Majlis Sambutan Maulid Nabi 1431 H

Syukur pada Allah s.w.t kerana masih diberikan nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang sentiasa berada di atas jalan yang lurus.

Mansurah 09 Mac - Majlis Sambutan Maulid Nabi telah berlangsung dengan lancarnya. Majlis tersebut diadakan di Dewan Persada Jazira Al-Ward, Utubis Jadid. Sekitar 100 orang ahli mansurah turut hadir. Jemputan khas pada majlis tersebut ialah Imam II Masjid Al-Azhar As-Syarif Syiekh Asyraf Hamid Hasanain. Syiekh telah berkongsi ilmu dengan kami mengenai Sambutan Maulid Nabi. Antaranya ialah :

  • Menerangkan Sambutan Maulid Nabi adalah bukan bida'ah seperti mana sesetengah manusia hari ini menganggap dan menghukum menyambut Sambutan Maulid Nabi adalah perkara bida'ah.
  • Nabi Muhammad s.a.w juga menyambut hari kelahiran baginda s.a.w.
  • Sambutan Maulid Nabi juga dapat mengukuhkan hati kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Nabi adalah sebaik-baik akhlak.
Majlis diselang-selikan dengan selawat dan bacaan burdah buat baginda Muhammad s.a.w. Semoga kita hari ini mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w kelak serta sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Majlis berakhir dengan bacaan doa daripada syeikh.

Kenangan bersama : -

Saat menunggu kehadiran Syeikh Asyraf Hamid Hasanain

Syeikh Asyraf Hamid Hasanain
( Imam II Masjid Al-Azhar As-Syarif )


Bacaan Selawat dan Burdah buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Gembiranya bila bersama para ulama'

Bersama Syeikh Asyraf Hamid Hasanain

Wallahua'lam.

SEJARAH MASJID AL AQSA ( PALESTIN)


Baitul-Muqaddis-bumi para anbiya’. Bumi ini telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam. Bermula dengan penguasaan zuriat Nabi Ishak yakni Bani Israel, kemudiannya Raja Nebuchadnezzar dari Babylon, disusuli pula oleh pemerintahan Empayar Rom dan Byzantium, bumi anbiya’ ini telah menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman terdahulu.

Akhirnya, pada tahun 638 Masihi, kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Baitul-Muqaddis ini telah ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama bala tentera kaum mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul-Muqaddis sebagai pembela keadilan dan tentera pembebasan
Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar bersetuju dan memasuki kota suci ini secara berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Suatu simbol Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Pembebasan Baitul-Muqaddis ini membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Islam. Setelah sekian lama, kiblat pertama umat Islam ini dikotori dengan pelbagai pengamalan syirik dan kecurangan kepada Allah, kini ia milik umat Islam semula dalam mengembalikan kegemilangannya sebagai kota ketiga paling suci dalam Islam.

Setelah memeterai perjanjian damai dengan penduduk Baitul-Muqaddis, Khalifah Umar terus bergerak menuju Haram Asy-Syarif, suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi sampah-sarap. Beliau lantas menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Haram Asy-Syarif dibersihkan selayaknya sebagai tempat suci umat Islam.

Di tengah-tengah kawasan ini, tersergam batu di mana berpijaknya Nabi Junjungan sebelum ke langit dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini, maka dibinalah sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning (Dome of the rock ). Ia juga dikenali sebagai Masjid Umar merupakan sebuah masjid kayu yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung.

Namun demikian, suasana kegemilangan Islam di Baitul-Muqaddis berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Kota Suci Baitul-Muqaddis dan akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.

Setelah 5 minggu mengepung Baitul-Muqaddis, tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan tanpa belas kasihan membunuh seramai 40,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak kota suci ini.Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini. Kekejaman dan ketidakadilan menjadi lumrah di Baitul-Muqaddis sepanjang pemerintahan mereka baik kepada umat Islam mahupun penduduk bukan Islam.


Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menakluk semula kota suci Islam ini dan sekali lagi Islam membuktikan ia bukan agama keganasan. Pembukaan kedua kota Baitul-Muqaddis ini tidak dicemari oleh sebarang pembunuhan rakyat biasa dan pilihan diberikan kepada penduduk kota ini, khususnya yang bukan Islam, samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul-Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan nyawa, harta dan tempat ibadat mereka.

Namun begitu, , pada tahun 1948 umat Yahudi telah berjaya menubuhkan negara haram Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat dan sejak itu bumi anbiya’ ini tidak pernah kenal erti keamanan. Sejak dari itu keangkuhan rejim Yahudi semakin menjadi-jadi

Pada tahun 1967, tentera Yahudi laknatullah telah berjaya mencerobohi Baitul Muqaddis Timur dan telah meratakan Maghribi Quarter. 2 masjid dan 135 rumah rakyat Palestin telah diruntuhkan meninggalkan 650 orang rakyat Palestin tanpa rumah kediaman.Seterusnya pada tahun 1969 seorang pelawat Yahudi Australia telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . Tidak cukup dengan itu malah dengan bongkaknya Perdana Menteri Ariel Sharon memasuki kawasan Al-Quds pada tahun 2000 . Tindakan ini telah membakar api kemarahan umat Islam. seluruh dunia.

Disini jelas terbukti bahawa setiap kali bumi anbiya’ ini dipimpin oleh mereka yang teguh keimanannya kepada Allah, keamanan dan kedamaian pasti dikecapi oleh semua. Sesungguhnya Islam adalah agama yang membawa kepada keamanan dan kedamaian sejagat.Kesucian masjid suci ini harus dipelihara. Oleh itu umat Islam harus bangkit mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan maruah saudara-saudara seagama mereka dalam apa jua cara yang terdaya. Jangan dibiarkan maruah Islam dihina dan direndahkan. Wallahu a'lam.

Perkasakan Biah Solehah



Syukur kepada Allah s.w.t Tuhan semesta alam pemilik segala makhluk di bumi. Selawat dan salam buat kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang sentiasa berada di dalam saf-saf perjuangan Islam. Semoga Allah menempatkan kita semua dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Dan hendaklah ada di kalangan kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(Surah Ali-‘Imran : 104)

Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Kamu (Umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
(Surah Ali-‘Imran :110)

Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Wahai Rasul ! Sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu. Jika tidak engkau lakukan (apa yang diperintahkan itu) bererti engkau tidak menyampaikan amanat-Nya.
(surah Al-Maidah : 67)

Sidang pembaca sekalian,
Ana ingin berkongsi beberapa perkara yang sangat penting di dalam kehidupan kita seharian. Kehidupan manusia di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Kehidupan yang sebenar hanyalah di akhirat kelak. Manusia yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t adalah manusia yang sentiasa taat akan suruhan-Nya dan meninggal larangan-Nya. Disulami dengan amal perbuatan yang baik.

Bagi menjadi manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t sebagai satu contoh kita perlu menjadikan seorang insan sebagai idola kita. Selain berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Muhammad Bin Abdullah adalah insan yang sangat sesuai untuk kita jadikan idola kita. Baginda seorang Rasul dan seorang Nabi. Insan yang sangat suci ini dipelihara oleh Allah s.w.t. Kita lihat hari ini, masyarakat Malaysia lebih mengangkat dan mengidolakan para artis kesukaan mereka. Mengapa ini terjadi???adakah salah pimpinan Malaysia???adakah salah keluarga??? Tidakkah kita pernah terfikir siapakah yang akan memberikan syafaat kepada kita kelak???adakah idola artis2 pujaan mereka??renung-renungkanlah…

Sidang pembaca sekalian,
Baru-baru ini, ana sempat mengikuti 1 kempen pelancaran “ BIAH SOLEHAH ”. Kempen ini mempunyai 5 perkara dan amat bagus untuk kita semua terapkan dalam kehidupan kita seharian. Tidak kira manusia itu menceburi dalam aspek apa jua sekalipun. Kempen ini mengajak kita supaya menjadi insan cinta kepada Allah s.w.t, insan yang baik, insan yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Kempen Biah Solehah tersebut ialah :

1) Solat Berjemaah :

Nabi Muhammad s.a.w bersabda mafhumnya :
Solat secara berjemaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian kerana ia digandakan sebanyak 27 pahala ( riwayat al-bukhari dan muslim)

Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ( al-baqarah :153)

2) Cegah ikhtilat tidak syar’ie :

Nabi Muhammad s.a.w bersabda mafhumnya :
Tidaklah seseorang itu berada berdua-duaan bersama yang bukan mahramnya melainkan ada yang ketiga iaitu syaitan. ( riwayat ahmad)

3) Penyalahgunaan Teknologi :

Berkata Syauki si penyair :
Daripada pandangan akan lahir senyuman, kemudian bermulalah percakapan, maka terdetik hati untuk membuat perjanjian, akhirnya akan terjadilah pertemuan.

4) Tautan Ukhuwwah :

Firman Allah s.w.t :
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (al-hujurat : 10)

5) Pembentukan Syakhsiah :

Nabi Muhammad s.a.w bersabda mafhumnya :
Golongan yang akan mendapat bayangan arasy Allah s.w.t di hari kiamat kelak salah satu daripadanya adalah individu yang hidup membesar dalam suasana pembentukan syakhsiah.

Sesungguhnya persekitaran yang mengamalkan ciri2 keislaman dan menurut perintah Allah s.w.t serta sunnah yang dijunjungi itulah yang dapat melahirkan peribadi syakhsiah seorang muslim dan muslimah yang sejati.

Firman Allah :
Katakanlah wahai (Muhammad), “jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (surah al-imran : 31)

Segala kesimpulannya, semoga 5 perkara ini dapat kita ikuti bagi mendambakan kecintaan kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sebagai cinta yang sejati.

Wallahua’lam.

Mentari Hidup
















Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan…

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan…

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran…

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan…

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali…

Imtihan sudah selesai Imtihan lain pula menanti


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan & bernyawa untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Selawat dan Salam buat junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang terus menerus berada di dalam jalan yang lurus (jalan yang diredhoi Allah s.w.t.)

Firman Allah s.w.t bermaksud :-
Maka kenangkanlah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.
(surah al-a’raf : 69).

Syukur juga kita semua masih diberi nikmat dan nikmat islam. Tanpa nikmat-nikmat ini juga pasti manusia tidak akan diberikan cahaya (nur) dalam menyuluh kehidupan ini.

Sidang pembaca sekalian,
Alhamdulillah terasa lega hati ini setelah bergelumang dengan perlbagai dugaan dan ujian dalam menuju imtihan universiti al-azhar ash-syarif. Buat fasa pertama ini, ana membawa 3 madah (Tafsir Al-Maudhu’i, Akhlah falsafah & milal wa nihal). Inilah antara madah2 di dalam jurusan jabatan Aqidah Wal Falsafah. Study madah ini juga memerlukan kamus (mu’jam) khas. Kalimat2 yang disebutkan di dalam kitab2 ini kekadang tidak ada di dalam kamus biasa. Mu’jam yang ana maksudkan itu ialah (Mu’jam falsafah dan mausua’h falsafah). Buat teman-teman yang inginkan mu’jam ini bolehlah memperolehi di PESTA BUKU@ Ma’rid Kutub di Cairo tidak lama lagi. Beli di Maktabah Madbuli. Mu’jam2 ini tidak terdapat di maktabah2 biasa. Di sini ana tampilkan gambar2 mu'jam tersebut.




Sidang pembaca sekali,
Ini adalah salah satu imtihan kita di dunia ini. Namun semua ini belum berakhir kerana apa? Sesungguhnya imtihan yang sebenarnya ialah penghitungan semua amalan2 kita pada hari akhirat kelak. Inilah sebenarnya imtihan yang akan menentukan manusia samaada syurga@neraka. Setiap amalan hidup kita di bumi Allah ini pasti akan dihitung dan akan diperlihatkan atas perbuatan kita.

Firman Allah s.w.t bermaksud :-
Maka sesiapa berbuat kebaikan seberat zarrah nescaya akan dilihatkan. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatkan.
(surah al-zalzalah :7-8).

Oleh yang demikian marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita, melakukan perubahan, dan melakukan amal kebaikan dalam mencapai redho Ilahi. Sekadar ini sahaja untuk entri pengkongsian bersama sidang pembaca sekali. Mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan kejayaan, hidayah serta rahmatnya buat ana, semua penuntu ilmu agama Allah di universiti al-azhar serta muslimin dan muslimat semua.

Wallahua’lam.

BULAN MUHARRAM



MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah. Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan
selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama
40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan golongan sesat ke arah kebenaran. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadhilatnya - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Kisah Hijrah


RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam. Wallahua'lam.

Hari ini dalam sejarah





Pada tarikh 23 Disember 1986 tepat jam 8.12 malam lahirlah seorang insan di hospital sungai petani, kedah. Insan tersebut telah melalui zaman bayi, zaman kanak-kanak, zaman remaja, dan sekarang zaman remaja. Insan tersebut diberi nama Mohd Alif Junaidi Bin Abdullah. Terima kasih kepada kedua abah & mak sebab dah besarkan alif daripada kecik sampai sekarang..Hari ini ana telah menyambut hari kelahiran ana ke-23 di bumi barakah ini, bumi para anbiya' a'laihimussolatuwassalam.

Syukur pada mu Ya Allah..Sempena bertambahnya usiaku ini, semoga dimurahkan rezeki, panjang umur, berjaya di dunia & akhirat, diampuni segala dosa2 yang lalu, menjadi seorang jundullah yang dicintai oleh Rasulullah s.a.w, segala urusan ku dipermudahkan dan lain-lain.

Syukran jazilan ana ucapkan kepada sahabat2 saya terutama ahli bait kesayangan saya..Bait Tok Guru..Us.adham&Us.Amirul(hehehe)...Us.Amin Taufiq Chef Laksa Utara Pinang mari..(ops..kantoila plak sapa yg masak ne...jgn mrh no...us.zuhdi yang sentiasa ikhlas menolong..(nasib x merungut tdi..hehe)...gurau jew..kepada sahabat2 jemputan ana..terima kasih lagi sekali...ops..x lupa jgak..Syaikhuna kabir di Mansurah...us.salman maskuri..Imam membaca doa..semoga doa2 tdi menjadi kenyataan & diterima Allah s.w.t...Buat rumah atas..Bait Sumayyah & Bait Kisai...terima kasih yerk...tlg2 tdi....jasa kalian ana x kan lupa..semoga kalian semua najah2 belaka no...

Ermm...bnyk jgak lah menu2 tdi...alhamdulillah..syukur pada mu Ya Allah..wlu x dpt hadiah...hehehe..doa-doa antum sekalian serta kata2 semangat cukup bermakna bagi ana..hari ini dalam sejarah bagi ana..pertama lahir seorang putera lagi di mansurah..ammar farihin bin nasir...adik kepada rafiq fitri..us. nasir adalah Pengarah UBM Mansurah...mabruk...dah dpt adik sorg yerk..ke-2..Hari ini borang pencalonan PMRAM dibuka..semoga Mansurah dapat menghantar wakil sekali lagi di peringkat PUSAT..Semoga PMRAM dapat melahirkan generasi yang sentiasa memperjuangkan kebenaran berlandaskan Al-Quran & Sunnah..Insyaallah...ok lah sampai sini sajeee..Imtihan dah semakin dekat..teruskan usaha..jgn berputus asa..wassalam..