Islam agama yang sempurna

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t. dengan limpah dan inayahnya ana diberi kesempatan lagi untuk meneruskan penulisan ilmuan ini..selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat, para ahli baitnya,tabi' tabii'n, serta mereka yang memperjuangkan agama Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini..

Sidang Pembaca Sekalian,
Islam kini menghadapi cabaran hebat, kerana bukan sahaja menghadapi musuh dari luar, tetapi musuh dikalangan mereka yang mengaku sebagai penganutnya. Tidak ganjil kalau ianya menghadapi cabaran, kerana itu pernah dihadapi sejak ianya dilahirkan, tetapi yang ganjilnya ialah kerjasama penganutnya dengan musuh-musuh.

Islam tidak pernah membezakan di antara orang-orang yang beribadat di mihrab-mihrab masjid, yang mengeluarkan air mata kerana khusyu' dan tawadu' kepada Allah,dengan penulis yang mengalirkan dakwat penanya kerana islam, darah yang mengalir kerana menegakkan kalimah Allah s.w.t.

Sesungguhnya membezakan diantara orang-orang yang beri'tikaf di masjid dan meraka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara islam, yang pertama diberi gelaran orang agama atau orang da'wah yang menghayati islam, dan yang kedua dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi, adalah perbezaan yang ditonjolkan oleh musuh islam dan menunjukkan betapa jahilnya orang islam yang terpengaruh dengan perbezaan.

Sidang Pembaca Sekalian,
Sesungguhnya kesemua ajaran Allah yang dianut oleh Para Rasul Anbiya' dinamakan sebagai Islam, sebagaimana Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran.

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Nuh 'Alaihissalam :
وأمرت أن أكون من المسلمين : 82
bermaksud : dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam ( yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah. (surah Yunus : 72).

Nabi Ibrahim dan Ismai'l 'Alaihissalam pernah berdo'a :
ربنا واجعلنا مسلمين لك : 128
bermaksud : Wahai Tuhan kami!!Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepada mu.

Nabi Musa 'Alaihissalam pernah menegaskan :
فعليه توكلوا إن كنتم مسلكين : 84
bermaksud : maka hendaklah berserah diri kepadanya, jika betul kamu orang islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).

Sesungguhnya islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada kekasihnya Rasulullah Muhammad Sallallaahu'laihi Wasallam tidak hahus disamakan dengan pengertian agama menurut fahaman umum, kerana ianya agama fitrah yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, rohani dan material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan segala urusan hidup dunia dan akhirat.

Firman Allah S.W.T.:
ونزلنا عليك الكتب تبيناً لكل شئء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين : 89
bermaksud : dan kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang islam. (Surah Al-Nahl:ayat89).

Firman Allah S.W.T.:
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا : 3
bermaksud : pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan ni'matku kepada kamu dan aku telah redakan islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah Al-Ma'idah:ayat3).

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan ta'rif yang bermacam-macam tentang islam menurut keadaan orang yang bertanya dan suasana majlis, dan ulama' juga memberi ta'rif yang banyak. Kesemuanya tidak ada percanggahan, tetapi sambung-menyambung dan kait mengait diantara satu sama lain, dan menunjukkan kesempurnaan islam yang terlalu tinggi nilainya. Diantara ta'rif Islam ialah :-

Pertama.
Dalam satu hadis yang telah diterangkan bahawa Malaikat Jibril 'Alaihissalam pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang islam : Ceritakan kepada ku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah Sallallahu a'laihi wasallam menjawab, " kau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah jika berkuasa." (Muttafaq 'alaihi).


Kedua.
Islam bererti tindul dan menyerah diri kepada Allah serta menta'atinya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa, kerana ketundukan terpaksa merupakan tabi'i makhluk dan ketundukan seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah Ta'ala :
أفغير دين الله يبغون وله أسلم من فى السموت والأرض طوعاٌ وكرهاُ وإليه يرجعون : 83
Bermaksud : Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari Agama Allah? padahal kepadaNYAlah tunduk ta'at sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNYAlah mereka dikembalikan. (Surah Ali 'Imran:ayat 83).

Adapun ketundukan dengan penuh kesedaran adalah merupakan hakikat islam dan dalam ketundukan yang seperti itu timbul adanya pahala dan dosa, dan sebagai bukti penuh ketundukan kepada Allah ialah Redha menerima agamaNYA sambil diiringi pula dengan penuh kesedaran, kerana itu Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama Allah yang diredhai, agama yang diwahyukan kepada RasulNya untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya.

Firman Allah Ta'ala :
ومن يبتغ غير الإسلام ديناً فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخسرين : 85
Bermaksud : Dan sesiapa yang mencari agama lain selain islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
(Surah Ali-I'mran:ayat 85).

Ketiga.
Islam adalah "Way Of Life", peraturan yang bersifat mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada ummat manusia dan berbahagialah orang yang menta'atinya.

Firman Allah Ta'ala :
ومن يسلم وجهه إلى الله وهو محسن فقد استمسك بالعروة الوثقى : 22
Bermaksud : Dan sesiapa yang berserah diri diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakannya kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh.

Keempat.
Islam merupakan kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada Rasulnya, samaada peraturan yang berbentuk a'qidah, akhlak, 'ibadah, mu'amalat dan lain-lain yang terkandung di dalam al-quran dan al-sunnah dan menyampaikan kepada ummat manusia.

Firman Allah Ta'ala :
يأيها الرسول بلغ ماأنزل إليك من ربك وإن لم تفعل فمابلغت رسالته والله يعصمك من الناس : 67
Bermaksud : Wahai Rasul Allah!sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusannya dan Allah jualah akan memeliharanya dari (kejahatan) manusia. (Surah Al-Ma'idah:67)

Maksud apa yang diturunkan Allah kepada Rasulnya ialah Al-quran dan Al-Sunnah dan di dalamnya terkandung peraturan-peraturan yang tersebut di atas, dimana semuanya itu dipanggil ISLAM.

Segala ta'rif yang telah disebutkan ini hanyalah sebagai contoh. Kesemuanya dapat diterima kalau merangkumi aspek yang ada di dalam Islam dan tidak ada menimbulkan keraguan. Sesunggunya agama di sisi Allah s.w.t adalah agama Islam. Tidak ada agama yang lebih tinggi dan mulia selain agama Islam..wallahua'lam.

0 Response to "Islam agama yang sempurna"

Catat Ulasan