MUKTAMAR SANAWI PMRAM KALI KE-77

Sekadar gambar hiasan : Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah menyambut ulang tahun ke-80. Keutuhan PMRAM sehingga kini dapat kita saksikan dengan pelbagai agenda-agenda yang menarik kemantapan PMRAM itu sendiri. Hari ini dalam sejarah sekali lagi, kita akan menyaksikan PMRAM akan melalui proses pertukaran kepimpinan iaitu pada MUKTAMAR SANAWI PMRAM kali-77 pada 13/4/2010. Semoga muktamar kali ini berjalan dengan lancar. Buat kepimpinan PMRAM 2009, turunnya kalian bukanlah bererti amanah kalian semua akan berakhir walhal kalian semua masih diberi amanah sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Buat bakal kepimpinan PMRAM 2010, penulis mengucapkan Tahniah dan Takziah. Jalankan tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin & ikhlas kerana Allah. Semoga kalian semua diberi kekuatan dan pertolongan dalam menjalankan kerja-kerja islam ini. Penulis selaku ahli PMRAM Cawangan Mansurah akan terus menyokong dan membantu PMRAM. Insya-Allah.

Pandangan Tempat Perwakilan Ikhwah

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

"SATU FIKRAH SATU AMAL"

KITA PMRAM!!!

0 Response to "MUKTAMAR SANAWI PMRAM KALI KE-77"

Catat Ulasan