Warkah Buat Abang ku

Saya bersama abg sulong ( Muhammad Amir Shahreza )
di Airport KLIA 2009 menuju ke mesir

Syukur pada Mu Ya Allah.. Hari ini dalam sejarah, betapa bahagianya diri ku ini terima berita dari malaysia. Lahir insan suci bak kain putih yang penuh kesucian. Tanggal tarikh 23 Rabiu'l Akhir 1431 H bersamaan 8 hb 4 2010 tepat jam 4 a.m. Bayi lelaki seberat 3.5 kg selamat dilahirkan di Hospital Taiping. Tahniah alif ucapkan buat abg amir & kak long kerana dianugerahkan cahaya mata pertama. Ermm..nampaknya diriku dah berubah status "pak ngah"..Buat abah dan mak kini dah jadi Tok Wan dan Tok. Semoga kehadiran insan baru ini sentiasa dalam peliharaan, rahmat, hidayah, dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. Buat keluarga ku di Malaysia doakan diri ini semoga sentiasa diberi kekuatan & kejayaan di mana jua sekalipun. Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan usia sehingga berjumpa lagi...

Anak buah pertama..comey nya..alhamdulillah..

Sekian sahaja...

0 Response to "Warkah Buat Abang ku"

Catat Ulasan