEWI PMRAM seramai 2 orang...

Ucapan keempat&kelima : Ustaz Najib selaku guru pengiring siswi2 baru... dan seterusnya ucapan dari wakil BP Ustaz Ahmad huzaifah....

Setelah semua ucapan&taklimat diberikan, kami semua meneruskan perjalanan ke mansurah. Kami berhenti seketika di sebuah masjid sekitar jam 7.30 mlm bagi menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.

Bergambar seketika...

Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid Mansurah. Alhamdulillah semuanya selamat tiba...

Gambar 1

Gambar 2 : beg2 kargo, bagasi & kotak diturunkan dari coaster...selamat semuanya..

Sekitar jam 11.30 mlm...Proses pentauzi'kan bermula...Bermula dari Utubis jadid, Dirasat, Maua'f kanan, Maua'f kiri, Hayyu Sya' & Salam..

Gambar 1 : Beg2 mula diasingkan mengikut kawasan masing2...

Gambar 2 : wakil mutazawwijin us yasir berbaju biru & timbalan pengerusi Doktor Ijat Hadi turut turun padang membantu siswi2 baru...Alhamdulillah...

Gambar 3 : Us.saiful hafiz sentiasa berserban&jubah turut membantu...tidak lupa ajk ana..us farhan (merah) dan us reduan....syukran ye...

Gambar 4 : kelihatan dari jauh..us yasir sedang mencari rumah akhawat...agak2 area&bait manalah ne yerk...

Gambar 5 : Turut kelihatan BSR pmram Ustaz Ahmad huzaifah turut bersama-sama mengangkat barang2...

Alhamdulillah...semua urusan selesai sekitar jam 12.30 pagi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Insyaallah kita akan bertemu sekali lagi di dalam pengambilan siswi baru bagi trip ke 2 pada 26 september 2010 ini...Sekali lagi saya mengajak kepada semua warganegara malaysia sama-sama kita turun padang menolong dalam meringankan gerak kerja ini. Semoga semua ini dikira sebagai amal islami dan dibalas dengan pahala yang berganda. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Jom Turun beramai-ramai pada 26 september ini di DPJA..Masa akan dimaklumkan kemudian..Insyaallah..Terima kasih..

Wallahua'lam..

Bait murur...











Sedikit Coretan Terkini

Assalamualaikum w.b.t...

Sedikit coretan terkini buat diri ini dan tatapan semua pembaca....

Tanggal 14 September 2010 : Nama Bait Tok Guru tidak asing lagi bagi penduduk warga malaysia yang berada di Perlembahan Nil, Mansurah mesir. Pada asalnya Bait Tok Guru didiami oleh 2 orang sahaja (ana & amirul). Sekitar awal tahun 2010 (x ingt bulan berapa...) kami menerima ahli bait baru (Us.Adham)..Rumah kami akhirnya bersatu menjadi Pejabat DPMM ikhwah. Namun, tanggal 14 September 2010 Bait Tok Guru mencatat sejarah bahawa kami semua berpisah tempat. Ana berpindah ke murur, amirul plak (dalam pencarian tempat lagi&akan pulang ke malaysia) & us adham masih stay menetap di Bait Tok Guru...Namun ukhuwah kami tidak akan berpisah...

Tanggal 16 September 2010 : Tarikh ini juga mengingatkan ana kembali 3 tahun lepas bersamaan 16 september 2007. Tarikh ini adalah tarikh ana sampai menjejak kaki & tiba di mesir. Ingat lagi pesan abah sampai sekarang "Alif kat sana (mesir) kena cepat & jangan tertinggal dgn org lain".Terima kasih abah... Hari nie jgak 16 September 2010 ana akan bergerak ke mator (airport) cairo untuk ambil pelajar2 baru...

ne lah abah ana (haji Abdullah bin Mohd Nor)...


Tanggal 21 September 2010 : Alhamdulillah..Tarikh ini adalah kedatangan adik ana ke mesir. Namanya akif dan akan menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Cairo (Dentist). Akif adik ke 5 dari 7 org adik beradik. Sorang lagi adik ke-4 azmi belajar di luar negara juga di India perubatan juga Tahniah! Insyaallah abg akan menanti kedatangan akif..Ahlan Wasahlan ke perlembahan Nil Bumi Ardil Kinanah, bumi barakah, bumi para anbiya'....

Abah & akif...

Inilah sedikit coretan terkini...Sudi2lah baca...Waallahua'lam...

Bait Murur..
7.24 pagi

Iklan Promo AidilFitri Oleh TV3 Menyesatkan

Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah Taa'la bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu dengan Dia), dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya" (Surah An-Nisa':116)

Firman Allah Taa'la bermaksud : "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun" (Surah Al-Maidah:72)

Salam Ramadhan buat semuanya, baru-baru ini kita semua disajikan dengan iklan terbaru sempena hari raya aidilfitri. Namun di sana, mungkin ramai sudah mengetahui makna yang tersirat disebalik iklan tersebut dan mungkin juga masih ramai lagi yang tidak tahu serta masih tertanya-tanya iklan promo aidilfitri ini. Alhamdulillah, TV3 sudah menarik balik tayangan iklan tersebut kerana ianya melibatkan soal akidah dan sentiviti umat islam itu sendiri . Mari kita kongsi bersama-sama.


video
Mengikut apa yang saya perolehi dari satu laman web adalah seperti berikut :


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu.
b) Buku – Bible.
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan.
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur.
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis.
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran.


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity).
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan.
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus.
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism.

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian.
c) Pelawaan Menaiki. Beca - Pelawaan Masuk Kristian.

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian.


Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light).
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan.

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
a) Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore lah.


Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin.
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah.

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid).
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab.

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Kesimpulan :

1) Kembali kepada Allah, Rasul, Kitab & Sunnah. Insyaallah kita semua akan selamat dunia akhirat.
2) Akidah Islam adalah soal utama. Jangan kerana inginkan meriahkan hari raya sehingga sanggupkan mengetepikan soal akidah Islam.
3) Buat semua media-media diluar sana, pastikan iklan yang ingin dikeluarkan untuk tontonan semua masyarakat khususnya umat Islam perlu ditapis dan dikaji dengan teliti agar tidak menimbulkan sentiviti kemarahan umat Islam.

Sumber : (link 1)(link 2)