PAS TIDAK GENTAR WALAUPUN BERIBU ORANG MASUK UMNO

Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno. Kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang tempoh hari adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal. Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal.

Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

PAS yakin mereka yang berlatar belakang dalam Umno tidak ke mana akhirnya. Mereka hanya akan menjadi kupang tembaga, digunakan ketika hendak melawan hujah PAS itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali Pas ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut.

PAS yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Sekadar menyebut beberapa nama dalam umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno. Mana pergi nama-nama seperti Dr Hamid Osman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (Bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA, Madinah, Phd UK), Dr Yusuf Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Pas merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqin, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang umno bersama-sama dengan umno untuk karam sama. Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersetongkol dengan Umno. Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunai.

Pas yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

sumber : (link)

Kerajaan Malaysia Jangan Hipokrit

Assalamualaikum w.b.t


Dunia hari ini mengecam sekeras-kerasnya kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis israel terhadap penduduk Gaza di Palestin dan pencabulan hak asasi manusia terhadap penyerangan konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza baru-baru ini. Demontrasi membantah ke atas kekejaman dan kezaliman itu dilakukan oleh ramai pihak. Negara Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melakukan demontrasi tersebut. Baru-baru 4 jun dijangkakan seramai 50 ribu rakyat malaysia dari perlbagai parti politik, NGO yang terdiri dari perlbagai agama dan kaum turut menyertai bantahan menyerahkan memorandum ke Kedutaan Amerika tersebut.

Apa yang menarik perhatian saya dari perarakan ini ialah jumlah rakyat malaysia ketika itu cukup memberangsangkan berbanding pemuda-pemuda umno yang mengadakan himpunan membantah kekejaman tentera rejim zionis israel. Dalam bantahan lain dikatakan kira-kira hanya 200 orang sahaja yang menyertai bantahan dari pemuda umno sahaja. Namun apa-apa pun saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua rakyat malaysia kerana berjaya mengadakan demontrasi perarakan membantah kekejaman tentera rejim zionis israel tersebut.

Kerajaan malaysia yang dipimpin oleh Dato Seri Najib Tun Razak bersama dengan kuncu-kuncunya turut membantah kekejaman tentera zionis israel ini. Namun di sana adakah Najib benar-benar mengecam tindakan zalim tentera rejim zionis israel tersebut. Selagi mana Malaysia dengan konsep 1 malaysia kerajaan UMNO dan BN masih menyembunyikan APCO dan Asiasoft dalam negara ini dan tidak menghalau mereka keluar dari negara ini, selagi itu tentera zionis israel akan terus bermahajaralela.

Pendedahan terus dibuat untuk membuktikan kerajaan malaysia adakah betul-betul serius dengan menentang hubungan bersama israel. Namun di sana amat mengecewakan kita semua selaku rakyat malaysia yang mempunyai pimpinan seperti mereka ini. Rakyat saudara seislam kita di bumi palestin berjuang bermati-matian dengan israel, sekatan makanan diberikan kepada mereka, namun pimpinan kerajaan malaysia masih lagi menyumbang sumbangan kepada tentera rejim zionis israel. Bagaikan tangan kanan menentang, tangan kiri pula memberi.

Buat pengetahuan semua, rupa-rupanya kapal-kapal israel sejak tahun 1998 lagi dibenarkan berlabuh di malaysia. Pelabuhan yang terlibat ialah Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia yang dikatakan bagi tujuan berdagang. Kapal-kapal israel dibenarkan menggunakan pelabuhan berkenaan sejak 1998 lagi! Kebenaran menggunakan pelabuhan di Malaysia dilakukan melalui Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines).

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan semalam.

Kapal-kapal dari Israel dikenakan beberapa syarat seperti tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia dan anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Pengumuman ini sekaligus mendedahkan sikap hipokrit kerajaan 1Malaysia yang kononnya anti israel dan yahudi. Namun di sana masih lagi meneruskan mengadakan hubungan dengan mereka.

Sebagai rakyat malaysia yang mempunyai rasa tanggungjawab dan keprihatinan, adakah masih lagi kita semua hendak menyokong tindakan kerajaan yang terang menerang lagi masih mengadakan hubungan bersama Israel. Justeru itu, saya menggesa agar kerajaan 1Malaysia menuntut maaf kepada rakyat di negara ini kerana telah menyembunyikan kerjasama hubungan perdagangan Malaysia-Israel serta menamatkan serta merta semua bentuk kerjasama dan hubungan dengan negara haram yahudi itu.

Sekitar gambaran perarakan membantah kekejaman zionis pada 4 jun 2010



Pimpinan pakatan rakyat berucap dikhalayak ramai 4 jun 2010


Najib berucap membantah serangan israel...betul-betul serius ke ne??
?


Himpunan pemuda umno membantah serangan yahudi zionis..x nampak pulak FRU ne..mana yerk??

Membangun Bersama Islam Dalam Menegakkan Kebenaran!!!
Hancur!!!Hancur Zionis!!!
Sumber : (link)

Wallahua'lam.






Kelebihan Mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Assalamualaikum w.b.t.


Surah At-Thalaaq : ayat 2&3


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau diamalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal dengan ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Bacalah ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali. Barangsiapa yngg sentiasa membaca ayat seribu dinar ( Surah Al-Thalaq 2-3) dan menjadikannya sebagai zikir harian dengan istiqamah, InsyaAllah akan mendapat rezeki tanpa disangka-sangka atau di luar dugaan akal manusia.

P/S : Ikhlaskan niat dalam mengamalkan ayat-ayat quran.

Wallahua'lam.

Kekuatan Tentera Iran Adalah Kekuatan Agama

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyatakan bahawa kekuatan tentera Iran adalah merupakan kekuatan agama.

"Tentera Iran begitu hebat hari ini bahawa musuh tidak dapat berfikiran keji untuk menyerang wilayah Iran," katanya pada amaran 31 Hari Tentera Darat Iran. " Republik Islam Iran merupakan pasukan yang besar dan memiliki peranan yang unik dalam keselamatan yang berterusan dan seimbang di kawasan itu. Kekuatan tentera Iran adalah kekuatan agama. Tentu sahaja, bangsa Iran adalah teman dan saudara bangsa serantau dan bebas serta ingin keamanan, kemajuan dan keselamatan bagi semua negara. Tidak perlulah kepada kehadiran pasukan asing di wilayah tersebut untuk menjaga keselamatan bahkan mereka harus menjaga keselamatan negara mereka sendiri sepatutnya.

Sekitar ulang tahun hari ketenteraan Iran yang ke 31..


Elements of the elite Army 23rd Commando Division

Foreground: Iran Army non-commissioned officers (NCOs)

Right: Army marksman with G3-A3 (G3A6),
telescopic sight and night vision goggles

Young Army soldiers with RPG7 (RPG-7) rocket-propelled

Asymmetric Special Force (team white)

Asymmetric Special Force (team black)

Peluru Pandu Jarak Jauh Sijjil II merupakan igauan ngeri Israel dan Amerika












p/s : Tatkala negara teluk ini dikenakan pelbagai sekatan oleh kuasa besar dunia dan boneka2 mereka, ianya langsung tidak menggugat kestabilan negara ini kerana mereka telah berdekad lamanya hidup bangun dengan sendiri. Biarpun tempoh kemerdekaan mereka dari cengkaman kuasa Barat tidak sampai setengah abad, namun keizzahan mereka dengan Islam teserlah. Allahuakbar!!! Bandingkan dengan negara-negara 'Islam' yang lain yang menjadi boneka AS... Kita pula bagaimana? Malaysia oh Malaysia.. Mengapa masih berselindung dan bersekongkong dengan Israel.

Sehingga kehari ini "Malaysia menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel. Umpamanya di Nilai, Negeri Sembilan, sebidang tanah yang dimiliki Tabung Haji yang telah diberikan kepada syarikat minuman, Coca Cola yang kita ketahui secara langsung penyumbang kepda negara Zionis itu untuk membeli senjata"..

Jangan biarkan mereka ini menindas umat islam lagi. Buktikan dari sekarang dan PRU ke-13 ini. Allah Akbar!!!

(Sumber : link)
Membangun Bersama ISLAM...

Orang Norway Mahu Produk Israel Diboikot Orang Malaysia?

Lanjutan daripada serangan terhadap Freedom Flotilla, suatu kaji selidik yang dilakukan menunjukkan bahawa 40% orang Norway mahu produk Israel diboikot.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh InFact Institute, 9.5% orang Norway sudah memboikot produk Israel.

Manakala, Menteri Kesihatan Norway dan Ketua Parti Sosialis, Krictin Halvorsen mendesak masyarakat antarabangsa untuk menghentikan urusan perniagaan senjata dengan Israel.

Pada Isnin lalu, Norway telah memmanggil Duta Israel ke Oslo untuk menyatakan bantahan dan kecaman terhadap serangan yang mengorbankan nyawa aktivis Freedom Flotilla. Norway juga mendesak siasatan antarabangsa yang bebas dan segera terhadap peristiwa berdarah itu.

Lanjut anda boleh bacanya di sini.

Orang Malaysia bila mahu memboikot barangan Israel dan sekutunya secara besar-besaran? Tidak malukah anda dengan orang Norway yang rata-ratanya beragama Kristian?

Al-Quran dan Islam Dari kaca Mata Barat

بسم الله الرحمن الرحيم


Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah s.a.w untuk dijadikan panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab. Al-Quran adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah Al-Isra’ :9)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku.” (Riwayat Abu Daud)

Namun, Al-Quran adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.

Orientalis yang menakut-nakutkan dari dunia Barat akan bahaya Al-Qur’an, iaitu kumpulan yang ditundukkan oleh kemahuan individu dan tujuan politik yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendedahkan bahaya Al-Quran melalui kajian yang dianggap ilmiah. Usaha mereka itu betul tetapi disesatkan dengan berbagai cara. Ketika golongan ini mengkaji Al-Quran secara mendalam dan diamati dasarnya yang asas, keistimewaan yang unggul ternyata di dalamnya terdapat seruan untuk bersatu, berpegang kuat dengan tali Allah, bekerjasama untuk kebaikan, meningkatkan ketakwaan, peringatan dari kezaliman, melarang mengejek orang lain atau mengintai-intai, peringatan supaya tidak mengumpat, mengadu domba, gesaan kepada sifat benar, amanah, adil, menuruti janji, gesaan mencari ilmu dan melepaskan diri daripada kejahilan serta peraturan bagaimana menangani kehidupan di dunia ini.

Apabila perkara ini diketahui, orientalis cuba untuk menutup hakikat ini dan menjauhkan orang Islam daripadanya. Mereka segera berjumpa penjajahan lama dan baru serta memberitahu bahawa Al-Quran ini adalah kitab yang berbahaya bagi mereka. Kononnya ia mengandungi dasar yang akan membangun dan menundukkan dunia sekiranya dapat difahami ajarannya dan dipraktikkan, justeru pengikutnya akan menguasai muka bumi ini. Ini bermakna umat Islam, jika mengetahui kitab mereka dengan sebenar-benar makrifah dan dilaksanakan dengan sempurna, maka penjajah akan menerima kecelakaan. Oleh itu, mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh supaya Al-Quran tidak diketahui dan dasarnya akan terpisah daripada orang Islam dan serta boleh dipraktikkan.

Barat akan berasa takut dan gementar apabila adanya semangat Islam di setiap tempat di dunia atau sekarang dikenali sebagai kebangkitan Islam. Sekiranya dirancang dengan teratur dan rapi, ia akan kembali kepada al-Quran, justeru ia akan menanamkan semangat dan ketinggian di hati umat Islam untuk menentang musuh Islam. Inilah perkara yang mengancam kepentingan Barat di dunia Islam.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:
Kamu [umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman kepada Allah.”
(Surah Ali Imran: 110)

Media Timur dan Barat berusaha menggambarkan gerakan Islam di dunia Islam sebagai pelampau, ekstrim, fanatik, mundur, taksub, pengganas dan semua istilah yang ada di dalam kamus bahasa bagi perkataan seumpama ini. Dunia Barat dan Timur semua bersepakat supaya Islam jangan bangkit lagi tetapi orang Islam tidak sedar hakikat ini sebenarnya. Usaha mestilah dijalankan supaya pandangan orang Islam berubah, dengan beranggapan bahawa untuk menyelamatkan umat Islam mestilah mengikut cara sekular Barat, dengan itu dakwah daripada orientalis akan melangkah untuk memperbaiki Islam.

Islam pada anggapan mereka adalah agama yang beku dan tidak selaras dengan zaman moden manakala seruan yang ditujukan kepada umat Islam adalah sesuatu yang asing tetapi mereka mesti melakukannya untuk agama. Dakwaan itu adalah percubaan untuk mengubah pandangan orang Islam terhadap Islam dan menjadikan Islam lebih hampir kepada orang Kristian setakat yang boleh.

Sebahagian masyarakat Islam telah terpengaruh dengan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajuk Azmat al-Islam al-Hadith (Krisis Islam Sekarang). Buku dihasilkan pengarang Islam Arab yang bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru dengan bersemangat sekali supaya mengambil contoh Barat dalam usaha untuk menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara untuk menyelesaikan krisis Islam, justeru dapat memisahkan agama dengan urusan kehidupan mengikut bentuk sekular Barat. Jika dilihat pada masa sekarang, fahaman ini telah semakin menular di kalangan masyarakat Islam khasnya.

Di setengah negara Islam sekular, sudah ada yang melayani pemikiran Islam seperti melalui pemikiran Mark kerana anggapan mereka Islam adalah berbahaya dan wajib diperangi serta dihukum pendakwahnya. Penjajah telah membuat perancangan rapi untuk melemahkan Islam dan menjauhkan mereka daripada dasar Islam. Ia akan menghalang apa saja percubaan untuk menyatupadukan semua umat Islam sekali lagi. Penjajah mendapati umat Islam sendiri yang merelakan diri mereka untuk dijadikan alat bagi tujuan penjajah itu. Kita tidak akan menemui kenyataan itu daripada mulut mereka tetapi inilah yang tercatat di dalam watikah rahsia penjajah sendiri.

Politik orientalis yang menyokong Arab di dalam peperangan yang besar (yang pertama) hanya semata-mata satu strategi untuk menghancurkan kekuatan Turki. Malah, ia juga sebagai strategi untuk memisahkan penguasaannya terhadap dua bandar suci, Makkah dan Madinah, daripada khalifah Uthmaniyah yang memerintah pada waktu itu. Perkara yang paling menggembirakan orientalis ialah Kamal Ataturk tidak hanya meletakkan pembaharuan yang jauh kesannya dan akhirnya menolak lambang Turki sebagai negara Islam.

Benarlah sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud:
Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah Al-Baqarah: 120)

Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah saw bermaksud: “Kamu akan mengikut tatacara orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke dalamnya.”

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi.” (Riwayat Muslim)

Biduk berlalu kiambang bertaut, walaupun terdapat celaan dan cacian, propaganda serta diserang dengan bermacam tuduhan, terutama daripada mereka yang memusuhi Islam, masih ada ahli fikir Barat atau orientalis yang tidak sempit hatinya mahu menyelami Islam dan jiwa junjungan kita, Muhammad saw. Mereka mengkaji sejarah umat yang dihidupkan oleh tuntutan wahyu Ilahi itu, seperti Thomas Carlyle, mengaku bahawa Nabi Muhammad itu bukan orang biasa dan Al-Qur’an itu bukan suatu hasil kesusasteraan belaka.

Edward Gibbon (1737-1794), seorang ahli sejarah Inggeris, berkata mengenai al-Quran seperti berikut:
Al-Qur’an itu adalah sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan dan perundangan. Al-Qur’an mengandungi isi yang lengkap, daripada urusan ibadat, akidah, akhlak hingga pekerjaan sehari-hari dan daripada urusan rohani hingga jasmani seterusnya. Ia juga menerangkan segala pembalasan atas amalan manusia. Sebab itu amat besar perbezaan al-Qur’an dengan Bible. Dalam Bible, tidak ada peraturan yang berhubung keduniaan melainkan cerita untuk penyucian diri. Bible tidak boleh menandingi al-Quran kerana al-Quran bukan saja menerangkan kaitan amalan kegamaan, bahkan mengupas asas politik kenegaraan. Al-Quran menjadi sumber undang-undang dasar memutuskan semua perkara yang berhubung dengan material kejiwaan.”

Ini adalah antara pandangan cendikiawan Barat yang mengkaji Al-Quran berdasarkan fahaman yang benar.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr: 9)

Ayat ini adalah jaminan daripada Allah s.w.t. bahawa Al-Qur’an tetap akan terpelihara daripada sebarang perubahan dan akan terus kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, umat Islam perlu sedar hakikat ini supaya mereka mengkaji Al-Qur’an dan menghayati kandungannya, lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini supaya kita tidak tertipu dengan dakyah yang dibawa musuh Islam.

Wallahua'lam.