ISU ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENARIK PERHATIAN SEMUA

Bismillahirrahmanirrahim


Firman Allah s.w.t bermaksud :

" Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya " (Surah An-Nuur : ayat 31)

1. Diri ini rasa terpanggil & bertanggungjawab untuk memperjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam tidak kira apa-apa politik sekalipun. Ini kerana, isu ini amat besar berkaitan hukum hakam Islam dan penghinaan kepada Kekasih Allah s.w.t Nabi Muhammad s.a.w.

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ].

3. Festival ini telah membangkitkan kemarahan dan kebencian kepada pimpinan negara. Mana tidaknya, Festival yang dikatakan pertunjukkan pakaian islam telah menjejaskan & memburukkan imej islam itu sendiri. Malah yang lebih menyedihkan hati ialah penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada ejaan nama Baginda yang diterbalikkan. Pemakaian ini cukup bertentangan dengan etika Islam. Adalah "HARAM" bagi umat Islam mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan Mahram. Beginikah cara pimpinan kita yang kita inginkan? Perdana Menteri yang mengaku malaysia adalah negara Islam dan demokrasi. Sehingga ke hari ini, saya masih belum melihat malaysia melaksanakan undang-undang Islam. Hak demokrasi yang tidak adil kepada rakyat. Rakyat makin hari makin dizalimi. Beginikah nasib rakyat yang didahulukan. Banyak lagi jika ingin dibangkitkan. Persoalan demi persoalan terus bermain di kotak fikiran saya...Untuk gambaran lebih tepat sila ke (blog ini).

3. Kemana perginya ulama-ulama di dalam pimpinan UMNO? 40 orang ulama muda umno senyap menyepi. Hanya Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya sahaja yang masih mempertahankan Rosmah Mansur ini. Tidak tahulah apa yang beliau belajar tentang hukum hakam Islam. Para mufti-mufti pula tidak mengeluarkan apa-apa suara setakat ini. Bersuaralah wahai para mufti!!! Ini soal maruah Islam, Islam itu suci jangan biar Islam itu dicemari dengan najis-najis yang kotor. Janganlah Allah s.w.t menurunkan bala yang besar yang akhirnya menyedarkan kita semua dari kelalaian dan kealpaan manusia hari ini. Jadikanlah pengajaran peristiwa-peristiwa sejarah Islam yang lalu. Sebagai contoh Kisah Nabi Nuh A'lahissalam dengan umatnya yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. Akhirnya Allah menurunkan bala yang sangat besar kepada mereka.

4. Isu IFF ini amat meresahkan & membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam. Ini kerana, IFF ini menjadikan tanda tanya dan kekeliruan kepada mereka yang ingin mendalami Islam itu sendiri. Sekali lagi ingin saya nyatakan, pertunjukkan IFF ini adalah salah dan bertentangan dengan ajaran ISLAM!.

5. Sedarlah wahai seluruh umat Islam, masalah keruntuhan akhlak yang masih belum dapat dibendung, ditambah pula dengan benih-benih yang bakal menyuburkan sosialnya muda/mudi hari ini disebabkan sikap dan akhlak pimpinan negara hari ini (UMNO). Ayuh bangunlah semua! pertahankan kesucian ISLAM dari tercemar. Bentuklah dan berdoalah kepada Allah s.w.t agar kita semua diberi kekuatan supaya dapat mematahkan segala rancangan mereka yang terkutuk ini.

6. Maka dengan ini, 1 laman web facebook telah diwujudkan khas buat mereka Pimpinan Negara Khususnya isteri PM Rosmah Mansur agar Rosmah Mansur memohon kemaafan kepada seluruh raykat malaysia terutama umat Islam. Sila layari (di sini). Mohonlah keampunan kepada Allah s.w.t selagi pintu taubat masih terbuka. Marilah kita semua yang sayangkan Islam tidak kira apa jua sekalipun menyatakan tidak setuju & membangkang sepenuh-penuhnya terhadap IFF ini. Jika tidak, tunggulah tawanan PUTRAJAYA oleh Pakatan Rakyat akan datang!!!Insyaallah. Ingatlah, bahawasanya Putrajaya itu bukanlah harta pusaka kerajaan. Semua keputusan ada pada rakyat sekarang.

7. Akhirnya, marilah kita semua kembali ke pangkal jalan yang benar. Ingatlah Allah s.w.t selalu, nescaya DIA (Allah s.w.t) akan ingat pada setiap hamba-hambanya. Sayangilah Nabi kita Muhammad s.a.w. Tanpa perjuangan dan pengorbanan Baginda satu masa dahulu, nescaya kita semua tidak berada di dalam keadaan Islam seperti hari ini. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana kita semua dikurniakan nikmat ISLAM, IMAN dan IHSAN hari ini. Semoga kita semua perolehi manfaat dari semua ini.

SAYANGILAH ISLAM!

Wallahua'lam...

Sumber
1) Blog PMRAM
2) Blog Episod Perjuangan
3) Blog Ruang Bicara Pria Malaya

Taklimat Biasa Jadi Kelab UMNO

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.

Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.

(Sumber:Harakahdaily)

Ops ISMA!

OPS ISMA! Operasi ISMA semakin membiadap apabila pelajar kita disuruh untuk ditinggal bersama dengan mereka sendiri dengan anggapan bahawa itu adalah kehendak pelajar-pelajar sendiri. Hujah dan alasan tersebut agak basi di telinga saya kerana sekian lama kita berdepan dengan hujah yang lapuk ini. Tak ada hujah lain ke? Datang dengan tidak diundang, kemudian meminta kita untuk dibawa sahabat baiknya dari Malaysia tinggal bersama-sama mereka. Kononnya kenalan lama. Tetapi malangnya tujuan mereka tidak disepakati bersama. Salah seorang dari mereka mengatakan kedatangan mereka ‘under’ ISMA manakala yang lain mengatakan ‘under’ peribadi (kawan suruh datang ambil). Pelik! Sekejap macam ini, sekejap macam itu. Apa salahnya kalau diberitahu tujuan sebenar kehadiran kalian ke markaz DPM? Bagi saya tujuan kalian kurang jelas!

PENGURUSAN

Sudah dimaklumkan dan diketahui umum bahawa DPM telah diamanahkan oleh pihak pengurusan dari Malaysia untuk menguruskan kedatangan dan kehadiran serta penempatan mereka di bumi Anbiya’ ini. Perkara ini tidak perlu melibatkan individu lain. Cukup sekadar DPM, BKAN yang terlibat dan pihak di Malaysia (pengurus). Namun masih ada kaki-kaki dan tangan-tangan yang saya anggap bersih sebelum ini menjadi kotor apabila cuba untuk masuk campur dalam isu pengurusan ini. Ini dikira sebagai tidak ada sikap BERADAB dan ketidakpercayaan kepada pihak pengurusan. Baik pelajar yang hadir dengan pengurusan DPM atau kakak-kakak dan abang-abang dari persatuan yang kurang kami kenali identitinya iaitu ISMA.

Bagi pelajar-pelajar yang cuba hadirkan diri dengan pihak pengurusan yang telah kalian ikuti. Diminta untuk memahami dan mempercayai akan proses pengurusan khidmat yang telah kami sediakan kepada kalian. Kekecewaan meratah dijiwa apabila sikap kalian sebagai orang yang diamanahkan untuk kami mengurus tidak dipersetujui atau tidak dipercayai oleh pihak kalian. Apakah salah kami? Apakah kekurangan kami? Sila komen atau berikan pandangan-pendangan supaya kami dapat mengubah keadaan yang kalian tidak sukai.

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Tahun lepas kita dibelenggu dengan masalah pelajar Qiraat yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi tahun pertama di bumi Mansurah dan Syubra. Perkara ini ada kaitan dengan pengurusan. Ini kerana pihak yang menguruskan pengajian kalian adalah pihak Al-Azhar. Dan dari pihaknya untuk kita membuat pengurusan kuliah secara serentak, bukan secara berasingan. Pada sesi lepas, terdapat segelintir pelajar Qiraat yang tidak sabar-sabar untuk keluar dari pengurusan ini cuba membuat prosuder pengurusan kuliah under persendirian (ini adalah makluman dan alasan dari pelajar tersebut). Alasannya beliau tidak suka untuk mengikuti pengurusan yang kita sediakan. Malangnya, pada saat akhir peperiksaan ingin bermula, beliau dan juga sahabat-sahabat beliau yang tidak ada kaitan dengan sikap beliau tidak dapat mengambil peperiksaan secara keseluruhannya. Ini merupakan fakta! Kenapa perlu menyusahkan sahabat-sahabat yang lain?

AMANAH SIKAP KITA BERSAMA

Bagi sahabat-sahabat Qiraat yang baru hadir pada sesi ini, suka saya sebutkan di sini bahawa proses kedatangan yang kalian sepakati di Malaysia merupakan tanggungjawab kami dengan pengurus di Malaysia. Masakan bukan tanggungjawab kami sekiranya kalian datang dengan pengurusan yang bukan dari pihak kami. Bukankah itu mudah sekiranya kalian datang ‘under’ ISMA sendiri pada bulan Jun dan Julai sekiranya anda ingin bersama mereka? Dan bukankah mudah sekiranya kalian datang sendiri tanpa meminta pertolongan sesiapa pun sekiranya kalian ingin hidup bersendirian tanpa berjemaah? Ini amanah kalian! Kenapa perlu belot dengan perjanjian yang kalian telah sepakati? Ingin menambah dosa?! Kami punya amanah dan kalian juga punya amanah! Laksanakan amanah mengikut posisi masing-masing.

Saya telah mendapat satu alasan dari salah seorang pelajar ISMA yang menyatakan bahawa kehadirannya melalui DPM adalah semata untuk menuntut zakat negeri. Kalau tidak mengikuti proses malalui DPM, maka proses zakat tergendala. Ini menunjukkan bahawasanya kalian hanya mementingkan diri sendiri. Bermatlamatkan zakat sehingga menyusahkan pihak pengurusan. Kalian dianggap menzalimi dan mencabul hak pengurusan. Kerana zakat yang dikejar-kejar, sanggup menyusahkan pihak atasan. Apa salahnya sekiranya kalian mengikuti sementara prosuder-prosuder pengurusan zakat tersebut? Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara kalian!

TIDAK PERNAH MENGGANGU DAN MEMUNGKIRI JANJI

Dari dulu hingga sekarang, ISMA asyik seronok bermain-main dengan DPM dalam hal yang berkaitan dengan kes ambil-mengambil pelajar. Cuba kalian bertanya pada pihak DPM atau ISMA, adakah pihak DPM pernah mengambil pelajar-pelajar yang datang melalui pengurusan ISMA pada bulan 6 dan 7? Pernahkah sekali DPM berbuat demikian? Tidakkah kalian pelik atau persoalkan kenapa DPM tidak melakukan sedemikian rupa? Bagi saya, DPM bertindak atas dasar professional kerja. Tidak menggangu dasar pemikiran pelajar. Ini kerana PMRAM yang menaungi DPM menakluki seluruh mahasiswa/wi yang datang dengan pelbagai aliran pengajian dan pemikiran. Tetapi ini tidak menunjukkan bahawasanya PMRAM mahupun DPM tidak melaksanakan aktiviti-aktiviti pentarbiyah kepada ahlinya.

Baru-baru ini, kita diberitahu bahawa pihak pengurusan DPM tidak dibenarkan mengganggu pelajar Yayasan Terengganu sehingga mana tarikh 27 September belum tiba. Ini kerana mereka akan mengadakan aktiviti kepada anak-anak negeri mereka dengan cara pembawakan mereka sendiri. Selepas tarikh tersebut, kita diberi peluang oleh pihak mereka untuk kita bersama-sama beramah mesra dengan pelajara-pelajar terbabit. Dengan perjanjian yang dibuat, kita tidak memungkirinya. Kita tidak menyerbu, merampas atau melarikan pelajar-pelajar terbabit dari mereka. Bahkan kita merasakan ianya merupakan satu bantuan sokongan mereka terhadap kita untuk memastikan pelajar-pelajar baru ini mendapat pendedahan penting untuk merantau di bumi Mesir ini. Syukur. Tapi bagaimana pula dengan mereka (ISMA)?

Buat akhirnya, di sini saya ingin memohon dan menyeru sahabat-sahabat agar berfikir secara positif dan matang sebelum melakukan sesuatu tindakan. Jangan kerana sikap kepentingan diri menyebabkan kesusahan menimpa diri orang lain. Perkara ini dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak. Silap-silap kalian pula akan mengalami posisi yang sama atas balasan Allah terhadap apa yang kalian lakukan sebelumnya.

(sumber:Amin Taufiq)

Perhatian Buat Warga Usuluddin&Lughah Banin!!!


Kepada semua pelajar kuliah, diwajibkan untuk menghadiri ke kuliah sebanyak 75% setiap subjek yang diambil, bagi sesiapa yang tidak mengikuti syarat ini maka tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil peperiksaan bagi matapelajaran tersebut..

Jom pakat-pakat p kuliah!!!