KENANGAN JABAL UHUD ( BUKIT UHUD )



Gambar Umrah 2008...berhampiran maqam para shuhada dan bukit uhud...Madinah Al-Munawwarah...

Jabal Uhud memiliki banyak bukit. Letaknya di dalam batas tanah Madinah sebelah utara yang membentang dari timur ke barat. Kini telah dibuka jalan Malik Fahd Ibn Abdul Aziz dari Masjid Nabawi menuju Jabal Uhud dan maqam syuhada (di dekat Uhud).

Nabi Muhammad s.a.w ketika memandang ke Uhud sambil berkata : "Sesungguhnya Uhud adalah gunung yang sangat mencintai kita, dan kitapun mencintainya".(sahih muslim).
Riwayat lain adalah ketika Nabi s.a.w, Abu Bakar, Umar dan Utsman mendaki Uhud dan menggoncangkan mereka. Nabi berkata :"Diam kamu, Uhud, sesungguhnya di atasmu terdapat Nabi, shadiq(sebutan Rasul untuk Abu Bakar) dan dua orang syahid."(sahih bukhari).
Wallahua'lam...

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN



'AIDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji. Pada Hari Raya Haji ramai umat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagikan kepada fakir miskin. Ramai juga umat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan mendekatkan jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahawa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternak, memelihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Surah Al-Hajj:27-28)

Sungguh besar manfaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan. Dapat melihat sendiri tempat-tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeza dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampunikan segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!
Beginilah gambaran melakukan ibadah korban di perantauan orang..mansurah..mesir..binatang kharuf (kambing)....





RENUNGAN BERSAMA

KISAH RINDU ALIF PADA MEREKA


Gambar Raya Tahun ini 2009
(dari kiri belakang : afkar, akif, saya, abah, mak, siti rohani,kak long, abg amir)
(dari kiri depan : azmi dan aminah)

Salam rindu buat keluarga tercinta. Hati ini tiba-tiba terdetik dan terasa sayu bila kenangkan mereka. Siapa yang tidak rindu pada keluarga. Tambah-tambah berjauhan pada mereka...Adakalanya teringt masakan mak..kangkung masak hitam..fuh..sedap tuh.. Alif anak ke 2 dari 7 adik beradik. Hari ini sudah genap 2 tahun 63 hari aku di bumi bertuah ini..mesir....

Buat abah dan mak yang diingati selalu. Semoga abah dan mak sht2 slu, dipanjangkan umur, murah rezeki dan lain2.

Pagi ini alif dapat hubungi abg sulung pertama melalui YM yahoo messenger..Abg amir shahreza tapi dah kahwin dengan kak long. Mengajar di sekolah menengah. Semoga bahagia selalu.

Hari ini, dapat berita pulak siti rohani yang merupakan adik ke-3 dapat tawaran sambung belajar dalam ijazah bahasa malaysia komunikasi di uitm shah alam. Tahniah siti. Belajar rajin2..

Buat adik ku azmi ke-4 yang kini dah ke oversi belajar perubatan di India. Azmi pulak dah lama inginkan jadi doktor. Teringt lagi kecik2 dlu..klu azmi nak jadi doktor kelak kena bedah org...jaga mayatlah..mcm2.. Semoga menjadi doktor yang dapat berbakti pada Agama Islam dan Tanah Air Malaysia. Moga tabah dgn ujian di INDIA. Kalau jadi mai mesir tahun depan bagi tau abg alif yerk. Insyaallah.

Buat adik ku akif ke-5 yang kini sedang menghadapi SPM di Sekolah Sains Hulu Yam Selangor (SEMASYUR) semoga dapat jawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang kelak mcm trial dlu 8A1. Insyaallah.

Ne pulak khas buat afkar adik ku ke-6. Baru je lepas PMR. Ingt pesanan abg alif jangan bawa motor laju2 kat rumah tuh. Rajin-rajin tolong mak abah kat kedai.

Buat adik bongsu ku pulak. Adik kesayangan la katakan.hehe. Siti Aminah.Adik bongsu pulak siti aminah baru ja dapat keputusan upsr. Tapi abg alif x tau lagi minah dapat berapa..nti klu aminah baca entri ini kat rumah minah msjlah abg alif yerk. Isyaallah minah dapat masuk asrama. Abg alif doakan semoga minah dapat keputusan yang baik mcm percubaan dlu 5A. Amin Ya Rabbal a'alamin.

Insyaallah..alif akan ingt segala nasihat dan pesanan keluarga..doakan alif di sini..

KELEBIHAN 10 HARI-HARI PERTAMA ZULHIJJAH


Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Bersama Syeikh Ashraf Hamid Hasanain


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

Syukur kehadrat ilahi pada pagi ini, al-faqir masih diberikan nikmat iman dan nikmat islam. Selawat dan salam buat baginda Muhammad SAW dan seluruh pengikut baginda. Semoga kita semua dipertemukan kelak. Amin Ya rabbal a'lamin.

Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan bagi setiap umat islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis :-
"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam" (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik).

Mansurah DPJA, 17 November 2009 : Alhamdulillah, al-faqir diberi kesempatan untuk sama-sama mengikuti satu majlis motivasi ilmu yang cukup bermakna buat diri al-faqir ini. Majlis ilmu ini telah disampaikan oleh salah seorang Imam Masjid Al-azhar, Kaherah Syeikh Ashraf Hamid Hasanain.

Al-Faqir melihatkan Syeikh seorang yang betul-betul ikhlas menyampaikan ilmu. Betapa syahdunya hati al-faqir ketika mendengar majlis ceramah motivasi itu. Majlis tersebut berlangsung selepas solat asar sehingga solat solat isyak. Majlis ini diselang selikan dengan bacaan burdah pujian-pujian ke atas Baginda Muhammad SAW.
Dianggarkan sekitar 60 orang ikhwah yang hadir ke majlis tersebut. Semoga Allah merahmati perjalanan Syeikh. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Antara kandungan yang disampaikan oleh syeikh ialah :-
1. Kepentingan menuntut ilmu.
2. Sifat-sifat yang perlu ada pada setiap penuntut ilmu antaranya ialah :
- ikhlas menuntut ilmu.
- bersungguh-sungguh.
- Perbetulkan niat ketika menuntut ilmu.

Antara persoalan yang ditanya oleh syeikh ialah.
1. Kenapa kita mempelajari bahasa arab?
- Bahasa arab adalah bahasa al-quran.
- Bahasa arab adalah bahasa Fushah.
2. Kenapa kita datang ke Mesir?
- Syeikh menjawab Menuntut ilmu.
- Tajdid niat ( Perbetulkan niat).

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada al-faqir untuk menempuh ujian dan ketabahan di sini dalam menuntut ilmu. Amin Ya Rabbal A'lamin..
Sekian, wassalam.

Bait Tok Guru
Ulamak Pewaris Nabi

Utubis Jadid

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2009

Assalamualaikum Warahmatullah Wabakatuh..
Buat adik kesayanganku..Hari ini adik menghadapi peperiksaan SPM 2009. Insan bernama Mohd Akif Bin Abdullah. Abg mu mendoakan adik berjaya dengan cemerlang 8A1. Insyaallah. Jangan lupa selawat banyak2. Amin Ya rabbal a'lamin.

WAHAI AHLI BAIT



WAHAI AHLI BAIT...
ENGKAULAH PERMATA HATI DI SISI RASULULLAH SAW
ENGKAULAH BINTANG DILANGIT YANG
MENGAMANKAN PENDUDUK BUMI
ENGKAULAH KEKASIH ALLAH SWT
YANG DISEBUT-SEBUT DALAM AL-QURAN

YA..AHLI BAIT AL-MUSTAFA SAW..
SALAM RINDU HANYA BUATMU
SALAM TERUBAT BILA MENZIARAHIMU
ENGKAULAH SIMBOL ISLAM ENGKAULAH PENGUBAT
BAGI ORANG YANG MENGASIHIMU
PENJEJAK RINDU BILA MENGENANGMU
ENGKAULAH YANG SELAYAKNYA YANG DIPUJI
WARISAN RASULULLAH SAW SEPANJANG ZAMAN

WAHAI BUAH HATI RASULULLAH SAW
WALAU KITA TIADA PERNAH BERSAMA
NAMUN KASIH DAN RINDU KAMI
MENGHARUM MEKAR MEWANGI

WAHAI TUHAN, HADIAHKANLAH KASIHMU KEPADA AHLI BAIT
WAHAI TUHAN, KURNIAKANLAH RINDU KAMI KEPADA MEREKA.

WALLAHUA'LAM...