Dari kiri : Abg Amir(sulong), Afkar(6), Akif(5), Abah, Azmi(4)...





Assalamualaikum..syukur pada Allah diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk blogger perjalanan seorang hamba ini. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi dan seluruh mereka yang memperjuangkan agama islam.

Secara ringkasnya, alhamdulillah result peperiksaan al-azhar sudah keluar. Semoga kita semua teruskan usaha dalam menuju kejayaan dan jangan berputus asa. Syukur juga Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17 selamat berlalu. Maka bersilih gantilah pimpinan bagi sesi 2008/2009 kepada pimpinan sesi 2009/2010. Saya telah dipilih untuk meneruskan pimpinan bagi sesi ini. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada saya untuk saya meneruskan perjuangan ini. Buat warga Mansurah yang saya sayangi, bantulah kami semua.

Insyaallah tidak lama lagi pada 12 Ogos 2009 ini saya akan pulang ke tanah air bercuti sehingga 21 oktober 2009. Semoga saya dapat berbakti pada agama, bangsa, dan negara. Perasaan gembira, takut, resah semuanya ada. Apa-apa pun doakan moga saya dapat lalui semua rintangan yang akan datang. Insyaallah. Harapan saya, semoga kita semua dapat memperjuangkan syiar islam dimana jua sekalipun. Buat ahli DPMM, teruskan perjuang kalian di dalam berbakti buat persatuan kita. Insyaallah sama-sama kita semua dapat mengislahkan diri menuju keredhaan Ilahi. Amin Ya Rabbal A'lamin. Sekian...

0 Response to " "

Catat Ulasan