Bisikan Dari Masjid Al-Azhar Mesir



Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah kerana masih mengizinkan hamba mu ini untuk meneruskan penulisan PERJALANAN SEORANG HAMBA. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta mereka yang memperjuangankan agama Mu Ya Allah. Semoga mereka semua ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dalam syurga Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Peperiksaan Universiti Al-Azhar sudah berlalu. Kini saat yang mendebarkan pulak menanti keputusannya. Semoga kita semua berjaya dan lulus dengan cemerlang. Buat sahabat-sahabat yang akan pulang ke tanah air selamat bercuti dan selamat berbakti di tanah air demi Islam tercinta. Buat mereka yang akan mendirikan rumah tangga ana mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia selalu sehingga ke anak cucu. Amin Ya Rabbal A'lamin. Bagi mereka yang akan mengerjakan ibadah haji dan umrah selamat berangkat dan semoga mendapat haji dan umrah yang mambur. Buat mereka yang tidak pulang ke tanah air inilah masa yang sangat bermakna dan peluang keemasan untuk mereka memanfaatkan masa cuti ini sebaik-baiknya. Pepatah ada menyebut "Masa itu emas". Cuti al-azhar memang sungguh lama lebih kurang 5 bulan. Amat rugilah bagi mereka yang tidak memanfaatkan cuti ini.

Ana pernah bertanya kepada sahabat ana. "Cuti ini nak buat apa??jawabnya : entahlah..boring pulak rasanya..rasa macam x ada buat apa-apa..dok rumah kot..main game ke..tgk cter ke..itulah jawapan yang diberikan kepada ana..ana katakan : enta nee..cutine lah peluang keemasan untuk enta isi..p lah talaqqi ka..kalau x tau sangat nak buat apa...mai tolong persatuan kita..DPMM..tiba-tiba dia senyap..kemungkinan dia berfikir sesuatu..mudah-mudahan Allah membuka pintu hati sahabat ana ne..itulah perbualan ringkas ana dengan sahabat ana..banyak lagi dialog ana dengan sahabat-sahabat ana lain..jawapan mereka lebih kurang sama juga.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini kita melihat fenomena yang berlaku di tanah air kebanyakkan rakyat malaysia memandang rendah kepada pelajar al-azhar, bahkan ada yang mengatakan pelajar al-azhar kurang berkualiti, tidak pandai bercakap, pendiam, bila suruh jadi imam (x nak) dan lain-lain. Ana tidak menafikan semua ini, bahkan ada jugak pelajar lepasan al-azhar yang berbakti kepada islam dan tanah air tercinta. Oleh yang demikian, ana ingin mengajak kepada sahabat-sahabat semua termasuk diri ana, marilah sama-sama kita bangkit menolak semua dakwaan ini. Kita perbetulkan kembali bahawasanya pelajar lepasan Al-Azhar mampu dan boleh menerajui kempimpinan islam di tanah air.Insyaallah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Semalam tiba-tiba hati ana tergerak untuk menyambung semula talaqqi ana. Diri ini terfikir sejenak, exam dah abis..cuti lama lagi..tahun ne akan balik malaysia..Ya Allah amat rugi rasanya jika ana tidak memanfaatkan masa cuti ini..sahabat-sahabat tidak terfikirkah apa yang bermain dan berlegar di kotak fikiran ana ini???renung-renungkanlah..itulah harapan kedua ibu bapa kita..inginkan anak-anaknya berjaya dan mempunyai ilmu..dapat berbakti pada agama,bangsa,dan negara. Hari ini tarikh 21 Jun 2009 jam 6 setengah pagi ana menuju ke Kaherah untuk urusan Persatuan. Hajatnya hari ini ana nak terus ke Masjid Al-Azhar untuk bertalaqqi tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.cuaca di kaherah hari ini terlalu panas..membuatkan ana sakit kepala sesangat.x apalah, mungkin lain kali ana akan pergi lagi. Itulah ujian buat seorang penuntut ilmu bertepatan Perjalanan Seorang Hamba.



Perkarangan Masjid Al-Azhar (Sekadar hiasan)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Ada apa pada Masjid Al-Azhar?? Shari' El-Azhar, atau lebih dikenali sebagai jalan Al-Azhar di sebelah timur Medan El-Tahrir. Dibina pada tahun 970 Masihi dan disiapkan pada tahun 972 Masihi, nama asal bagi Masjid Al-Azhar ialah Masjid Kaherah sempena pembukaan kota Kaherah.

Ia telah ditukar kepada Al-Azhar kerana ingin melambangkan kebesaran, kehormatan dan kekuatan kerajaan Fatimiah, yang mana keluarga Fatimah adalah keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Fatimah Binti Muhammad yang digelar Al-Azhar ( الازهر ).

Senibina bangunan Al-Azhar berkonsepkan Universiti di dalam masjid, yang mana pada awal dibina oelh kerajaan Fatimiah adalah untuk menyebarkan fahaman, kebudayaan dan mazhab Fatimiah. Ia telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan penyebaran dakwah.

Selepas kejatuhan kerajaan Fatimiah, pengarih mazhab hanafi mula muncul masuk dan memelopori bidang penyebaran ilmu, dan aktiviti keagamaan di masjid al-azhar. Kemudian bermulalah era baru dengan corak pemerintahan Salahuddin Al-Ayyub, pembawaan mazhab Syafie' yang diperluaskan sekaligus mengetepikan pengaruh fahaman syiah dan mazhab Hanafi di dalam pentadbiran dan penyebaran dakwah di Masjid AL-Azhar.

Gelaran Universiti tertua di dunia tidak lekang di telinga kita, menceritakan mengenai Al-Azhar. Ini disebabkan Universiti Al-Azhar adalah pusat penyebaran dan pengembangan ilmu yang terawal di dunia, kini ianya masih menjadi tumpuan intelektual agama untuk menyelesaikan pelbagai masalah keagamaan dari segenap pelusuk dunia.

Cara pengajian di Masjid Al-Azhar awalnya pada setiap tiang di dalam masjid menjadi tempat dimana guru atau Syeikh duduk memberikan ilmu bagi setiap mata pelajaran, seperti ilmu Hadis, Al-Quran, Falsafah, Tauhid, Fiqah, dan banyak lagi. Kebanyakkan pelajar dahulu mereka mempelajari semua bidang yang diajar untuk menjadi ulama terbilang. Kebiasaannya waktu belajar mereka bermulalah dari lepas subuh ke zuhur dari asar ke hingga ke malam.

Demikianlah sedikit sebanyak gambaran dan cerita yang dapat ana tampilkan di sini. Inilah cerita bisikan dari masjid al-azhar buat ana dan sidang pembaca sekalian. Harapan ana moga kita semua dapat mengambil pengajaran dari apa yang ana tampilkan di sini. Semoga Allah S.W.T. memberikan kita semua kekuatan untuk menempuh kehidupan ini, dapat melakukan amal kebaikan sebelum ajal menjemput kita.

Insyaallah..sekian..wslm.
22Jun2009 (1:26AM)

0 Response to "Bisikan Dari Masjid Al-Azhar Mesir"

Catat Ulasan