Selamat Hari Guru



Assalamualaikum w.b.t

Sempena Hari Guru ini pada 2 Jamadil Akhir 1431 H bersamaan 16/5/2010. Saya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada seluruh guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya tidak kira dimana jua sekalipun :

Taski ABIM Bagan Serai
Sekolah Kebangsaan Dato' Masu'd
Sekolah Kebangsaan Bagan Serai
Sekolah Menengah Agama Wawasan Al-Hidayah Al-Islamiah Sungai Petani
Maahad Al-Ummah Ipoh Perak
Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA Terengganu
Universiti Al-Azhar

BERBURU ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepala ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi,
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta).

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
Guruku budi yang diapungkan di dulangi ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sekian untuk seluruh guru-guru ku. Teruskan mendidik murid-murid mu sehingga mereka mahir membaca, menulis dan mengenal huruf sehingga mereka berjaya dan mencapai cita-cita mereka. Amin Ya Rabbal A'lamin.

wassalam.

0 Response to "Selamat Hari Guru"

Catat Ulasan