Kisah Nabi Daud 'alaihissalam..


Alhamdulillah..hari ini 17 Rabiul Akhir 1430H bersamaan 13 April 2009..pd pg yg sejuk dan damai ini..diri ini diberi kesempatan untuk menyambung lagi penulisan ini..pd kali ini..saya ingin menceritakan satu kisah iaitu kisah Nabi Daud 'alaihissalam..

sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian,

Nabi Daud 'alaihissalam adalah seorang Nabi dari keturunan Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Nabi Daud dikurniakan sebuah kitab iaitu Kitab Zabur untuk memimpin kaumnya Bani Israil ke jalan yang lurus..Allah S.W.T. banyak mengurniakan banyak mukjizat kepada baginda. Baginda sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. dan memuji Allah S.W.T. Baginda dikurniakan mukjizat suara yang amat merdu sehingga manusia, burung-burung, binatang-binatang, jin-jin, malahan gunung-gunung turut menyanyi bersama baginda.

Firman Allah S.W.T. :-

إنا سخرنا الجبال معه يسبحن بالعشى والإشراق (18) والطير محشورةً كل له أواب(19) سورة ص : 18-19

Maksudnya : Sesungguhnya kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi, dan kami tundukkan pula burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah. ( Surah Shad: 18-19 )

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian..

Allah S.W.T. telah mengabulkan doa Nabi Daud 'alaihissalam supaya memudahkan urusan kehidupan harian untuk baginda kerana baginda juga perlu menunaikan menguruskan kerajaan yang sangat luas iaitu yang meliputi syria, iraq, palestin, timur jordan, dan sekitarnya. Baginda juga memiliki mukjizat iaitu boleh melembutkan besi di tangan baginda sendiri dengan izin Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :-
وألنا له الحديد : سورة سإ : 10
Maksudnya :- Dan kami telah melembutkan besi untuknya. ( Surah Saba' : 10 )

Firman Allah S.W.T :-
وعلمنه صنعة لبوس لكم لتحصنكم من بأ سكم فهل أنتم شكرون : سورة الأنبيأ : 80

Maksudnya :- Dan telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu, maka hendaklah kamu bersyukur ( kepada Allah).
(Surah Al-Anbiyaa')

Sebagaimana kisah baginda yang mana Allah S.W.T. telah mengajar Nabi Daud 'alaihissalam cara membuat baju besi untuk digunakan di dalam peperangan yang mana tidak terasa berat sewaktu dipakai oleh bala tentera.

Oleh yang demikian, apa yang boleh kita mengambil i'tibar di sini..pertamanya kita kena bersyukur dgn apa yang Allah S.W.T. telah mengurniakan nikmat yang ada pada kita.. kita selaku hamba Allah tidak sepatutnya memandang rendah kepada orang yang bekerja sebagai tukang besi kerana ianya kerja yang sangat mulia dan mengikuti jejak Nabi Daud 'alaihissalam...

Rujukan:-
1. Al-Quran
2.Peringatan buat orang berakal.

sekian...coretan timur tengah...



0 Response to "Kisah Nabi Daud 'alaihissalam.."

Catat Ulasan