ISU ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENARIK PERHATIAN SEMUA

Bismillahirrahmanirrahim


Firman Allah s.w.t bermaksud :

" Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya " (Surah An-Nuur : ayat 31)

1. Diri ini rasa terpanggil & bertanggungjawab untuk memperjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam tidak kira apa-apa politik sekalipun. Ini kerana, isu ini amat besar berkaitan hukum hakam Islam dan penghinaan kepada Kekasih Allah s.w.t Nabi Muhammad s.a.w.

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ].

3. Festival ini telah membangkitkan kemarahan dan kebencian kepada pimpinan negara. Mana tidaknya, Festival yang dikatakan pertunjukkan pakaian islam telah menjejaskan & memburukkan imej islam itu sendiri. Malah yang lebih menyedihkan hati ialah penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada ejaan nama Baginda yang diterbalikkan. Pemakaian ini cukup bertentangan dengan etika Islam. Adalah "HARAM" bagi umat Islam mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan Mahram. Beginikah cara pimpinan kita yang kita inginkan? Perdana Menteri yang mengaku malaysia adalah negara Islam dan demokrasi. Sehingga ke hari ini, saya masih belum melihat malaysia melaksanakan undang-undang Islam. Hak demokrasi yang tidak adil kepada rakyat. Rakyat makin hari makin dizalimi. Beginikah nasib rakyat yang didahulukan. Banyak lagi jika ingin dibangkitkan. Persoalan demi persoalan terus bermain di kotak fikiran saya...Untuk gambaran lebih tepat sila ke (blog ini).

3. Kemana perginya ulama-ulama di dalam pimpinan UMNO? 40 orang ulama muda umno senyap menyepi. Hanya Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya sahaja yang masih mempertahankan Rosmah Mansur ini. Tidak tahulah apa yang beliau belajar tentang hukum hakam Islam. Para mufti-mufti pula tidak mengeluarkan apa-apa suara setakat ini. Bersuaralah wahai para mufti!!! Ini soal maruah Islam, Islam itu suci jangan biar Islam itu dicemari dengan najis-najis yang kotor. Janganlah Allah s.w.t menurunkan bala yang besar yang akhirnya menyedarkan kita semua dari kelalaian dan kealpaan manusia hari ini. Jadikanlah pengajaran peristiwa-peristiwa sejarah Islam yang lalu. Sebagai contoh Kisah Nabi Nuh A'lahissalam dengan umatnya yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. Akhirnya Allah menurunkan bala yang sangat besar kepada mereka.

4. Isu IFF ini amat meresahkan & membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam. Ini kerana, IFF ini menjadikan tanda tanya dan kekeliruan kepada mereka yang ingin mendalami Islam itu sendiri. Sekali lagi ingin saya nyatakan, pertunjukkan IFF ini adalah salah dan bertentangan dengan ajaran ISLAM!.

5. Sedarlah wahai seluruh umat Islam, masalah keruntuhan akhlak yang masih belum dapat dibendung, ditambah pula dengan benih-benih yang bakal menyuburkan sosialnya muda/mudi hari ini disebabkan sikap dan akhlak pimpinan negara hari ini (UMNO). Ayuh bangunlah semua! pertahankan kesucian ISLAM dari tercemar. Bentuklah dan berdoalah kepada Allah s.w.t agar kita semua diberi kekuatan supaya dapat mematahkan segala rancangan mereka yang terkutuk ini.

6. Maka dengan ini, 1 laman web facebook telah diwujudkan khas buat mereka Pimpinan Negara Khususnya isteri PM Rosmah Mansur agar Rosmah Mansur memohon kemaafan kepada seluruh raykat malaysia terutama umat Islam. Sila layari (di sini). Mohonlah keampunan kepada Allah s.w.t selagi pintu taubat masih terbuka. Marilah kita semua yang sayangkan Islam tidak kira apa jua sekalipun menyatakan tidak setuju & membangkang sepenuh-penuhnya terhadap IFF ini. Jika tidak, tunggulah tawanan PUTRAJAYA oleh Pakatan Rakyat akan datang!!!Insyaallah. Ingatlah, bahawasanya Putrajaya itu bukanlah harta pusaka kerajaan. Semua keputusan ada pada rakyat sekarang.

7. Akhirnya, marilah kita semua kembali ke pangkal jalan yang benar. Ingatlah Allah s.w.t selalu, nescaya DIA (Allah s.w.t) akan ingat pada setiap hamba-hambanya. Sayangilah Nabi kita Muhammad s.a.w. Tanpa perjuangan dan pengorbanan Baginda satu masa dahulu, nescaya kita semua tidak berada di dalam keadaan Islam seperti hari ini. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana kita semua dikurniakan nikmat ISLAM, IMAN dan IHSAN hari ini. Semoga kita semua perolehi manfaat dari semua ini.

SAYANGILAH ISLAM!

Wallahua'lam...

Sumber
1) Blog PMRAM
2) Blog Episod Perjuangan
3) Blog Ruang Bicara Pria Malaya

0 Response to "ISU ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENARIK PERHATIAN SEMUA"

Catat Ulasan