PERKEMBANGAN DI MANSURAH

Assalamualaikum w.b.t.

Inilah msj yang saya turut terima secara berantai-rantai pada 28/4/2010. Msj yang melibatkan mahasiswi kuliah/qiraat/perubatan.

Salam.. insyaAllah pkul 1.30 tghr ni (28 /4/10)akan ada perjumpaan dan SOLAT HAJAT di DPJA khusus berkaitan masalah muqayyad nama dan halangn msuk imtihan bg adik2 Qiraat thn 1 dan isu perpindhn wafidin ke kaherah.Semua akhawat DPMM(kuliah /perubatan/qiraat) dijemput hadir.Moga amalan ini dikira sbg amal ibadah d cc Allah SWT. "SATU FIKRAH SATU AMAL" :; kEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH" sebarkan...

Alhamdulillah selesai sudah Solat Hajat dan taklimat mengenai seputar permasalahan mahasiswi Qiraat tahun 1 dan Isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah. Sekitar 65 orang mahasiswi memenuhi DPJA.

Perjumpaan bermula sekitar jam 2.00 petang. Ustaz Zahimie selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan(UPEP) memulakan ucapan dengan kalam taujihat buat mahasiswi Qiraat yang akan menduduki peperiksaan. Berkenaan dengan isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya mengikuti perkembangan semasa di blog Rasmi DPMM dan PMRAM. Pihak pimpinan akan berusaha supaya isu ini diselesaikan secepat mungkin. Apa yang penting, doa perlu dipanjatkan buat Sang Pencipta agar dipermudahkan segala urusan.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustazah Solehah bt Harun selaku Naib Pengerusi I HEWI DPMM. Suntikan semangat dan perangsang diberikan buat adik-adik Qiraat yang akan menempuh imtihan dan semua mahasiswi yang hadir. Segala permasalahan yang berlaku merupakan tarbiyah Allah SWT kepada hambaNya. Jangan menganggap isu ini sebagai bebanan, sebaliknya ini merupakan rahmat ujian buat hambaNya yang terpilih.

Berkenaan isu perpindahan Wafidin ke Kaherah, semua wakil wafidin tetap bersepakat untuk mempertahankan keputusan agar tidak mahu berpindah ke Kaherah. Bantahan akan tetap dibuat kepada pihak berwajib agar perpindahan ini tidak berlaku. Hak selaku mahasiswa tetap akan dipertahankan.Semua yang hadir diminta melakukan solat hajat dan banyakkan doa agar dipelihara Allah SWT.

Ustazah Norlatifah Othman turut memberikan ucapan selaku Unit Pengetahuan HEWI. Beliau mengingatkan semua yang hadir agar mendapatkan berita tekini melalui Pengerusi DPMM untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi Qiraat tahun 1 agar menghubungi pihak berwajib (JPMK) supaya isu ini diambil berat dan tidak dibakulsampahkan oleh mereka. Selain itu, nasihat dan kalam taujihat diberikan buat adik-adik Qiraat agar teruskan usaha dan berjuang untuk menghadapi imtihan. Segala yang berlaku terselit hikmah yang perlu difikirkan bersama.

Solat hajat diimamkan oleh Us Malyanah Solehah(Unit Penerangan & Penerbitan HEWI) dan bacaan doa oleh Us Habibah (Unit Perumahan HEWI)..

Suasana sayu menyelubungi DPJA .. Rintihan doa dipanjatkan buat Yang Maha Mendengar agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati dalam menghadapi sebarang ujian.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami.Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Kami hamba yang hina datang menghadap diri kepadaMu

yang Maha Perkasa.Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah...

"Ya Rahman Ya Rahim permudahkanlah urusan-urusan kami dengan keberkatanMu..Ya Fathu Ya Alim, seandainya penetapan kami mahasiswa/wi wafidin di Bumi Mansurah dan seluruh muhafazah untuk menuntut ilmuMu adalah baik buat kami, maka kekalkanlah kami di sini.Seandainya kami tergolong dalam orang-orang yang dizalimi, maka dengarkanlah rintihan kami..

Ya Allah Ya Rahman..perkenankanlah hajat kami.Engkaulah pelindung kami.

Ya Allah Ya Tuhanku,Tenangkanlah hati-hati sahabat2 kami mahasisiwi tahun 1 Qiraat dalam menghadapi ujianMu.Permudahkanlah urusan mereka untuk menduduki imtihan

Ya Allah..

Ya Allah..tunjukanlah kepada semua kebenaran agar kebatilan tunduk menyerah diri kepadaMu.Bubarkanlah perancangan-perancangan jahat yang mahu memecahbelahkan kesatuan kami. Berkatilah kami dan satukanlah hati-hati kami dalam menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan buat mahasiswa/wi Al-Azhar samaada di dunia dan diakhirat".

Amin ya Rabbal A'lamin.....

Perjumpaan dan solat hajat berakhir sekitar jam 3.00 pm.

Sidang Pembaca sekalian,

Betapa sayu dan sedih hati ini bila mengenangkan nasib-nasib kami yang menuntut ilmu agama Mu Ya Allah. Sebagai seorang pejuang agama Allah s.w.t tidak boleh cepat mengalah dan menyerah kepada mereka. Bangkitlah memperjuangkan dan mengambalikan kembali hak kita. Jangan biarkan mereka membesarkan perut mereka dengan makanan yang enak-enak. Jangan biarkan mereka memecah belahkan kesatuan kita. Selaku mahasiswa/wi islam di bumi mesir ini, jangan kita menganggap perkara ini hanya perkara kecil atau remeh temeh. Bangkitlah wahai pejuang2 agama Allah s.w.t. Bangunlah mereka dari buaian mimpi tidur. Kita sekarang bukan lagi berhadapan dengan api yang kecil. Kita sekarang sedang berhadapan dengan api yang besar. Marilah kita padam dengan air yang di penuhi dengan semangat doa, bersatu padu dan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t perkenankan segalan hajat kita. Amin Ya Rabbal A'lamin.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

11.17 A.M. Mansurah, Mesir.

Sumber : http://dpm-mansoura.blogspot.com/2010/04/hewi-laporan-perjumpaan-dan-solat-hajat.html

0 Response to "PERKEMBANGAN DI MANSURAH"

Catat Ulasan