MUKTAMAR AL-AZHAR WAFIDIN AL-AZHAR HANGAT


Universiti Al-Azhar Lil Banat, 24 April 2010 : Seluruh Mahasiswa Wafidin ( Asing ) yang berada di bumi Mansurah Mesir telah menghadiri satu muktamar anjuran The World Assocation For Al-Azhar Graduattes kemarin.

Dif Kehormat yang turut hadir pada majlis Muktamar tersebut antaranya, Amid Kuliyyah Usuluddin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah, Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah, Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi), Semua Wakil Kuliyyah, Rais Syuun Wafidin, Mudir Tahrir, Doktor dan Doktorah serta Ettihad Tolabah Al-Azhar Mansurah.

Majlis dibuka dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Mahasiswi Al-Azhar kalangan Ettihad Tolabah. Seterusnya dimulakan dengan ucapan dari kesemua Dif kehormat yang hadir. Pada ucapan kesemuanya menasihatkan agar Mahasiswa sentiasa iltizam dengan universiti Al-Azhar demi melahirkan Ulama' yang boleh menyampaikan dakwah Islamiah di Negara masing-masing.

Seterusnya pada persidangan tersebut dibuka persoalan dan perkongsian untuk mengenal pasti permasalahan dan penyelesaian kalangan Mahasiswa sepanjang keberadaan di Universiti Al-Azhar.

Antara isu terhangat dibincangkan adalah, perubahan Qoror di masa mendatang seluruh Mahasiswa Al-Azhar di cawangan akan dipindahkan ke Kaherah. Perubahan ini boleh dikatakan seluruh Mahasiswa dari seluruh negara termasuk Indonesia, Thailand dan Senegal berasa penik dan sangat tidak bersutuju.

Antara Mahasiswa yang bangkit menyatakan bantahan tidak bersetuju adalah, Malaysia dan Senegal. Serta ramai lagi rakan-rakan dari negara lain yang ingin menyatakan bantahan. Namun, Majlis ditangguh secara tiba-tiba.

amid-amid dan wakil-wakil kuliyyah

Semua wafidin sedang mendengar taklimat tentang isu ini

Wakil dari negara senegal (Saudara Ibrahim) seorang sahabat ana dalam kuliah aqidah falsafah sedang berucap atas bantahan tidak bersetuju pindah ke cairo

Sumber : http://dpm-mansoura.blogspot.com/2010/04/muktamar-al-azhar-wafidin-hagat.html

0 Response to "MUKTAMAR AL-AZHAR WAFIDIN AL-AZHAR HANGAT"

Catat Ulasan