INFLUEZA A (H1N1)




Virus ini merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung, dan manusia.

Tanda Dan Gejala ( Influenza FLU )

1. Demam - (Tinggi dan biasanya melebihi 38 darjah c.
2. Letih lesu - (Teruk dan boleh berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu).
3. Sakit otot/sakit sendi - (sederhana ke teruk).
4. Batuk - (Batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal).
5. Hidung berair/berhingus - (Tiada/ringan).
6. Bersin - (Kerap).
7. Sakit Tekak - (Sederhana ke teruk).
8. Sakit kepala - (Sederhana ke teruk).

BAGAIMANA VIRUS INI MENJANGKITI???
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan (surface) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

NASIHAT BAGI ORANG YANG DIJANGKITI VIRUS INI
* Segera dapatkan rawatan dari doktor.
* Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin.
* Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
* Tinggal di rumah dan had hubungan dengan orang lain.
* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut.
* Elakkan daripada pergi ke tempat awam dan menaiki pengangkutan awam bagi mencegah
virus ini menjangkiti orang lain.

CARA MENGHINDARI PENYAKIT
* Jauhi orang yang kelihatan tidak sihat dan menghidapi batuk.
* Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
* Elakkan daripada menyentuh muka khususnya hidung dan mulut untuk mencegah
kemungkinan jangkitan.
* Amalkan cara hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan
lakukan aktiviti fizikal.

Rujukan : Kementerian Kesihatan Malaysia.

ISRA' MIKRAJ

Menghitung Hari..



Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

Siang berganti malam, malam berganti siang. Begitulah silih gantinya perubahan alam ini. Sedar tidak sedar, masa berlalu cukup cepat. Hampir 2 tahun aku sudah di mesir ini. Kini saat yang mendebarkan pula makin terasa dan makin panas. Saat menunggu natijah peperiksaan al-azhar. Semoga kita semua najah dan cemerlang. Doakan.

Kini, bermacam-macam benda bermain di kotak fikiran aku ini. Tanggungjawab yang diamanahkan aku bukanlah untuk aku bersuka ria, bermegah-megah dengan jawatan. Walhal itulah amanah yang Allah telah berikan kepada aku. Namun harapan semua pihak terhadap aku terlalu tinggi. Insyaallah, dengan segala kerjasama dan harapan yang sepenuhnya pada aku, akan ku laksanakan sepenuh hati.

Debaran cukup terasa menjelang pilihanraya mansurah tidak lama lagi. siapakah calon-calon yang akan memimpin persatuan ini?? harapan aku..semoga pimpinan akan datang adalah dari mereka yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan islam yang berkesan dan berpengaruh. Samaada dari segi berjiwa seorang pendidik, berjiwa seorang pengajar, berjiwa organisator, yakin dengan tugas yang akan dipikul, rasa tanggungjawab terhadap kepimpinannya, memberi teladan yang baik dan contoh, bersikap adil dan tegas, mesra rakyat, dan yang paling penting pemimpin itu menjiwai PMRAM itu sendiri tidak kira dari segi aspek apa jua sekalipun dan lain-lain.

Insyaallah, selepas mesyuarat agung pada 3hb8 ini. Aku akan pulang ke malaysia buat seketika bagi melepaskan rindu buat keluarga yang tersayang. Harapan aku cuma satu saja kepada semua ahli. Bersatulah semua, jgn kita bangkitkan perpecahan sesama kita. Kita letakkan kepercayaan sepenuhnya pada pimpinan akan datang, bantulah mereka. Kita buangkan segala sikap sangka buruk pada pimpinan. Masyarakat malaysia kini terlalu pandang tinggi pada keluaran al-azhar, dengan senario politik malaysia kini makin panas. Selagi mana dasar dan hukum hakam islam itu sendiri tidak dijalankan di malaysia, selagi itulah masyarakat malaysia kini dibuai tipuan dunia..siapakah yang akan bertanggungjawab semua ini?? Fikir2kanlah sahabat2 sekalian. Kerjasama daripada semua amat perlu bagi melihat persatuan kita mantap dan berkesan...wallahua'lam..