Khas Buat Sahabat Sejati ku

Assalamualaikum w.b.t


Syukur kepada Allah & lafaz salam serta selawat buat junjungan ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang sentiasa berada di jalan yang lurus.

Warkah ini adalah khas buat seorang sahabat ana merangkap (ahli bait)...Amin Taufiq Bin Mohd Rifain..Seorang aktivis PMRAM & DPMM. Terlalu banyak pengalaman & sumbangan di dalam gerak kerja berpersatuan di sini..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasaNya...

Ana ucapkan Tahniah di atas kejayaan menamatkan ijazah di Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah (Bahasa Arab)...Persahabatan kita hanya Allah Taa'la sahaja yang mengetahui bagaimana ukhwah yang kita jalinkan selama ini...Fikiran ini mengenangkan kenangan persahabatan kita berdua terlalu banyak...Suka duka, gelak tawa, susah senang kita lalui bersama-sama. Rasa macam sekelip mata sahaja ia berlalu...Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

Hanya tinggal beberapa jam lagi sahabat ana akan berlepas pulang ke Tanah air setelah 4 tahun tidak pulang ke Tanah air. Ana mengharapkan ukhwah kita berkekalan...Teruskan berjuang di Malaysia..Doakan ana & sahabat2 seperjuangan kita di sini...

Ya Allah,
Selamatkan perjalanan sahabatku ini pulang ke Tanah air,
Jadikan ukhwah yang kami bina selama ini diredhai & dirahmati oleh mu Ya Allah,
Sematkan rasa kasih sayang ukhwah kami kerana mu Ya Allah,
Engkau pimpinlah & peliharalah sahabatku ini sentiasa berada di jalan yang Engkau redhai...
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Sedikit gambar kenangan...


Gambar 1 : Di rumah lama us. asri...

Gambar 2 : Kenangan pimpinan DPMM sesi 2008/2009

Gambar 3 : Di Maqam Abdullah Bin Salam seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang dijamin masuk syurga...

Gambar 4 : Riang-riang raya...

Gambar 5 : Rumah lama Bait Tok Guru...

Wallahua'lam...

Haji Sempurna Tiket Ke Syurga

Assalamualaikum w.b.t

Ibadah haji adalah ibadah paling agung. Ia adalah puncak ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya.

Tanggal 10 Zulhijjah adalah tarikh yang begitu penting dalam sejarah dan kehidupan Umat Islam. Pada hari tersebut, jutaan umat Islam dari seluruh pelosok dunia berhimpun di Baitullah Al-Haram untuk menunaikan haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Beruntunglah bagi insan yang terpilih menjadi tetamu Allah yang dijemput menziarahi dan mengerjakan ibadah di tanah suci Makkah yang penuh dengan keberkatan dan keampunan.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang yang mengerjakan haji dan orang yang melakukan umrah adalah menjadi utusan Allah. Jika mereka berdoa, nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka memohon ampun nescaya Allah mengampunkan mereka.” (Riwayat oleh al-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban daripada Abi Hurairah r.a).

Sebaik kita dipilih menjadi tetamuNya, semestinya terdetik di dalam hati kita untuk mencapai dan mendapat haji yang mabrur. Mengapa haji mabrur begitu didambakan oleh setiap Muslim? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan untuk meraih syurga Ilahi yang merupakan sebaik-baik ganjaran di akhirat nanti. Malah dikatakan juga dosa-dosa pemilik haji mabrur ini dihapuskan seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

Sejarah Haji

Menyingkap sejarah bermulanya ibadat haji, ibadah haji ia mula diwajibkan ke atas seluruh umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, yang mana telah disyariatkan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW sebagai kesinambungan kepada ajaran Nabi Ibrahim A.S. Dalilnya diperkuatkan dengan turunnya ayat Al-Quran dari surah Ali-Imran ayat 97 yang bermaksud,”Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk.”

Pada tahun itu juga Rasulullah SAW bersama-sama kira-kira 1500 pengikut telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah yang telah difardukan itu tetapi gagal dikerjakan kerana kaum Quraisy menghalangnya sehingga terbentuknya perjanjian Hudaibiyyah. Melalui perjanjian itu kemudiannya telah membuka jalan dalam menyebarkan ajaran Islam.

Manakala pada tahun berikutnya, Rasulullah s.a.w telah mengerjakan Umrah bersama-sama dengan kira-kira 2,000 orang umat Islam. Kemudian, pada tahun ke-9 Hijrah, barulah Rasulullah s.a.w dapat mengerjakan haji dengan mengarahkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

Wallahua'lam...