Ramadhan Karim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


قال تعالى : يأيها الذين ءامنو كتب عليكم الصيام كما كتب

على الذين من قبلكم لعلكم تتقون


Bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah:183)

Daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah s.a.w bersabda " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat, Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan" - Riwayat Ahmad, An-Nasai', dan Al-Baihaqi.

Sidang Pembaca Sekalian,

1. Bulan Ramadhan ialah satu bulan yang mana Allah s.w.t telah mewajibkan ke atas semua umat Islam untuk berpuasa pada siang harinya. Bulan Ramadhan juga bulan yang penuh kepanasan cuacanya, bulan keampunan (مغفرة) dimana pintu taubat dibuka seluas2nya, bulan ganjaran dimana ganjaran yang melimpah ruah ke atas orang yang sentiasa melakukan amal kebaikan dll & bulan ramadhan juga bulan kerahmatan.

2. Imam Al-Qurtubi Rahimahullah menyebut : Dikatakan bulan Ramadhan bulan kepanasan kerana ianya membakar dosa-dosa dengan melakukan amalan-amalan yang soleh.

3. Mengikut Sirah Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sangat2 gembira apabila kedatangan bulan yang penuh barakah ini. Rasulullah s.a.w akan mengajak para sahabat-sahabat untuk mempertingkatkan amalan-amalan sunat & kesungguhan di dalam amalan-amalan fardhu.

4. Ramadhan ini juga satu medan@boleh dikatakan Universiti Ramadhan. Ia kerana dikatakan satu bulan Tarbiah & bulan Pendidikan dimana jiwa-jiwa kita dilatih dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan2@fadhilat2 Ramadhan.

5. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, bahkan puasa akan lebih sempurna jika kita memelihara beberapa perkara ini:-

  • Memejamkan mata daripada melihat sesuatu yang tercela menurut syara'.
  • Menjaga mulut daripada perkataan@berbicara tentang keaiban orang lain.
  • Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci seperti nyanyian yang melalaikan.
  • Menggunakan&memakan makanan yang halal @ menjauhi makanan&minuman yang syubhah.
  • Tidak terlalu banyak makan kerana ianya akan menyusahkan kita untuk melakukan ibadah.

6. Buat akhirnya,
  • Tingkatkan amalan kebaikan kita seperti perbanyakkan solat2 sunat, sedekah dibulan ramadhan ini dengan penuh keikhlasan kerana Allah s.w.t
  • Bangunlah di malam hari untuk bermunajat kepada Allah s.w.t (Qiamullail)
  • Hadirilah majlis2 ilmu dibulan ramadhan : "Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang mendatangi majlis ilmu di bulan ramadhan maka Allah s.w.t akan mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadah satu tahun dan bersamaku di bawah panji2 Arasy".
  • Peliharalah solat jamaah di bulan ramadhan : "Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa memelihara solat jemaah di bulan ramadhan, maka tiap2 rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah s.w.t".

Rebutlah peluang yang ada di bulan yang penuh barakah ini. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal A'lamin.

wallahua'lam.