Bersama Syeikh Ashraf Hamid Hasanain


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

Syukur kehadrat ilahi pada pagi ini, al-faqir masih diberikan nikmat iman dan nikmat islam. Selawat dan salam buat baginda Muhammad SAW dan seluruh pengikut baginda. Semoga kita semua dipertemukan kelak. Amin Ya rabbal a'lamin.

Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan bagi setiap umat islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis :-
"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam" (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik).

Mansurah DPJA, 17 November 2009 : Alhamdulillah, al-faqir diberi kesempatan untuk sama-sama mengikuti satu majlis motivasi ilmu yang cukup bermakna buat diri al-faqir ini. Majlis ilmu ini telah disampaikan oleh salah seorang Imam Masjid Al-azhar, Kaherah Syeikh Ashraf Hamid Hasanain.

Al-Faqir melihatkan Syeikh seorang yang betul-betul ikhlas menyampaikan ilmu. Betapa syahdunya hati al-faqir ketika mendengar majlis ceramah motivasi itu. Majlis tersebut berlangsung selepas solat asar sehingga solat solat isyak. Majlis ini diselang selikan dengan bacaan burdah pujian-pujian ke atas Baginda Muhammad SAW.
Dianggarkan sekitar 60 orang ikhwah yang hadir ke majlis tersebut. Semoga Allah merahmati perjalanan Syeikh. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Antara kandungan yang disampaikan oleh syeikh ialah :-
1. Kepentingan menuntut ilmu.
2. Sifat-sifat yang perlu ada pada setiap penuntut ilmu antaranya ialah :
- ikhlas menuntut ilmu.
- bersungguh-sungguh.
- Perbetulkan niat ketika menuntut ilmu.

Antara persoalan yang ditanya oleh syeikh ialah.
1. Kenapa kita mempelajari bahasa arab?
- Bahasa arab adalah bahasa al-quran.
- Bahasa arab adalah bahasa Fushah.
2. Kenapa kita datang ke Mesir?
- Syeikh menjawab Menuntut ilmu.
- Tajdid niat ( Perbetulkan niat).

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada al-faqir untuk menempuh ujian dan ketabahan di sini dalam menuntut ilmu. Amin Ya Rabbal A'lamin..
Sekian, wassalam.

Bait Tok Guru
Ulamak Pewaris Nabi

Utubis Jadid

0 Response to "Bersama Syeikh Ashraf Hamid Hasanain"

Catat Ulasan