NAMA MAHASISWI QIRAAT TAHUN I MANSURAH BELUM NAIK NAMA..BAGAIMANA PEPERIKSAAN MEREKA?

Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah s.w.t bermaksud : Dan ingatlah (wahai muhammad s.a.w), ketika orang-orang kafir musyrik mekah menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Surah Al-Anfaal :30).


Berita yang saya terima mengenai status nama Mahasiswi Qiraat Mansurah tahun 1 yang akan menduduki peperiksaan mereka adalah benar. Nama mereka belum naik diperingkat Mahaad. Mereka tidak dibenarkan mengambil peperiksaan selagi mana pihak kedutaan tidak menghantar fail nama-nama mereka. Kenapa ini terjadi??? pihak kedutaan tidak menjalankan kerja ke? atau sengaja buat-buat lupa?...aduhai pihak yang berwajib..jalankanlah tanggungjawab amanah kalian sebaik mungkin. Kenapa menjadikan pelajar-pelajar agama mangsa kalian. Ingtlah, sesungguhnya mereka yang mempelajari agama inilah yang akan mendidik anak bangsa kalian.

Tahniah buat seluruh Pimpinan PMRAM pusat serta pimpinan PMRAM Cawangan Mansurah yang sehingga kini sedang berusaha mendapatkan nama-nama mahasiswi qiraat. Peliknya, saya diberitahu oleh Pengerusi PMRAM Cawangan Mansurah Us. Amirul merangkat ahli bait saya serta ramai lagi sahabat saya cuba menghubungi beliau pihak kedutaan KJ. Dukacita panggilan terhadap beliau tidak dijawab. Persoalannya, kenapa KJ tidak mahu mengangkat telefon? atau takut dengan suara mahasiswa/wi al-azhar?

Kes ini bukan bermula tahun ini walhal sudah tahun lepas juga terjadi. Jika dikatakan mereka menjaga kebajikan kami. Di mana kebajikan tersebut?...Jangan menzalimi mereka yang tidak bersalah. Sesungguhnya doa-doa orang yang dizalimi diangkat oleh Allah s.w.t. Perasaan belenggu, geram, marah mesti ada pada mereka. sabarlah..Semoga Allah s.w.t menunjukkan kebenaran kepada kita semua. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.

Sesungguhnya ini adalah ujian dari mu Ya Allah. Tunjukilah kebenaran. Hancurkanlah kezaliman. Marilah sama-sama kita melakukan solat hajat di mana jua sekalipun agar kita semua diberi hidayah dan rahmat Allah s.w.t. Jangan lupa membaca doa qunut nazilah. Semoga Allah s.w.t menempatkan kita semua dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal A'lamin.

0 Response to "NAMA MAHASISWI QIRAAT TAHUN I MANSURAH BELUM NAIK NAMA..BAGAIMANA PEPERIKSAAN MEREKA?"

Catat Ulasan