Bulan Rejab kembali lagi..



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Sedar tidak sedar bulan Rejab kembali lagi. Hari ini 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430 H. Bulan rejab adalah bulan yang ketujuh dalam bulan-bulan islam. Rejab bermaksud "mulia". Ianya kerana bangsa arab ketika zaman jahiliyah dahulu, mereka memuliakan bulan ini.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:-

"Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,.."
(Al-Baqarah:194)

Kelebihan Bulan Rejab

1. Malam awal bulan Rejab adalah di antara malam yang dimustajabkan doa.
2. Orang yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan oleh Allah s.w.t di hari
akhirat kelak.
3. Sesiapa yang bersedekah pada bulan Rejab akan dituliskan bagi setiap helaian
bulu romanya seribu kebajikan dan diangkat darjat serta dihapuskan seribu
kejahatan.

Peristiwa di Bulan Rejab

1. Peristiwa Israk dan Mikraj.
2. Peristiwa peperangan Tabuk.
3. Hijrah pertama para Sahabat ke Habsyah.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis.
5. Lahirnya Imam Syafie' R.Hu.

Amalan Bulan Rejab

1. Rasulullah S.A.W bersabda:-

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat satu sungai disebut Sungai
Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa
yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari air
sungai itu."
2. Banyakkan bersedekah pada mereka yang tidak mampu berpuasa.
3. Bertaubat, beristighfar dan berdoa kerana bulan Rejab adalah Bulan Pengampunan dan Bulan Mustajab Doa.

Rasulullah S.A.W bersabda:-

Maksudnya: "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Tuhanmu dan minta ampunlah dari
segala dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan maksiat di dalam bulan Haram
iaitu bulan Rejab ini."

4. Banyakkan zikrullah (لاإله إلا الله) dan (الله أكبر) sebanyak 100 kali setiap kali lepas
sembahyang subuh dan asar.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Rejab ini. Semoga mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Ikhlaskan niat dalam berpuasa. Wallahua'lam.

Bisikan Dari Masjid Al-Azhar Mesir



Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah kerana masih mengizinkan hamba mu ini untuk meneruskan penulisan PERJALANAN SEORANG HAMBA. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta mereka yang memperjuangankan agama Mu Ya Allah. Semoga mereka semua ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dalam syurga Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Peperiksaan Universiti Al-Azhar sudah berlalu. Kini saat yang mendebarkan pulak menanti keputusannya. Semoga kita semua berjaya dan lulus dengan cemerlang. Buat sahabat-sahabat yang akan pulang ke tanah air selamat bercuti dan selamat berbakti di tanah air demi Islam tercinta. Buat mereka yang akan mendirikan rumah tangga ana mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia selalu sehingga ke anak cucu. Amin Ya Rabbal A'lamin. Bagi mereka yang akan mengerjakan ibadah haji dan umrah selamat berangkat dan semoga mendapat haji dan umrah yang mambur. Buat mereka yang tidak pulang ke tanah air inilah masa yang sangat bermakna dan peluang keemasan untuk mereka memanfaatkan masa cuti ini sebaik-baiknya. Pepatah ada menyebut "Masa itu emas". Cuti al-azhar memang sungguh lama lebih kurang 5 bulan. Amat rugilah bagi mereka yang tidak memanfaatkan cuti ini.

Ana pernah bertanya kepada sahabat ana. "Cuti ini nak buat apa??jawabnya : entahlah..boring pulak rasanya..rasa macam x ada buat apa-apa..dok rumah kot..main game ke..tgk cter ke..itulah jawapan yang diberikan kepada ana..ana katakan : enta nee..cutine lah peluang keemasan untuk enta isi..p lah talaqqi ka..kalau x tau sangat nak buat apa...mai tolong persatuan kita..DPMM..tiba-tiba dia senyap..kemungkinan dia berfikir sesuatu..mudah-mudahan Allah membuka pintu hati sahabat ana ne..itulah perbualan ringkas ana dengan sahabat ana..banyak lagi dialog ana dengan sahabat-sahabat ana lain..jawapan mereka lebih kurang sama juga.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini kita melihat fenomena yang berlaku di tanah air kebanyakkan rakyat malaysia memandang rendah kepada pelajar al-azhar, bahkan ada yang mengatakan pelajar al-azhar kurang berkualiti, tidak pandai bercakap, pendiam, bila suruh jadi imam (x nak) dan lain-lain. Ana tidak menafikan semua ini, bahkan ada jugak pelajar lepasan al-azhar yang berbakti kepada islam dan tanah air tercinta. Oleh yang demikian, ana ingin mengajak kepada sahabat-sahabat semua termasuk diri ana, marilah sama-sama kita bangkit menolak semua dakwaan ini. Kita perbetulkan kembali bahawasanya pelajar lepasan Al-Azhar mampu dan boleh menerajui kempimpinan islam di tanah air.Insyaallah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Semalam tiba-tiba hati ana tergerak untuk menyambung semula talaqqi ana. Diri ini terfikir sejenak, exam dah abis..cuti lama lagi..tahun ne akan balik malaysia..Ya Allah amat rugi rasanya jika ana tidak memanfaatkan masa cuti ini..sahabat-sahabat tidak terfikirkah apa yang bermain dan berlegar di kotak fikiran ana ini???renung-renungkanlah..itulah harapan kedua ibu bapa kita..inginkan anak-anaknya berjaya dan mempunyai ilmu..dapat berbakti pada agama,bangsa,dan negara. Hari ini tarikh 21 Jun 2009 jam 6 setengah pagi ana menuju ke Kaherah untuk urusan Persatuan. Hajatnya hari ini ana nak terus ke Masjid Al-Azhar untuk bertalaqqi tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.cuaca di kaherah hari ini terlalu panas..membuatkan ana sakit kepala sesangat.x apalah, mungkin lain kali ana akan pergi lagi. Itulah ujian buat seorang penuntut ilmu bertepatan Perjalanan Seorang Hamba.



Perkarangan Masjid Al-Azhar (Sekadar hiasan)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Ada apa pada Masjid Al-Azhar?? Shari' El-Azhar, atau lebih dikenali sebagai jalan Al-Azhar di sebelah timur Medan El-Tahrir. Dibina pada tahun 970 Masihi dan disiapkan pada tahun 972 Masihi, nama asal bagi Masjid Al-Azhar ialah Masjid Kaherah sempena pembukaan kota Kaherah.

Ia telah ditukar kepada Al-Azhar kerana ingin melambangkan kebesaran, kehormatan dan kekuatan kerajaan Fatimiah, yang mana keluarga Fatimah adalah keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Fatimah Binti Muhammad yang digelar Al-Azhar ( الازهر ).

Senibina bangunan Al-Azhar berkonsepkan Universiti di dalam masjid, yang mana pada awal dibina oelh kerajaan Fatimiah adalah untuk menyebarkan fahaman, kebudayaan dan mazhab Fatimiah. Ia telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan penyebaran dakwah.

Selepas kejatuhan kerajaan Fatimiah, pengarih mazhab hanafi mula muncul masuk dan memelopori bidang penyebaran ilmu, dan aktiviti keagamaan di masjid al-azhar. Kemudian bermulalah era baru dengan corak pemerintahan Salahuddin Al-Ayyub, pembawaan mazhab Syafie' yang diperluaskan sekaligus mengetepikan pengaruh fahaman syiah dan mazhab Hanafi di dalam pentadbiran dan penyebaran dakwah di Masjid AL-Azhar.

Gelaran Universiti tertua di dunia tidak lekang di telinga kita, menceritakan mengenai Al-Azhar. Ini disebabkan Universiti Al-Azhar adalah pusat penyebaran dan pengembangan ilmu yang terawal di dunia, kini ianya masih menjadi tumpuan intelektual agama untuk menyelesaikan pelbagai masalah keagamaan dari segenap pelusuk dunia.

Cara pengajian di Masjid Al-Azhar awalnya pada setiap tiang di dalam masjid menjadi tempat dimana guru atau Syeikh duduk memberikan ilmu bagi setiap mata pelajaran, seperti ilmu Hadis, Al-Quran, Falsafah, Tauhid, Fiqah, dan banyak lagi. Kebanyakkan pelajar dahulu mereka mempelajari semua bidang yang diajar untuk menjadi ulama terbilang. Kebiasaannya waktu belajar mereka bermulalah dari lepas subuh ke zuhur dari asar ke hingga ke malam.

Demikianlah sedikit sebanyak gambaran dan cerita yang dapat ana tampilkan di sini. Inilah cerita bisikan dari masjid al-azhar buat ana dan sidang pembaca sekalian. Harapan ana moga kita semua dapat mengambil pengajaran dari apa yang ana tampilkan di sini. Semoga Allah S.W.T. memberikan kita semua kekuatan untuk menempuh kehidupan ini, dapat melakukan amal kebaikan sebelum ajal menjemput kita.

Insyaallah..sekian..wslm.
22Jun2009 (1:26AM)

KEAJAIBAN TUHAN

Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi Allah Tuhan bagi semesta alam yang telah memberikan kita nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah memberikan seluruh kehidupannya untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para Sahabat Nabi S.A.W dan insan-insan yang mengikuti jejak langkah mereka di sepanjang zaman.

Sesungguhnya manusia di atas muka bumi ini terdiri daripada 2 jenis golongan. Golongan pertama ialah golongan lelaki yang bergelar kaum Adam. Manakala golongan kedua pula ialah golongan perempuan yang bergelar kaum Hawa.

Firman Allah S.W.T. : Ingatlah ketika Tuhan MU berfirman kepada Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata : Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami (malaikat) senantiasa bertasbih dengan memuji engkau dan mensucikan engkau ?" Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku (Allah) mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
( Surah Al-Baqarah : Juz 1, Ayat:30 )

Firman Allah S.W.T. lagi : Dan aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah ku.
( Surah Adz-Dzaariyaat : Juz 27, Ayat:56 )

Kedua ayat dia atas jelaslah bahawasanya kita sebagai hamba Allah di ciptakan untuk menyembah kepadanya dan mengabdikan diri kepadanya. Mereka-mereka yang memperjuangkan agama Allah (Islam) insyaallah Allah akan membantu hamba-hambanya dalam apa jua sekali pun.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. : "Sesungguhnya Ulama' adalah pewaris Nabi". Pemergian wafatnya Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun yang lalu telah meninggalkan kepada kita Al-quran dan Sunnah yang tidak akan kita sesat selama-lamanya. Agama islam yang masih kita anuti sekarang adalah hasil perjuangan baginda Nabi Muhammad S.A.W. sehingga tertegaknya ISLAM di atas muka bumi ini. Rasa syukur tidak terhingga buat Nabi Muhammad S.A.W.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita semua bangkit @ berperang memperjuangkan agama islam tidak kira dari segi aspek apa sekali pun. Samaada dari sudut ilmu, ibadah, menentang pemikiran-pemikiran barat (orientalisme,kristianisai) dan lain-lain.

Dari Abu Hurairah R.A. katanya : Rasulullah S.A.W bersabda bersabda : "Sesiapa yang mati tanpa tidak pernah berperang, bahkan dihatinya tidak pernah tergerak untuk berperang, maka matinya sama dengan mati orang munafiq".
(Hadis Riwayat Imam Muslim).

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menunjukkan di atas sesuatu kebaikan, maka baginya pahala seumpama palakunya".
(Hadis Riwayat Imam Muslim).

Oleh yang demikian marilah kita semua menghayati apa yang dapat saya tampilkan di sini. kesempatan ini juga marilah sama-sama kita melihat dua video (Keajaiban Tuhan)seorang pejuang agama Allah. Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil pengajaran di sini. AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM USTAZ FADHIL NOOR.
Wassalam.






2.50 pagi (time mesir)

Islam agama yang sempurna

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t. dengan limpah dan inayahnya ana diberi kesempatan lagi untuk meneruskan penulisan ilmuan ini..selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat, para ahli baitnya,tabi' tabii'n, serta mereka yang memperjuangkan agama Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini..

Sidang Pembaca Sekalian,
Islam kini menghadapi cabaran hebat, kerana bukan sahaja menghadapi musuh dari luar, tetapi musuh dikalangan mereka yang mengaku sebagai penganutnya. Tidak ganjil kalau ianya menghadapi cabaran, kerana itu pernah dihadapi sejak ianya dilahirkan, tetapi yang ganjilnya ialah kerjasama penganutnya dengan musuh-musuh.

Islam tidak pernah membezakan di antara orang-orang yang beribadat di mihrab-mihrab masjid, yang mengeluarkan air mata kerana khusyu' dan tawadu' kepada Allah,dengan penulis yang mengalirkan dakwat penanya kerana islam, darah yang mengalir kerana menegakkan kalimah Allah s.w.t.

Sesungguhnya membezakan diantara orang-orang yang beri'tikaf di masjid dan meraka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara islam, yang pertama diberi gelaran orang agama atau orang da'wah yang menghayati islam, dan yang kedua dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi, adalah perbezaan yang ditonjolkan oleh musuh islam dan menunjukkan betapa jahilnya orang islam yang terpengaruh dengan perbezaan.

Sidang Pembaca Sekalian,
Sesungguhnya kesemua ajaran Allah yang dianut oleh Para Rasul Anbiya' dinamakan sebagai Islam, sebagaimana Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran.

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Nuh 'Alaihissalam :
وأمرت أن أكون من المسلمين : 82
bermaksud : dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam ( yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah. (surah Yunus : 72).

Nabi Ibrahim dan Ismai'l 'Alaihissalam pernah berdo'a :
ربنا واجعلنا مسلمين لك : 128
bermaksud : Wahai Tuhan kami!!Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepada mu.

Nabi Musa 'Alaihissalam pernah menegaskan :
فعليه توكلوا إن كنتم مسلكين : 84
bermaksud : maka hendaklah berserah diri kepadanya, jika betul kamu orang islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).

Sesungguhnya islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada kekasihnya Rasulullah Muhammad Sallallaahu'laihi Wasallam tidak hahus disamakan dengan pengertian agama menurut fahaman umum, kerana ianya agama fitrah yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, rohani dan material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan segala urusan hidup dunia dan akhirat.

Firman Allah S.W.T.:
ونزلنا عليك الكتب تبيناً لكل شئء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين : 89
bermaksud : dan kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang islam. (Surah Al-Nahl:ayat89).

Firman Allah S.W.T.:
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا : 3
bermaksud : pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan ni'matku kepada kamu dan aku telah redakan islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah Al-Ma'idah:ayat3).

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan ta'rif yang bermacam-macam tentang islam menurut keadaan orang yang bertanya dan suasana majlis, dan ulama' juga memberi ta'rif yang banyak. Kesemuanya tidak ada percanggahan, tetapi sambung-menyambung dan kait mengait diantara satu sama lain, dan menunjukkan kesempurnaan islam yang terlalu tinggi nilainya. Diantara ta'rif Islam ialah :-

Pertama.
Dalam satu hadis yang telah diterangkan bahawa Malaikat Jibril 'Alaihissalam pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang islam : Ceritakan kepada ku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah Sallallahu a'laihi wasallam menjawab, " kau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah jika berkuasa." (Muttafaq 'alaihi).


Kedua.
Islam bererti tindul dan menyerah diri kepada Allah serta menta'atinya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa, kerana ketundukan terpaksa merupakan tabi'i makhluk dan ketundukan seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah Ta'ala :
أفغير دين الله يبغون وله أسلم من فى السموت والأرض طوعاٌ وكرهاُ وإليه يرجعون : 83
Bermaksud : Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari Agama Allah? padahal kepadaNYAlah tunduk ta'at sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNYAlah mereka dikembalikan. (Surah Ali 'Imran:ayat 83).

Adapun ketundukan dengan penuh kesedaran adalah merupakan hakikat islam dan dalam ketundukan yang seperti itu timbul adanya pahala dan dosa, dan sebagai bukti penuh ketundukan kepada Allah ialah Redha menerima agamaNYA sambil diiringi pula dengan penuh kesedaran, kerana itu Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama Allah yang diredhai, agama yang diwahyukan kepada RasulNya untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya.

Firman Allah Ta'ala :
ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخسرين : 85
Bermaksud : Dan sesiapa yang mencari agama lain selain islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
(Surah Ali-I'mran:ayat 85).

Ketiga.
Islam adalah "Way Of Life", peraturan yang bersifat mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada ummat manusia dan berbahagialah orang yang menta'atinya.

Firman Allah Ta'ala :
ومن يسلم وجهه إلى الله وهو محسن فقد استمسك بالعروة الوثقى : 22
Bermaksud : Dan sesiapa yang berserah diri diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakannya kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh.

Keempat.
Islam merupakan kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada Rasulnya, samaada peraturan yang berbentuk a'qidah, akhlak, 'ibadah, mu'amalat dan lain-lain yang terkandung di dalam al-quran dan al-sunnah dan menyampaikan kepada ummat manusia.

Firman Allah Ta'ala :
يأيها الرسول بلغ ماأنزل إليك من ربك وإن لم تفعل فمابلغت رسالته والله يعصمك من الناس : 67
Bermaksud : Wahai Rasul Allah!sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusannya dan Allah jualah akan memeliharanya dari (kejahatan) manusia. (Surah Al-Ma'idah:67)

Maksud apa yang diturunkan Allah kepada Rasulnya ialah Al-quran dan Al-Sunnah dan di dalamnya terkandung peraturan-peraturan yang tersebut di atas, dimana semuanya itu dipanggil ISLAM.

Segala ta'rif yang telah disebutkan ini hanyalah sebagai contoh. Kesemuanya dapat diterima kalau merangkumi aspek yang ada di dalam Islam dan tidak ada menimbulkan keraguan. Sesunggunya agama di sisi Allah s.w.t adalah agama Islam. Tidak ada agama yang lebih tinggi dan mulia selain agama Islam..wallahua'lam.