Jadual Peperiksaan 2009 ( 1 )

Jadual Peperiksaan 2009 ( 2 )

Misi Syaqah PMRAM 2009 Bermula


Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2009 juga merangkap Naib Presiden III, saudara Mohd Zuhaili bin Saiman mengumumkan bahawa gerak kerja untuk melaksanakan usul yang telah disepakati di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 76 iaitu "Menjayakan Pembelian Syaqah Akhir 2009" dengan tambahan "Yuran LE 300" telah pun bermula.

Bermula 15 April 2009, borang bagi menjayakan Misi Syaqah PMRAM 2009 akan diedarkan oleh setiap wakil Unit Kebajikan BKAN dan DPM kepada setiap ahli PMRAM.

"Kita meminta setiap ahli PMRAM untuk mengisi borang tersebut untuk kita mengkaji dan menganalisis tahap kemampuan ahli dari semua sudut kewangan" ujar saudara Mohd Zuhaili bin Saiman selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2009 juga merangkap Naib Presiden III PMRAM.

"Setiap ahli perlu mengambil berat dalam menjayakan usul tersebut kerana ia merupakan usul yang telah disepakati di dalam muktamar yang lalu kerana syaqah tersebut sebagai salah satu pemudah cara bagi pengurusan PMRAM semenjak disingkir dari ARMA." ujar beliau lagi.

Maksud Tasawuf


Alhamdulillah..syukur pd Allah S.W.T..kerana dgn izin dan rahmatnya diberi kesempatan buat hamba mu ini lagi untuk terus menulis dan sekaligus menyebarkan dakwah agama islam mu ya Allah..mudah2an engkau memberkati dan merahmati kerja2 dakwah ini..amin ya rabbal a'lamin..

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian..

Kehidupan kita kini penuh dengan dugaan dan cabaran. Memandangkan keadaan ummah dewasa ini yang semakin ketandusan iman dan amal serta dalam arus era globalisasi yang semakin hari semakin melalaikan manusia menghanyutkan manusia di dalam lembah yang tidak sepatutnya..ya Allah...mudah-mudahan hidup kita ini diberkati Allah dan kita sentiasa berada di dalam rahmatnya serta kita dimatikan di dalam husnul khatimah dan sentiasa berada dalam keadaan sabar dalam perlindungannya..amin ya rabbal a'lamin...

Firman Allah S.W.T. : ( واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم.... (سورة الكهف: 28
Maksudnya : " Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanya" Surah Al-kahfi : 28.

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian..secara ringkasnya..

1. Qadhi Syaikhul Islam Zakaria Al-Anshari Rahimahullah berkata : " Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan mencapai kebahagiaan yang abadi ".

2. Berkata Sayyid At-Thoifatain Imam Junaid Rahimahullah : " Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi keji ".

3. Setengah lain mengatakan " Tasawuf semuanya akhlak, sesiapa yang menambahkan akhlakmu dia telah menambahkan tasawuf terhadap dirimu ".

4. Berkata Abu Hasan Asy-Syazuli Rahimahulllah : " Tasawuf ialah melatih diri dengan ubudiyyah dan mengembalikannya kepada hukum rububiyyah ".

Insyaallah sahabat2 sekalian..marilah sama2 kita merenung sejenak..muhasabah diri..adakah kita telah membantu islam hari ini???apa yang telah kita lakukan hari ini??amalan baik banyak mana??..hari silih ganti..umur meninggalkan kita..bumi kata pergi..kubur kata mari..marilah sama2 kita mengubah diri kita ini..sekian...

Rujukan : -

1. Qawaid Tasawuf, Qaiedah 13 m/s : 6.
2. Nusratun Nabawiyyah - Karangan Syiekh Mustafa Al-Madani.
3. Nurut Tahqiq - Karangan Al-Allamah Hamid shoqr m/s : 93.
4. Haqa'iq Tasawuf ( Syikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah).
Timur Tengah....

Ya Allah...Sayu Nya Hati KU ini..


Bismillahirrahmanirrahim...
aku mulai doaku ini dgn menyebut nama Mu Ya Allah...

Ya Allah..
Sesungguhnya engkau adalah tuhan yang maha Pengampun lagi Maha penyayang,
engkaulah pemilik segala-galanya,
pencipta segala alam,
pencipta semua yang bernyawa,
ku bersyukur pada Mu ya Allah..
selawat dan salam buat kekasih mu,
Rasulullah s.a.w.,para sahabat, tabi', tabii'n, dan seluruh ahli bait mereka...

Ya Allah..
Engkau panjangkanlah umur ku,
Engkau murahkanlah rezeki ku,
Engkau terimalah segala amal ibadah ku,
Engkau ampunilah segala dosa-dosa ku kecil dan besar,
Ya Allah..
Engkau ampunilah dosa kedua ibubapa ku, tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang beriman kepada Mu Ya Allah di dalam Syurga Mu Ya Allah..
ku ukirkan doa ku ini buat diri ku kepada mu Ya Allah,
Engkau berikanlah hidayah dan rahmat mu pada Ku Ya Allah,
Engkau bersihkanlah hati ku dari segala kekotoran dan maksiat,
Engkau angkatkanlah martabat ku bersama orang yang beriman dan beramal soleh...

Ya Allah,
berikanlah kejayaan kepada ku dan rakan-rakan ku, kesihatan yang cukup, kecerdikan, isteri yang solehah, dan zuriat yang baik,
jauhilah aku dari sifat malas, takbur, hasat dengki dan kedekut,
sesungguhnya engkau mengetahui segala isi hati ku,
perkenankanlah ya Allah....

Ya Allah..
Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara,
Akhiratlah segala-galanya,
Engkau jauhilah aku dari seksaan kubur mu, seksaan api neraka mu Ya Allah,
Berikanlah kesedaran dan keinsafan untuk selalu melakukan kebaikan,
bersihkanlah hati ku, wajah ku, dan seluruh diri ku..

Ya Allah..engkau bantulah saudara seislam ku di sana,
engkau bantulah palestin, iraq, afghanistan, dan seluruh negara islam,
hancurkanlah zionis, israil, amerika, yahudi,
sesungguhnya golongan itu telah dilaknat mu Allah,
Ya Allah..jadikanlah aku selalu bersyukur akan nikmat yang engkau berikan kepada ku,
sesungguhnya aku tidak dapat menghitung nikmat mu Ya Allah,

Ya Allah,berikanlah kejayaan kepada ku, najahkanlah aku di dalam peperiksaan samaada di dunia dan di akhirat kelak,
berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini,
Ya Allah,najahkanlah aku di dalam peperiksaan yang akan tiba ini,
aku belajar kerana mu Ya Allah,
perkenanlah Ya Allah,
perkenanlah Ya Allah,
Sesungguhnya kepada Engkau aku mohon pertolongan dan perlindungan,
Amin Ya Rabbal A'lamin........

Kisah Nabi Daud 'alaihissalam..


Alhamdulillah..hari ini 17 Rabiul Akhir 1430H bersamaan 13 April 2009..pd pg yg sejuk dan damai ini..diri ini diberi kesempatan untuk menyambung lagi penulisan ini..pd kali ini..saya ingin menceritakan satu kisah iaitu kisah Nabi Daud 'alaihissalam..

sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian,

Nabi Daud 'alaihissalam adalah seorang Nabi dari keturunan Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Nabi Daud dikurniakan sebuah kitab iaitu Kitab Zabur untuk memimpin kaumnya Bani Israil ke jalan yang lurus..Allah S.W.T. banyak mengurniakan banyak mukjizat kepada baginda. Baginda sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. dan memuji Allah S.W.T. Baginda dikurniakan mukjizat suara yang amat merdu sehingga manusia, burung-burung, binatang-binatang, jin-jin, malahan gunung-gunung turut menyanyi bersama baginda.

Firman Allah S.W.T. :-

إنا سخرنا الجبال معه يسبحن بالعشى والإشراق (18) والطير محشورةً كل له أواب(19) سورة ص : 18-19

Maksudnya : Sesungguhnya kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi, dan kami tundukkan pula burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah. ( Surah Shad: 18-19 )

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian..

Allah S.W.T. telah mengabulkan doa Nabi Daud 'alaihissalam supaya memudahkan urusan kehidupan harian untuk baginda kerana baginda juga perlu menunaikan menguruskan kerajaan yang sangat luas iaitu yang meliputi syria, iraq, palestin, timur jordan, dan sekitarnya. Baginda juga memiliki mukjizat iaitu boleh melembutkan besi di tangan baginda sendiri dengan izin Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :-
وألنا له الحديد : سورة سإ : 10
Maksudnya :- Dan kami telah melembutkan besi untuknya. ( Surah Saba' : 10 )

Firman Allah S.W.T :-
وعلمنه صنعة لبوس لكم لتحصنكم من بأ سكم فهل أنتم شكرون : سورة الأنبيأ : 80

Maksudnya :- Dan telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu, maka hendaklah kamu bersyukur ( kepada Allah).
(Surah Al-Anbiyaa')

Sebagaimana kisah baginda yang mana Allah S.W.T. telah mengajar Nabi Daud 'alaihissalam cara membuat baju besi untuk digunakan di dalam peperangan yang mana tidak terasa berat sewaktu dipakai oleh bala tentera.

Oleh yang demikian, apa yang boleh kita mengambil i'tibar di sini..pertamanya kita kena bersyukur dgn apa yang Allah S.W.T. telah mengurniakan nikmat yang ada pada kita.. kita selaku hamba Allah tidak sepatutnya memandang rendah kepada orang yang bekerja sebagai tukang besi kerana ianya kerja yang sangat mulia dan mengikuti jejak Nabi Daud 'alaihissalam...

Rujukan:-
1. Al-Quran
2.Peringatan buat orang berakal.

sekian...coretan timur tengah...



Perkasakan Dana syaqoh



Sahabat yang dikasihi sekalian,

Saya menyeru agar kita semua para mahasiswa untuk menanamkan sifat bersedekah ataupun menginfakkan diri dan harta bnda dan segala2nya untuk islam tercinta.

Kita yang dianugerahkan oleh Allah swt nikmat Islam dan Iman perlu kita fikirkan untuk menjadi seorang muslim yang beramal dengan apa yang sepatutnya digariskan dalam islam.

Islam adalah agama yang syumul dan sesuai disetiap peringkat bangsa,warna kulit dan segalanya.

Sepertimana yang kita fahami bahawa kita yang dijadikan oleh Allah swt agar berkenal-kenalan tanpa mengira bangsa-bangsa.Samada china,India,melayu,arab dan lain2.

Jadi,bermula dari semangat berkenal-kenalan yang membolehkan kita semua menjalinkan semangat bantu membantu antara satu sama lain.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Kita selaku insan yang tidak dapat tidak akan berdepan dengan saat kematian yang disebut dalam firman Allah swt : Setiap benda yang bernyawa akan mati .

jadi sedialah diri kita dengan sebaiknya sebelum kita berdepan dengan tarikh-tarikh kematian kita semua.Buatlah yang terbaik agar kita tergolong dikalalangan orang2 yang dirahmati Allah..ameeen....

Kalam pertama


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Alhamdulillah..Pertamanya saya rasa syukur ssgt pada Allah swt kerana dengan izin limpah dan inayahnya diberi peluang oleh Allah swt dapat menyediakan tapak sulung saya dalam dunia blogger ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat, tabi'tabi"in, para ulama', para pejuang Allah dan seluruh ummat islam seantero dunia.

Kedua, tidak lupa juga buat kedua ibubapa saya yg telah menjaga,mendidik,membesarkan saya sehingga skrang. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi sokongan dalam menyiapkan blog ini. Insyaallah dgn penulisan dlm blogger ini wlu masih dipermulaan, mudah2an ianya menjadi salah satu pendorong semangat buat saya dalam meneruskan kehidupan ini. Mudah2an dgn tunjuk ajar daripada pembaca blogger saya ini menambahkn lagi idea2 yg bernas,pengetahuan, dan lain2..amin ya rabbal a'lamin.

ketiga Saya Mohd Alif junaidi selaku hamba Allah yang kerdil ini mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung blogger dan memohon teguran dari semua pembaca dan pelayar blogger.

Akhir sekali sekian dari saya mohon jutaan kemaafan tidak terhingga kepada semua jika terdapat salah tutur bicara sepanjang penulisan saya ini..

sekian..coretan timur tengah..