Bulan Rejab kembali lagi..



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Sedar tidak sedar bulan Rejab kembali lagi. Hari ini 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430 H. Bulan rejab adalah bulan yang ketujuh dalam bulan-bulan islam. Rejab bermaksud "mulia". Ianya kerana bangsa arab ketika zaman jahiliyah dahulu, mereka memuliakan bulan ini.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:-

"Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,.."
(Al-Baqarah:194)

Kelebihan Bulan Rejab

1. Malam awal bulan Rejab adalah di antara malam yang dimustajabkan doa.
2. Orang yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan oleh Allah s.w.t di hari
akhirat kelak.
3. Sesiapa yang bersedekah pada bulan Rejab akan dituliskan bagi setiap helaian
bulu romanya seribu kebajikan dan diangkat darjat serta dihapuskan seribu
kejahatan.

Peristiwa di Bulan Rejab

1. Peristiwa Israk dan Mikraj.
2. Peristiwa peperangan Tabuk.
3. Hijrah pertama para Sahabat ke Habsyah.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis.
5. Lahirnya Imam Syafie' R.Hu.

Amalan Bulan Rejab

1. Rasulullah S.A.W bersabda:-

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat satu sungai disebut Sungai
Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa
yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari air
sungai itu."
2. Banyakkan bersedekah pada mereka yang tidak mampu berpuasa.
3. Bertaubat, beristighfar dan berdoa kerana bulan Rejab adalah Bulan Pengampunan dan Bulan Mustajab Doa.

Rasulullah S.A.W bersabda:-

Maksudnya: "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Tuhanmu dan minta ampunlah dari
segala dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan maksiat di dalam bulan Haram
iaitu bulan Rejab ini."

4. Banyakkan zikrullah (لاإله إلا الله) dan (الله أكبر) sebanyak 100 kali setiap kali lepas
sembahyang subuh dan asar.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Rejab ini. Semoga mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Ikhlaskan niat dalam berpuasa. Wallahua'lam.

0 Response to "Bulan Rejab kembali lagi.."

Catat Ulasan