Selamat Hari Lahir Bonda ke-49

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t dan salam selawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang berada di jalan yang lurus.



Selamat Hari Lahir Bonda ke-49. Bonda dilahirkan pada 20/5/1961. Semoga panjang umur, murah rezeki, dirahmati oleh Allah s.w.t selalu.Anakanda sentiasa mendoakan bonda walau berjauhan. Anakanda selalu menyayangi, mencintai, mengasihi BONDA.Hajjah Shuraya Binti Zain...

Bisikan Hati Untuk Ibu

Ampuni dosaku,
Kerana kelahiran ku,
Darah mu tumpah ke bumi.

Ampuni dosaku,
Kerana sakit, sedih ku,
Airmata mu membasahi pipi.

Ampuni dosaku,
Kerana membesarkan ku,
Resah gelisah selalu kau alami.

Terima kasih ku pada mu,
Atas jasa mu membesarkan ku,
Atas segala kasih sayang mu.

Terima kasih ku pada mu,
Atas bimbingan dan ajaran mu,
Aku masih mempunyai ibu.

Setinggi gunung seluas lautan,
Bukan dapat jadi ukuran,
Pengorbanan ibu tak ada batasan,
Kasih sayangnya tetap berkekalan.

Doaku untuk mu ibu,
Agar ALLAH memberi restu,
Atas segala jasa dan bakti mu,
Pahala Syurga ganjaran untuk mu.

3 Mahasiswi Qiraat Tahun 1 Mansurah Kemalangan


Assalamualaikum w.b.t.

Innalilahi Wa Inna Ilaihi raajiu'n...itu lah kalimah yang bibir ini dapat ungkapkan. Manusia yang ditimpa kecelakaan hendaklah kita mengucapnya bahkan bukan hanya untuk kematian sahaja. Dalam kesibukkan siswa/wi bertungkus lumus bersiap sedia untuk imtihan yang tidak lama lagi, kita semua sekali lagi diuji oleh Allah s.w.t.

Kemalangan yang telah menimpa 3 orang siswi qiraat mansurah pagi tadi (19hb5) telah menjadi tumpuan ramai pihak. Mereka ialah Ustazah Nur Mahfuzah Mohd Roslan (perak)yang cedera di tangan kiri serta dijahit dengan 11 jahitan, Ustazah Nurul Ain Asmah Wahit (kelantan) cedera ringan di bahagian kepala dan perut, manakala Ustazah Ummu Sofia Mohd Rostam (melaka) cedera di bahagian kepala dan masih lagi dalam keadaan trauma. Mereka kini berada di Hospital Dauli wad 3408.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita doakan agar mereka cepat sembuh serta diberi kekuatan agar dapat meneruskan agenda sebagai penuntut ilmu agama Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal A'lamin. Al-Fatihah...

p/s : Buat semua siswa/wi di mesir berhati-hati ketika melintas jalan raya. Pastikan tengok kiri dan kanan ye..perlu ada keyakinan lagi satu.. Kenderaan di mesir laju2..tidak mcm malaysia...

Sumber : http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=930:3-mahasiswi-qiraat-mansurah-kemalangan&catid=1:pmra

Salam Imtihan

Assalamualaikum w.b.t


Selamat menghadapi peperiksaan fasa kedua buat seluruh Mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar...

Buat yang terbaik..ingatlah belajar bukan semata-mata untuk dapatkan sijil..belajarlah kerana Allah s.w.t.

Ikhlaskan niat selalu...




Selamat Hari Guru



Assalamualaikum w.b.t

Sempena Hari Guru ini pada 2 Jamadil Akhir 1431 H bersamaan 16/5/2010. Saya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada seluruh guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya tidak kira dimana jua sekalipun :

Taski ABIM Bagan Serai
Sekolah Kebangsaan Dato' Masu'd
Sekolah Kebangsaan Bagan Serai
Sekolah Menengah Agama Wawasan Al-Hidayah Al-Islamiah Sungai Petani
Maahad Al-Ummah Ipoh Perak
Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA Terengganu
Universiti Al-Azhar

BERBURU ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepala ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi,
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta).

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
Guruku budi yang diapungkan di dulangi ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sekian untuk seluruh guru-guru ku. Teruskan mendidik murid-murid mu sehingga mereka mahir membaca, menulis dan mengenal huruf sehingga mereka berjaya dan mencapai cita-cita mereka. Amin Ya Rabbal A'lamin.

wassalam.

BICARA KATA

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Sumber : Group Nasyid In-Team From Malaysia

FITNAH : BOLEH ROSAKKAN UKHUWWAH

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan pujian kepada Tuhan Semesta Alam. Tuhan yang boleh menghidupkan dan mematikan manusia. Tuhan yang selalu memberikan nikmat islam dan iman kepada hamba-hambanya. Dialah Allah s.w.t. Selawat dan salam buat kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang sentiasa berada di jalan yang lurus. Insya-Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Sidang Pembaca Sekalian,

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang dikhalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dikalangan masyarakat sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup bermasyarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat besar di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

Firman Allah s.w.t bermaksud :

Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah Al-QUran itu menambahkan kekotoran yang sedia ada pada mereka: dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir”.
( Surah At-Taubah : 125).

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukkan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengakui beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar didepan Allah.

"Dan janganlah kamu mengakui apa yang kamu tidak ketahui: sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan".

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya : “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini sedang diseksa. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya”.

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain dan suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih tajam daripada membunuh, kerana kesan kerosokannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a.h. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mushthalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah s.a.w sehingga turun ayat yangmenegaskan kesucian beliau.

Firman Allah s.w.t bermaksud :

" Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang diantara akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya diantara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan akhirat) ".

" Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang beriman-lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata : Ini ialah tuduhan dusta yang nyata ".

" Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta ".

" Dan kalaulah tidak kerana ada limpah kurnia Allah dan rahmat - Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita paslu itu ".

" Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya ".

" Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata : Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau Ya Allah dari mencemar nama baik ahli rumah Rasulullah! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan ".
(Surah An-Nur : 11-16)

Firman Allah s.w.t bermaksud :

" Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aiban orang lain ".
(Surah Al-Hujuraat : 12)

Firman Allah s.w.t bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah ( untuk menentukan ) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab kejahilan kamu
( mengenainya ) - sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan ".
(Surah Al-Hujuraat : 6)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan tauladan daripada penulisan ini. Mohon maaf sekiranya terdapat kecacatan penulisan. Sesungguhnya kita semua adalah insan yang lemah.

Mohd Alif Junaidi Bin Haji Abdullah
Kuliah Usuluddin
Jabatan Aqidah Dan Falsafah
Al-Azhar Cawangan Mansurah

Sekian, Wassalam.

Terkini : Ana Di Persalahkan? Betul ke?? kelakar pun ada...

Assalamualaikum..

Ana tidak mahu memanjangkan perkara sebegini, akan tetapi anda "Suara Ahli DPMM" adalah punca yang menyebabkan perkara ini tidak akan selesai. Kan mudah jika anda datang jumpa berterus terang ana. Buat pengetahuan semua pembaca, apabila ana buka sahaja YM msj berlalu-talu masuk menanyakan perkara ini.

Ingin berkongsi dengan semua, ana tidak mahu memburukkan mana-mana pihak kerana islam tidak mengajar kita melakukan sedemikian. Akan tetapi ada seorang kenalan ana ahli DPMM (ikhwah) sedang bertungkus lumus mempersoalkan perkara ini. Seolah-olah ingin menyalahkan ana. Ahh..buat apa melayan kerenah orang jenis ini yang tidak berani tampil kehadapan. Jika anda dikatakan pejuang agama Allah tampillah ke hadapan sekiranya anda berada di pihak yang benar. Sehingga kini ana masih tidak menghidu bayang-bayangan anda lagi.

Ana dipersalah kan? betul ke apa yang ana dengar ne?? kelakar pun ana..Bukan apa..Sekarang ini anda "Suara Ahli DPMM"hanya dengar di sebelah pihak sahaja. Belum dengar lagi di sebelah ana. Ini tidak terus menyalahkan ana membuat kecoh sana sini. Siapa yang buat kecoh dahulu ne. Kalau anda mengunci mulut anda nescaya perkara sedemikian tidak akan berlaku...Buat anda "Suara Ahli DPM", jangan bermain-main dengan api nanti termakan diri sendiri. Ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Sumber-sumber kajian ana tentang anda "Suara Ahli DPMM" semakin hampir mengenali anda. Semoga Allah membantu ana dalam melalui ujian sebegini. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Berjuang Mempertahan Kebenaran!!!

Takutlah kepada Allah s.w.t sehingga engkau seolah-olah belum pernah mentaatinya..
Dan letakkanlah harapan pada Allah s.w.t sehingga engkau seakan-akan tidak pernah derhaka kepadanya..
( Saidina Ali Bin Abi Talib k.w.h)

Terkini : Terima Kasih Ahli DPMM kerana prihatin

Assalamualaikum w.b.t

Jutaan terima kasih ana ucapkan kepada beberapa orang ahli DPMM yang berani tampil bersua muka dengan ana kerana ingin mengetahui kisah yang sebenar ini. Inilah sikap ahli DPMM yang perlu dijadikan contoh dan tatapan kepada semua. Bukan seperti "Suara Ahli DPMM" yang sehingga kini tidak berani tampil kehadapan. Kalau anda berada di pihak yang benar anda tidak akan menunggu hari mendatang malahan ana akan bergegas datang sekarang. Sehingga kini pintu pejabat DPMM masih terbuka dan sentiasa mengalu2kan kehadiran ahli DPMM.

Terima kasih juga kerana masih ada ahli yang masih meletakkan kepercayaan kepada ana. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam saf yang lurus dan sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t.

p/s : Semoga semua amalan kita kerana Allah s.w.t.

Terkini : Jangan libatkan tuduhan kepada Us. Amin Taufiq (Mantan Pengerusi)

Assalamualaikum w.b.t

Kenyataan yang ditimbulkan oleh "Suara Ahli DPMM" yang mengatakan " xkan us amin (mantan pengerusi) baru first time p alex??..logikka alasan jika minta no hp sebab takut sesat jalan?


Perhatikan baris ke-4...

Ia..memang kami baru di sana. Ana kali pertama dan Us. Amin baru kali ke-2. Dia sendiri mengaku tidak tahu tempat-tempat di sana termasuk rumah Us. Alimi. Ia.. Memang logik jika ana memohon keizinan mintak nombor telefon disebabkan tidak mahu kami sesat. Namun Ustazah terbabit tidak mengizinkan memberi nombor telefon, ana hormati keputusannya dan ana tidak mengganggu ustazah tersebut. Ustazah tersebut sendiri yang membuat pengakuan ana tidak menggangu ustazah tersebut. Persoalan di sini, kenapa "Suara Ahli DPMM" yang lebih-lebih menghuru harakan keadaan lagi...."Inginkan air yang jernih namun bau yang diberikan"...

Renung-renungkanlah...
Masa yang diberikan masih ada....

Terkini : Isu fitnah adalah benar

Assalamualaikum w.b.t

Fitnah yang dilempari oleh "Suara Ahli DPMM" yang menyatakan "ana mengorat ustazah alex adalah tuduhan tidak benar sama sekali dan cukup berat bagi ana". Ya Allah..ampunilah dosa kami semua.. Ini bukan ke di namakan fitnah. Adakah anda tidak tahu membezakan diantara "tuduhan" atau "fitnah"..Sesungguhnya kita semua sekarang sedang diuji keimanan oleh Allah s.w.t.


Cuba teliti betul2 barisan ke lima ini..fitnah yang cukup besar buat ana

Muhasabah kita semua bersama...Jauhilah dari sengketa PEMFITNAHAN!!!

Sekian dahulu...Doakan ana tabah semua ini...
Wslm...

Terkini : Jangan putar belit kenyataan ana

Assalamualaikum w.b.t

Buat wahai insan "Suara Ahli DPMM" di dalam shoutmix DPMM , Bagi ana semua ini tidak berahkir selagi mana anda tidak datang berjumpa dengan ana sendiri. Ana tidak kira anda ana kenal rapat mahupun tidak. Ana tidak suka anda membuat huru hara di dalam di dalam shoutmix dpmm. Ingt, blog DPMM adalah blog rasmi. Buat pengetahuan "Suara Ahli DPMM" ana terpaksa mengambil inisiatif pada malam tadi untuk menghubungi ustazah terbabit semalam atas sebab ana sekadar ingin bertanya dan mendapat kesohehan berita ini bagaimana semua ini boleh terjadi. Disebabkan ana dan ustazah terbabit sahaja yang mengetahui pasal semua ini. Bagaimana boleh tersebar dalam sekelip mata. Ana tidak ana niat sama sekali untuk mengganggu ustazah terbabit. Kenapa ustazah terbabit tidak mengambil langkah berterus terang mengatakan dia rasa terganggu kan mudah. Tidak ana bertanya dia lagi. Kenapa dia mengambil langkah menghubungi anda wahai "Suara AHli DPMM"?.. Jadi kenapa pihak ustazah terbabit menjadi takut selepas ana mengatakan siapa yang lakukan semua ini ana doakan dia tidak najah dalam periksa. Adakah dia rasa bersalah???

Baik, buat "Suara Ahli DPMM" ana memang tidak mengenali anda. Itu sebab ana memberi masa untuk anda supaya tampil ke hadapan agar ana lebih mengenali anda. Janganlah takut, ana bukan hendak makan anda. Ana hanya manusia biasa yang penuh dengan salah silap dan dosa. Kalau anda berani datanglah bersua muka. Itulah yang ana mampu katakan. Sekarang kebanyakkan ahli ramai menganggap buruk pada ana. Padahal ana tiada niat langsung semua ini. Ana pergi dengan niat baik akhirnya ana diburuk-burukkan oleh anda sendiri. Ana masih simpan salinan shoutmix DPMM yang anda perlakukan ana dan ana rasa ianya cukup aib bagi ana.

Buat pengetahuan anda "Suara Ahli DPMM" ana mintak nombor telefon ustazah terbabit sebelum ana pergi ke rumah Us. Alimi lagi. Akhirnya ustazah terbabit tidak mengizinkan dan ana hormati keputusan ustazah terbabit. Demi Allah s.w.t ana tidak mengugut dan tidak pernah ada niat untuk mengacau ustazah tersebut. Ana pergi rumah Us. Alimi bukan dasar bantuan ustazah tersebut walhal kami berusaha sendiri dan akhirnya kami menjumpainya. Ana harap "Suara Ahli DPMM jangan putar belit keadaan". Anda inginkan semuanya berakhir tetapi anda yang memanjang2kan isu ini.

Ana harap "Suara Ahli DPMM" jangan dengar disebelah pihak sahaja. Tolong dengar kedua-dua belah pihak. Baru kita tahu jelas dan tahu yang mana satu HITAM atau PUTIH. Islam mengajar kita untuk tidak mendengar sebelah pihak sahaja. Ingatlah kata-kata ana ini. Buat pengetahuan anda "Suara Ahli DPMM", ustazah tersebut yang mulakan dulu hendak mengenali ana dengan mengikut di dalam blog ana. Persoalan ana buat "Suara Ahli DPMM" siapa yang mulakan dulu???ana atau ustazah terbabit??? Ana mengatakan perkara yang benar. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang benar.

Buat pengetahuan anda "Suara Ahli DPMM" sehingga kini hati ana tidak tenteram atas sebab anda telah memalukan ana. Jujur ana katakan titisan air mata ini tidak pernah putus. Wahai "Suara Ahli DPMM" ana hendak periksa. Bagaimana hendak mengulangkaji sekiranya hati dan fikiran ini tidak tenang. Jika anda berada di pihak ana juga nescaya anda cukup merasai semua ini. Diri ana betul2 lemah...lemah dan lemah..Biarlah air mata ini menjadi saksi di akhirat kelak..Ya Allah..Sampai ini sahaja..Terima kasih kepada ahli DPMM yang masih memberi kepercayaan kepada ana..Ana sayangkan kalian semua ahli DPMM...Ana tidak mahu kita semua berpecah belah..Ya Allah..Satukanlah hati kami semua...Amin Ya Rabbal A'lamin..

Wslm...

KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN IANYA PAHIT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikum w.b.t buat semua,

Firman Allah s.w.t bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah ( untuk menentukan ) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) - sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujuraat:6)

Bersyukur kepada Allah s.w.t di atas keizinannya dan limpah kurnianya ana masih dipanjangkan usia untuk terus hidup sebagai khalifah di atas muka bumi ini disamping nikmat iman dan nikmat islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta mereka yang memperjuangkan islam di atas muka bumi ini.

Sidang pembaca sekalian,

Sesungguhnya manusia diciptakan di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Akan tetapi masih ada lagi segelintir manusia yang tidak mahu beribadah kepada Allah s.w.t (tidak melaksanakan suruhannya dan larangannya) dan masih ada lagi manusia yang tidak mahu bersyukur di atas segala nikmat-nikmatnya.

Firman Allah s.w.t bermaksud : Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada ku (surah Az-Zariyat:56)

Ini adalah kisah benar dan bukan rekaan semata-mata.

Buat pengetahuan semua, baru-baru ini 7/5/2010 jam 11.30 malam ana bersama seorang sahabat ana us. amin taufiq ke Iskandariah (alex) untuk menemaninya mengajar kitab kuliah di sana. Kami menginap di rumah PMRAM Bait Muhajirin. Sahabat ana mengajar siswi kuliah lughah tahun 4. Alhamdulillah. Ana hanya berada di rumah PMRAM sahaja sambil mengulangkaji madah manahij mufassirin. Ana tidak kemana-mana hanya berada di dalam rumah PMRAM tersebut.

Baik, keesokannya sabtu 8/5/2010 kami bercadang untuk menziarahi rumah sahabat-sahabat kami. Namun takdir menentukan hanya rumah Us. Alimi sahaja yang kami pergi ziarah. Inilah kisah yang akan ana berkongsi dengan semua. Sesungguhnya islam tidak pernah melarang umatnya untuk berkenal-kenalan dengan sesama muslim selagi tidak melanggar syara'. Semoga semuanya dapat mengambil perhatian dan tumpuan sepenuhnya.

Ana akui mempunyai kenalan seorang ustazah di Iskandariah. Persoalan di sini adakah salah@berdosa kita mempunyai seseorang kenalan?...fikir-fikirkanlah. Jika salah sila datangkan hujah dan dalil kepada ana. Kenapa anda yang bergelar "Suara Ahli DPMM" dengan mudah menaburkan fitnah yang menyatakan ana hendak mengorat ustazah tersebut. Nau'zubillahiminzalik. Ana tidak kenal sangat dengan ustazah tersebut dan ana tidak mahu membuka aib ustazah tersebut. Ini adalah prinsip hidup ana. Ini adalah kali pertama ana jejak kaki di Iskandariah setelah 3 tahun berada di mesir. Syukur pada Allah s.w.t. Petang itu, ana buka YM untuk melihat apa2 berita dan perkembangan terkini melalui hanset ini. Kebetulan petang itu ustazah tersebut ON YM. Ana terus bertanya kepadanya. Ana memberi salam dan mohon maaf jika mengganggu. Ana ingin mintak tolong sedikit jika boleh tolong. Kebetulan ustazah tersebut berada di alex. Insya-Allah malam ini ana hendak pergi ziarah kawan di sini "Risau sesat di sini maklumlah pertama kali berada di sini". kerana tidak mempunyai nombor telefon sahabat-sahabat di sini ana mintak keizinan terlebih dahulu daripada ustazah tersebut untuk mendapatkan nombor telefon. Jika ada apa-apa hal boleh ana hubungi termasuk bagaimana hendak hubungi sahabat-sahabat ikhwah ana di ALEX jujur ana katakan..Ustazah tersebut mengambil tindakan memohon maaf kepada ana kerana tidak dapat memberi nombor telefon tersebut atas sebab-sebab tertentu. Baik, ana hormati keputusan ustazah tersebut dan berakhir sampai itu sahaja. Ana terus tutup YM ana dan tidak mengganggu ustazah tersebut. Berbaki 30 minit sebelum maghrib kami keluar sekitar kawasan "A'Shofirah" untuk memastikan siswi Iskandariah tidak pulang lewat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini adalah tanggungjawab kita semua di dalam hisbah samaada pimpinan mahupun ahli dan tidak kira kita belajar pengajian islam mahupun perubatan. Kami menunaikan solat Jama' Taqdim di sebuah masjid berdekat situ. Disebabkan kelaparan kami mencari kedai arab untuk menjamah sedikit makanan. Setelah masuk solat fardhu isyak sekitar jam 10 malam kami mencari rumah Us. Alimi. Alhamdulillah atas usaha dan kesabaran ketika itu, akhirnya kami menjumpai rumah Us. Alimi.

Buat pengetahuan pembaca semua dan seluruh ahli DPMM yang ana hormati “Demi Allah, Sesungguhnya ana tidak pernah ada niat sama sekali untuk mengganggu atau mengacau ustazah di alex sana itu”. Ana ada maruah..Ana tahu yang mana satu baik dan yang mana satu buruk. Ini semuanya adalah FITNAH. Wahai insan yang menuduh ana, adakah ini adalah satu maksiat hanya kerana meminta nombor telefon sepertimana yang saudara lontarkan. Di manakah anda belajar??? Ya Allah, kenapalah fikiran anda betul-betul bukan seperti seorang mahasiwa islam. Anda mengaku sebagai mahasiswa islam akan tetapi anda tidak berfikir sebagai seorang yang berprofesional dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Betapa banyak keaiban yang anda lontarkan kepada ana. Tidakkah anda pernah mendengar pepatah melayu ada menyebut “Malu bertanya sesat jalan”. Kalau salah sila perbetulkan. Perkara ini tidak melanggar hukum syara'. Ana ke sana adalah atas satu tujuan dan niat hanyalah kerana Allah s.w.t. Bagi ana tuduhan dan fitnah ke atas ana yang mengatakan “ana mengacau ustazah di alex adalah tidak benar sama sekali”. Kenapa anda berani menyebut jawatan ana sebagai Setiausaha Agung DPMM. Us. Amin Taufiq sebagai saksi. Ana pohon jangan sesekali mengotori nama Setiausaha Agung DPMM mahupun DPMM. Kalau anda benci ana sekalipun tolong luahkan kepada ana bukan memburukkan jawatan tersebut. Kalau anda inginkan jawatan silakan..ana sedia menggantikan anda sebagai “Setiausaha Agung DPMM”. Ana bukan lagi budak-budak hingusan yang mudah ditampar kanan dan kiri. Kita semua sudah dewasa. Ya Allah, kenapa perkara ini berlaku sebegini, ana betul-betul amat terkilan perkara sebegini berlaku. Lagi menyedihkan orang pertama yang memulakan isu ini di dalam blog rasmi DPMM adalah dikalangan yang mengaku dirinya ahli DPMM sendiri. Kenapa biadab sungguh bahasa anda menyatakan "kepada akhawat mansurah, klu ust s/u dpmm nak taqdim antunna..antunna terima je..sian kat dia (ustaz s/u dpmm)". Sebagai kepimpinan, ana tidak mahu sama sekali ahli DPMM kita berpecah belah dek kerana perkara yang boleh dibawa bincang akan tetapi dihujum terus di dalam blog rasmi DPMM. Inikah sikap anda selaku mahasiswa??? Kenapa sanggup membuka a'ib ana. Jujur ana katakan, perasaan ini hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kenapa "Suara Ahli DPMM" tidak terus menghubungi ana. Adakah anda tidak menyimpan nombor ana juga? Sekiranya anda menyimpan alhamdulillah. Jika anda mempunyai keberanian ana cabar datang bersua muka dengan ana. Ana tidak mahu bersoal jawab dengan anda melalui YM. Kita bincang baik-baik apakah motif anda melakukan sebegini? Ruangan pejabat DPMM sentiasa terbuka. Ana akan sentiasa menunggu anda dan ingatlah blog DPMM ini semua orang membacanya. Wahai “Suara ahli DPMM” yang baik hati, buat pengetahuan semua, perkara ini pada mulanya ana dan ustazah ini sahaja yang mengetahuinya. Akan tetapi kenapa semua ini menjadi kecoh dalam sekelip mata. Ana ingin tinggalkan persoalan kepada semua. Siapakah yang memulakan penyebaran berita ini???...siapa???dan siapa???.. “Ingatlah, Sesungguhnya dosa orang yang melakukan fitnah adalah lebih besar dari membunuh”.

Berbalik kepada ustazah alex tersebut, setelah ana meneliti kembali copy paste shoutmix dpmm tersebut, ana dapat simpulkan bahawa ustazah alex ini merupakan bakal zaujah kepada "Suara Ahli DPMM". Adakah benar???Ini kerana setiap jawapan dan persoalan yang diajukan oleh pengunjung blog dpmm semuanya dijawab oleh "Suara Ahli DPMM". Jika benar mari sama-sama kita semua doakan moga mereka selamat diijabkabulkan. Ana sarankan percepat-cepatkanlah mendirikan masjid. Jangan biarkan diri anda berdua dibelenggu dengan dosa ikhtilat tidak sya'ie. Manfaatkanlah Unit Bait Muslim yang ada di sini. Msj terakhir di shoutmix dpmm adalah "Doakan kami berdua, kalau ada rezeki ana jemput semua ahli DPMM datang ke majlis kami".

Setelah kami menziarahi rumah Us. Alimi sekitar jam 11.30 malam kami pulang dalam keletihan. Keesokannya, Us. Amin seperti biasa mengajar dan ana masih meneruskan ulangkaji ana di rumah PMRAM. Kami bertolak pulang ke mansurah pada malam hari pada tarikh 9hb5 2010. Dalam perjalanan pulang tersebut dengan sokongan sahabat ana Us. Amin Taufiq, ana menerima pelbagai msj di dalam ym mengenai isu ini. Ada yang ingin dapatkan kepastian dan ada yang tidak puas hati. Ana terus menghubungi seorang sahabat ana untuk mendapat nombor telefon ustazah alex tersebut. Alhamdulillah, berkat doa dan tawakkal ana kepadaAllah s.w.t akhirnya ana dapat menghubungi ustazah tersebut. Ana bukan hendak mengganggu@atau mengacau ustazah tersebut. Cuma ana ingin dapat kepastian mengenai perkara ini. Ini kerana ana dan ustazah ini sahaja yang tahu.

Perbualan ana bersama ustazah tersebut

Ana: Assalamualaikum ustazah.
Ustazah: Waa'laikumussalam. Ia ustaz. Siapa tu?
Ana: Mf mengganggu, ana ustaz alif junaidi ( S/U Mansurah).
Ustazah: ia ustaz. Ustaz ambil mana nombor telefon ana?
Ana: Itu rahsia dan ustazah x perlu tahu. Mcm ne ustazah, ustazah ingt x smlm ana ym dgn ustzh sbb nk mintak no telefon? x lebih dari tu kan? x salahkan?
Ustazah: Ana ingt..ia ustaz..x lebih dari tu..
Ana: Smlm lepas ustazah x bg nombor telefon ana x ganggu ustazahkan?
Ustazah: Ia ustaz..ustaz x ganggu pun..
Ana: Macam nelah ustazah, sekarang ini ana telah difitnah di dalam blog dpmm.
(belum sempat abis cakap tuturan ana terus dicantas oleh ustazah tersebut)
Ustazah: Pasai isu ke?
Ana: Tiba2 terfikir dan terus bertanya ustazah tersebut. mcm mana blh ustazah tahu?
(Ustazah dalam keadaan gementar sedikit)..ana pun x tau kenapa..ana telah
difitnah skng ne di dalam blog dpmm yang menyatakan "ana telah mengacau seorang ustazah alex"Ustazah tahu x perkara ini???
Ustazah: Tetiba senyap sebentar...x tahu plak..
Ana: X apalah kalau mcm tu..tpi ustazah, ana cuma bertanya
bukan memfitnah@menuduh ustazah ok..ana x kan maafkan orang yang buat fitnah mcm ne kat ana dan ana bagi masa kepadanya selama 3 hari.Kalau tidak memohon maaf dan mengaku atas
tuduhan ini ana x kan maafkan dia dan ana doakan dia tidak najah dalam periksa.
Ustazah: yeke ustaz..erm..ustaz..ana rasa bersalah dan turut rasa terlibat.
Ana: ehh ustazah..kenapa ustazah rasa terlibat plak sekiranya ustazah tidak lakukan..
Ana cuma bertanya ja..ustazah jgn takut..Ana doa banyk2 pada Allah moga org itu
dibuka pintu hatinya untuk jujur. Ana tinggalkan sedikit nasihat " Dosa orang yang
membuat fitnah ini lebih besar dari membunuh"...
Ustazah : Ustaz nak jelaskan ke @ ana yg jelaskan dan mohon maaf...
Ana : kalau ustazah rasa x bersalah x apalah.x apa. lepas ne ana akan terus delete nombor ustazah. ok lah. syukran..Wslm.
Ustazah : Wslm.

Inilah sedikit perbualan dan pertanyaan ana kepada ustazah tersebut. Ana tidak mahu menuduh ustazah kerana ianya boleh menjadikan fitnah..Sebelum tiba di mansurah, hati ini hanya Allah sahaja yang mengetahui. Perasaan sedih dan titisan air mata turut mengalir kerana mengenangkan fitnah yang berlaku ke atas diri ana ini. Bila dikenangkan dosa org fitnah sangat besar. Ya Allah...Ampunilah dosa-dosa kami. Hanyalah alunan zikir memuji Allah sahaja menemani ana sepanjang perjalanan ana ini.

Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran ana..Jika kita semua adalah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t janganlah cepat kita menuduh tanpa usul periksa. Ingatlah sebaik-baik perancangan dan ketentuan adalah dari Allah s.wt. Alhamdulillah ana tiba di mansurah dengan penuh syukur dan doa yang penuh tawakkal kepada Allah. Agar semua ahli DPMM bersatu tanpa sebarang kekacauan.

"Demi Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Hari ini aku diuji dengan ujian sebegini. Engkau berikanlah ketabahan dan kekuatan kepada ku..Agar aku dapat menempuhi kehidupan ini seperti biasa dan semakin taqarrub kepada mu Ya Allah...

Inilah sedikit coretan yang mampu ana luahkan dan jawab di atas segala persoalan-persoalan dan tuduhan kepada ana. Us. Amin Taufiq sebagai saksi semua ini. Dia meluahkan kata-kata tidak salah ana bertanya kepada seorang kenalan. Macam jgaklah kita nak berhubung di dalam sesuatu program. Si lelaki mintak nombor telefon kepada seorang perempuan..adakah itu dikatakan salah??Ana harap tolonglah buang pemikiran yang sebegitu. Anda belajar "Salamatu sodri" berlapang dada. Tapi kenapa anda yang begitu terasa dan jeles semua ini. Jadi, ana tinggalkan semua persoalan ini kepada semua pembaca dan khususnya " Suara ahli DPMM ". Buat "Suara Ahli DPMM" ana dah delete nombor telefon ustazah tersebut.

Baik, buat akhirnya ana memohon jasa baik saudara yang mengaku sebagai gelaran "Suara ahli DPMM" di dalam blog rasmi DPMM, sila tampilkan diri dan kenalkan diri anda kepada ana. Ana beri tempoh masa sehingga hari KHAMIS ini bersamaan 13hb5 ini sebelum maghrib. Sila sebutkan apa motif dan tujuan anda lakukan sebegini??? Sila bersihkan kembali aib ana ini. Ini kerana telah mengaibkan ana selaku kepimpinan DPMM 2009/2010. Pintu pejabat di DPMM sentiasa terbuka. Jika anda tidak tampil juga, ingtlah anda akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Ingatlah, doa orang yang dizalimi adalah makbul di sisi Allah s.w.t. Ana tidak mahu cakap panjang. Ana bertegas di sini sekali lagi, ini soal maruah dan syakhsiah ana serta nama DPMM yang kita semua kasihi. Ingatlah hari ini hari anda mengaibkan ana. Jam menunjukkan 5.36 pagi baru selesai solat subuh. Mata masih bersengkang menulis semua ini. Semoga perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Harapan ana kepada semua pembaca jadikan kisah ini sebagai teladan dan pengajaran buat kita bersama. Buat seluruh ahli DPMM bersatulah semuanya!!!Sesungguhnya setiap insan tidak pernah lari dari kesilapan.

1. Ingatlah fitnah adalah dosa yang sangat besar.
2. Berjumpalah dan kaji dahulu berita yang diterima adakah benar atau salah.
3. Berfikirlah secara matang dan profesional.

"BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH"

p/s : mana2 ahli ikhwah yang ingin tahu lebih detil pasal semua ini boleh datang ke pejabat DPMM. Ana tidak suka ada orang yang berani cakap di belakang, bila bertemu senyap tidak berani mengungkap apa2..@ blh hubungi ana di talian 011-8219296.

Salam Imtihan dari ana..
Mohd Alif Junaidi Bin Abdullah
Kuliah Usuluddin Wa Dakwah
Aqidah Wal Falsafah
5.39 a.m.